Fenomena Neraka

Bumi merupakan destinasi sementara yang dipinjamkan oleh Allah kepada seluruh hambaNya. Di bumi ini, manusia perlu memanfaatkan setiap detik yang mereka lalui dengan melakukan amal kebaikan untuk dijadikan bekalan ke akhirat kelak. Namun, kebanyakan manusia leka dengan kehidupan dunia sehingga terlupa akan kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Disebabkan kelekaan dan kelalaian ini, mereka telah membuka ruang kepada diri mereka sendiri untuk menjadi antara golongan yang akan mendiami neraka Allah bersama-sama dengan syaitan laknatullah. 

Neraka yang dalam Bahasa Arabnya (an nar) beerti suatu tempat di akhirat, yang mana di wujudkan dengan api yang bergejolak dan berkobar-kobar dengan dahsyatnya hingga dapat mengelupaskan kepala dan dapat menusuk ke hati, di sediakan Allah SWT dan diancamkan olehNya untuk seluruh orang-orang kafir. Malah neraka juga dijadikan Allah untuk orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah orang-orang musyrik, orang-orang yang selalu berbuat dosa, orang-orang munafik, orang-orang yang buruk amal perbuatannya, derhaka dan tidak mentaati serta tidak mahu berbakti kepada Allah SWT. serta enggan dalam melaksanakan perintah Allah, bahkan sentiasa melakukan segala yang dilarang oleh Allah. Sebagai balasan bagi mereka adalah azab dan seksa kerana dosa-dosa dan kesalahan serta penderhakan yang mereka telah lakukan di dunia yang fana ini. Di dalam neraka ini, mereka akan merasakan seksa yang sangat menakutkan dan mereka tidak akan berasa senang walaupun sekejap, bahkan mereka akan mengalami kesengsaraan untuk selama-lamanya. 

PINTU-PINTI NERAKA.. 

Bahawasanya di dalam Al-Quran telah dijelaskan neraka itu mempunyai pintu-pintu masuk ahli neraka. Adapun pintu-pintu neraka yang telah disebutkan dalam Al-Quran itu ada tujuh pintu, yang setiap pintu telah ditetapkan untuk golongan yang tertentu dari ahi neraka yang dibahagi untuk kaum lelaki dan perempuan. Keadaan pintu neraka itu terbuka ke bawah. Oleh kerana itu, sebahagian lebih ke bawah dari sebahagian yang lain, yang jarak dari satu pintu ke pintu yang lain adalah perjalanan selama 700 tahun. Dan setiap pintu neraka panasnya lebih sangat bila dibandingkan dengan pintu yang ada di sebelahnya dengan selisih 70 kali ganda panasnya. 

1) NERAKA JAHANNAM. 

Setiap tingkatan neraka itu didiami oleh golongan-golongan tertentu mengikut dosa dan amalan yang dilakukan di dunia. Neraka Jahannam adalah tingkatan neraka yang terletak paling atas. Nama Jahannam juga dipakai untuk seluruh nama api neraka, mulai dari tingkatan yang paling atas, sampai tingkatan yang paling bawah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 12 yang bermaksud :”Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya”. Manakala firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 169 yang bermaksud:”Bahawasanya orang-orang yang kafir dan orang aniaya itu, mereka itu tidak akan diampuni Allah, dan tidak pula ditunjuki jalan, melainkan jalan ke neraka Jahannam. Mereka kekal dalam neraka itu selama-lamanya. Yang demikian itu sangat mudah bagi Allah”. 

Di dalam Al-Quran juga dijelaskan bahawa di antara calon penghuni neraka Jahannam itu ialah orang-orang yang derhaka iaitu orang-orang yang senang melakukan kejahatan, orang-rang kafir iaitu orang yang tidak beriman kepada semua rukun iman, para pengikut syaitan atau pengabdi hawa nafsu, orang-orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak mahu membayar zakat dan orang-orang yang menimbun dosa. Selain itu, neraka Jahannam juga didiami oleh orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah, orang-orang yang menentang ajaran para Rasul dan orang-orang Munafik. 

2) NERAKA LAZO. 

Neraka Lazo ialah neraka tingkat ke dua yang disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang medustakan agama dan berpaling dari ajaran Allah SWT. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Lail ayat 14 hingga 16 yang bermaksud:”Sebab itu Kami memperingatkan kepada kamu dengan neraka Lazo (neraka yang menyala-nyala) . Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang-orang yang celaka iaitu orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadaNya. ”Selain yang di jelaskan di dalam firman tersebut, neraka Lazo jua turut didiami oleh orang-orang yang mengumpulkan harta benda lalu menyimpannya dan tidak mahu membelanjakannya di jalan Allah. 

3) NERAKA HUTHAMAH. 

Neraka tingkat ketiga pula ialah Neraka Huthamah. Di dalam neraka inilah ditempatkan orang-orang yang lalai mengerjakan perintah Allah kerana terpengaruh oleh harta dunia, harta yang membuat orang derhaka. Firman Allah dalam surah Al-Humazah yang bermaksud:”Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Huthamah. Tahukah engkau apakah Huthamah itu? Iaitu api neraka yang menyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka sedangkan mereka itu diikat pada tiang yang panjang”. Disamping itu, di dalam Al-Quran juga dijelaskan secara tegas bahawa orang-orang yang bakal dimasukkan ke dalam neraka Huthamah itu ialah orang-orang yang suka mengumpat dan mencaci orang lain serta oang-orang yang mengumpulkan, menumpuk-numpuk harta benda dan bersifat bakhil. 

4) NERAKA SA’IR. 

Manakala bagi neraka Sa’ir yang merupakan neraka tingkat keempat, di dalamnya ditempatkan orang-orang yang memakan harta anak yatim. Dalam neraka ini mereka buta, pekak dan kulit mereka tebal seperti Bukit Uhud. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 10 yang bermaksud:”Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sa’ir”. Dalam surah Al-Israk ayat 97, Allah berfirman yang bermaksud:”Barangsiapa yang ditunjuki Allah nescaya dia dapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkannya maka tidak engkau perolehi pimpinan untuk mereka selain daripadaNya. Kami himpunkan mereka itu pada hari kiamat, dihela mukanya sedangkan mereka itu dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat mereka dalam neraka Jahannam. Tiap-tiap kurang nyala apinya lalu Kami tambah sampai bernyala-nyala (Sa’ir) ”. Malah terdapat juga dalam Al-Quran dan hadith yang menerangkan tentang calon penghuni neraka Sa’ir turut terdiri daripada orang yang mengingkari segala apa yang diturunkan Allah, orang-orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia dan godaan syaitan, orang yang tidak mematuhi perintah Allah, dan orang yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya. 

5) NERAKA SAQOR. 

Bagi golongan yang tidak mahu mengerjakan solat, golongan yang enggan memberi makan kepada orang-orang miskin, golongan yang percaya kepada yang bukan-bukan, dan golongan yang tidak percaya kepada hari kiamat pula ditempatkan di dalam neraka Saqor. Neraka Saqor ini menempati tingkatan yang kelima. Firman Allah dalam surah Al-Mudatsir ayat 40 hingga 46 yang bermaksud:”Di dalam syurga mereka saling bertanya tentang perkara orang-orang yang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam neraka Saqor? Mereka menjawab: Kerana kami dahulunya tidak mengerjakan solat, tidak mahu memberi makan kepada orang-orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat”. Tambahan lagi, calon penghuni neraka Saqor itu juga merupakan orang-orang yang ingkar dalam urusannya kepada Allah SWT. dan orang-orang yang membicarakan pekara-perkara batil. 

6) NERAKA JAHIM. 

Neraka tingkat keenam pula ialah neraka Jahim. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Maidah yang bermaksud:”Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka Jahim. Dalam surah Ad-Dukhan ayat 4 hingga 5, Allah berfirman yang maksudnya :”Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan lemparkan mereka ke dalam neraka Jahim. Sudah itu tumpahkanlah ke kepalanya air panas buat menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya kamu dahulu orang-orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragukan di masa dahulu”. Malah di dalam Al-Quran dan hadith juga dijelaskan bahawa orang-orang yang bakal menempati neraka Jahim itu di antaranya ialah orang-orang Islam yang berdosa, orang-orang yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah, dan orang-orang yang bermegah-megah dengan apa yang diperolehnya dan tidak mahu membelanjakan hartanya di jalan Allah. Selain itu, neraka Jahim juga turut didiami oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat Allah, dan orang-orang yang berusaha menentang ayat-ayat Allah, dengan menentang para nabi. 

7) NERAKA HAWIYAH. 

Neraka yang terletak di bawah sekali atau yang sering disebut orang dengan kerak-kerak neraka merupakan neraka tingkatan ke tujuh. Neraka ini dinamakan neraka Hawiyah. Di sinilah tempatnya orang-orang yang paling besar dosanya, termasuk juga di dalamnya orang-orang munafik. Hal ini adalah kerana orang-orang munafik itu sangat tebal kekafirannya. Berkenaan neraka Hawiyah ini, Allah berfirman dalam surah Al-Qari’ah ayat 8 hingga 11 yang bermaksud :”Dan barangsiapa yang ringa timbangan (amal baiknya) , maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas”. Dalam setiap tingkatan neraka, masing-masing dipenuhi dengan berbagai macam seksaan yang mengerikan, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang keji. 

SIFAT DAN KEADAAN NERAKA.. 

Neraka itu seperti bumi. Bergunung-ganang, berlembah dan bergaung, mempunyai jambatan, pohon, rantai, cambuk, belenggu, bandar, kampung dan sebagainya. Terdapat juga tujuh puluh ribu bukit yang setiap bukit mempunyai tujuh puluh ribu jurang. Pada setiap jurang terdapat tujuh puluh ribu nyalaan api, setiap nyalaan api terdapat tujuh puluh ribu kampung, yang pada setiap kampung terdiri dari tujuh puluh ribu mahligai. Pada tiap-tiap mahligai terdiri dari tujuh puluh ribu rumah dari api. Pada tiap-tiap rumah itu terdapat tujuh puluh ribu ular dan tujuh puluh ribu kala jengking dan pada setiap kala jengking mempunyai tujuh puluh ribu ekor sebagai penyengat. Dalam hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Jabir dari Rasulullah SAW. diterangkan bahawasanya baginda bersabda :”Bahawasanya di dalam neraka terdapat ular-ular yang sebesar leher unta;…… dan bahawasanya di dalam neraka itu terdapat kala jengking yang sebesar keldai”. 

1) JAMBATAN DI ATAS NERAKA. 

Titian Sirath merupakan jambatan di atas neraka yang diciptakan Allah yang terletak di tengah-tengah neraka Jahannam. Titian ini sangat licin dan boleh menggelincirkan. Bentuknya lebih lembut daripada rambut, lebih tajam daripada mata pedang dan lebih gelap daripada malam. Bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, mereka dapat melalui titian ini dengan selamat dan tiada halangan. Tetapi sebaliknya bagi orang-orang yang celaka pasti akan terjerumus ke dalam api neraka. 

Dalam suatu riwayat menceritakan bahawa Imam Wahab berkata:”Sesungguhnya Nabi SAW. berdoa :”Ya Tuhanku selamatkan. Selamatkan umatku! Umatku!”Maka para makhluk itu melalui jambatan, sehingga sebahagian mereka naik atas bahagian yang lain. Jambatan itu terumbang-ambing seperti perahu di lautan yang diterpa angin taufan”. Terdapat pelbagai cara yang berbeza-beza para makhluk dalam melalui titian ini. Antaranya ialah golongan yang pertama seperti kilat yang menyambar. Golongan yang kedua seperti angin kencang. Golongan yang ketiga seperti burung terbang. Golongan yang keempat seperti larinya kuda pacuan. Golongan yang kelima seperti seorang yang berjalan cepat. Golongan yang keenam seperti larinya binatang ternakan dan golongan yang ketujuh seperti lari selama sehari semalam. Dan sebahagian mereka yang lain ada yang melintasi jambatan tersebut hingga satu bulan dan tiga tahun. Bahkan ada pula yang melalui jambatan tersebut 15000 tahun (lamanya) dari tahun dunia. Dan ada pula yang melewati dengan berlutut. 

Diriwayatkan, ”Sesungguhnya manusia ketika melalui jambatan tersebut dikepung api neraka. Di bawah kaki mereka, di atas kepalanya, sebelah kanan dan kirinya, di depan dan di belakangnya juga dikepung dengan api yang menyala-nyala”. Sebagaimana firman Allah SWT. dalam surah Maryam ayat 71 hingga 72 bermaksud:”Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi mereka itu. Perkara itu bagi Tuhan-mu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalamnya dalam keadaan berlutut”. Api neraka itu akan memakan jasad manusia yang lalu di atasnya mulai dari kulit dan daging mereka, sehingga manusia yang lalu di atas Sirath itu seperti seorang yang hitam kecuali bagi orang-orng yang selamat dari neraka. 

Perkara yang membezakan dalam cara melewati Sirath tersebut adalah kerana disebabkan oleh perbezaan tingkat amal perbuatan yang mereka lakukan sewaktu hidup di dunia iaitu amal-amal soleh mereka. 

2) PEPOHON DI NERAKA. 

Di dalam neraka terdapat pohon-pohon yang berduri dan pohon zaqqum yang batang mahupun buahnya disediakan sebagai makanan penghuni neraka. Pohon zaqqum adalah pohon yang keluar dari dasar neraka. Bentuk buahnya sangat menjijikkan seperti kepala-kepala syaitan. Pohon zaqqum ini sengaja diciptakan oleh Allah untuk orang-orang yang zalim yang akan menjadi penghuni neraka. Di dalam Al-Quran juga dijelaskan bahawa pohon zaqqum itu disediakan sebagai makanan untuk orang-orang yang berdosa, buahnya seperti kotoran minyak, jika dimakan maka akan mendidih di dalam perut sehingga menghancurkan perut tersebut kerana panasnya. Dalam satu riwayat dijelaskan, sekiranya pohon zaqqum ini ada di dunia, nescaya musnahlah kehidupan penghuni bumi. 

Di samping pohon zaqqum, di dalam neraka juga terdapat pohon-pohon yang berduri yang apabila makan tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan kelaparan. 

Selain daripada makanan yang diberikan kepada penghuni neraka yang bersifat makanan yang menyumbat anak tekak dan makanan itu tidak mahu masuk dan tidak mahu keluar, orang-orang di dalam neraka itu juga turut memperolehi minuman. Akan tetapi segala minuman yang disediakan untuk mereka itu sungguh menggetarkan hati. Minuman mereka itu antara lain sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah berupa air dari mata air yang mendidih dan sangat panas, serta nanah dan darah yang sangat kotor dan menjijikkan. Setelah air tersebut diminum, maka seluruh isi perut mereka menjadi hancur. 

3) PENJARA SEBAGAI TEMPAT BERKURUNG. 

Selain daripada itu, di dalam neraka juga terdapat penjara sebagai tempat berkurung. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Falaq ayat satu yang bermaksud :”Katakanlah, aku berlindung dari falaq (yang menjaga makhluk) ”. Al-Falaq erti sesungguhnya ialah penjara di dalam neraka. Seluruh neraka itu penuh dengan penjara yang disediakan untuk orang-orang yang berdosa. Ibn Abbas berkata :”Bahawa penjara-penjara dalam neraka itu mempunyai jerajak dari besi, manakala dibuka penjara itu, memekiklah seluruh isi penjara memohon untuk dikeluarkan. Penjara itu dibagi atas bilik-bilik dan ruang-ruang yang dijaga rapi. Di bahagian atas dari ruang itu telah ditulis nama penghuninya masing-masing”. 

4) LAUTAN HIJAU. 

Di samping itu, dalam Jahannam juga terdapat lautan hijau yang bertebaran di dalamnya binatang-binatang berbisa dan terjatuh ke dalamnya matahari dan bulan kemudian dinyalakan, maka terjadilah Jahannam. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 55 yang bermaksud:”Pada hari mereka ditutupi oleh seksa dari atas kepalanya dan dari bawah kakinya, lalu Allah berfirman :”Rasakanlah olehmu dari apa yang telah kamu kerjakan”. FirmanNya lagi dalam surah Az-Zumar yang bermaksud:”Untuk mereka, dari atas mereka ada beberapa lapisan dari api dan dari bawah mereka ada lapisan dari api pula. Dengan seksa itulah Allah menakutkan hambaNya. Hai hamba-hambaKu, takutlah kepadaKu”. Maksudnya api menutupi mereka dari segala penjuru, sehingga mereka tenggelam seperti orang yang tenggelam di dasar lautan. 

5) CAIRAN PANAS DAN DINGIN SERTA TALI DARI BESI. 

Dalam surah Al-Haj ayat 19 hingga 21, Allah telah berfirman yang maksudnya:”Disiramkan air yang sedang mendidih di atas kepala mereka. Dengan air itu dihancurkan segala apa yang ada di dalam perut mereka. Dan untuk mereka tali yang bertangkai dari besi”. Dalam satu riwayat dijelaskan, bahawa ketika hari sangat panas, maka penghuni neraka melihat ke langit dan meminta hujan, maka ketika itu turunlah dari awan yang disebut dengan zamharir, iaitu air yang sangat dingin. Bila diminum, maka hancurlah perut kerana kedinginannya. Hal ini menunjukkan di dalam neraka itu ada musim panas dan musim dingin. Kalau panas bukan main panasnya, kalau dingin bukan main dinginnya sehingga berguguran daging yang ada di tubuh, dan yang tinggal hanya tulang yang memutih. Malahan, di neraka juga disediakan tali yang bertangkai dari besi sebagai alat untuk menyeksa orang yang berdosa. Berkenaan tali yang bertangkai dari besi ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW. dalam sabdanya yang bermaksud:”Jika sekiranya tali yang bertangkai dari besi itu diletakkan di atas bumi ini, kemudian berkumpul jin dan manusia sepakat untuk mengangkat bersama-sama, nescaya tidak akan mampu mereka memikulnya”. 

6) RANTAI DAN BELENGGU. 

Mengenai rantai, cambuk dan belenggu di neraka, Allah telah menjelaskan dalam Al-Quran surah Ad-Dhari ayat 4 bermaksud:”Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala”. Firman ini telah menjelaskan dengan pasti dan jelas bahawasanya di dalam neraka itu benar-benar terdapat rantai, cambuk dan belenggu untuk membelit dan mengikat serta untuk menyeret dan juga membelenggu para ahli neraka. Allah memerintahkan kepada Malaikat Zabaniyah supaya menangkap orang-orang kafir tersebut dengan kejam dan bengis di Padang Mahsyar serta merantai leher mereka, kemudian melemparkannya ke dalam neraka Jahannam. Panjang rantai itu ialah 70 hasta. 

Setelah belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, mereka lalu diseret ke dalam air yang panas dan kemudiannya dibakar dalam api. Dalam sebuah hadith dari Abi Hatim yang diriwayatkan oleh Tabrani menerangkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:”Allah menjadikan bagi ahli neraka awan hitam dan gelap, lalu dikatakan kepada mereka:”Apakah gerangan yang engkau minta?”Mereka menjawab:”Kami minta awan seperti di dunia”. Maka mereka dihujani dengan belenggu dan rantai serta batu-batu yang panas dari neraka”. 

7) BAHAN BAKAR NERAKA. 

Di dalam Al-Quran diterangkan dengan jelas bahawa bahan-bahan bakar neraka itu adalah orang-orang berdosa yang masuk ke dalamnya dan juga batu-batu yang telah disediakan oleh Allah SWT. Hal ini dapat dibuktikan dalam surah Al-Baqarah ayat 24 yang bermaksud:”Peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir”. Ibn Katsir pula berpendapat, bahawa neraka Jahannam itu kayu bakarnya adalah Bani Adam yang berdosa serta patung-patung yang disembah serta batu yang baunya lebih busuk daripada bangkai. Sesungguhnya neraka Jahannam itu menyala kerana kemurkaan Allah disebabkan dosa yang diperbuat oleh Bani Adam. 

KEADAAN PENGHUNI NERAKA KETIKA DISEKSA.. 

1) SALING BERBANTAHAN. 

Meskipun di antara satu neraka dengan neraka yang lain berbeza jenis penyeksaannya, maka sudah tentu yang lebih bawah adalah yang lebih berat dan dahsyat daripada tingkatan yang di atasnya. Keadaan penghuni neraka ketika diseksa adalah dalam saling membantah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 47 hingga 48 yang bermaksud:”Perhatikanlah ketika terjadi perbantahan dalam neraka itu. Berkata orang yang lemah kepada orang yang sombng: Kami hanya mengikut kamu, apakah dapat kamu menolak sebahagian seksa neraka ini dari kami? Berkata pula orang yang sombong: Semua kita telah berada di dalam neraka. Allah telah menghukum di antara hamba-hambaNya”. Setelah tiba di neraka, maka kawan menjadi musuh. Mereka berkelahi sesamanya, tuduh-menuduh dan salah menyalahkan. 

2) BERGANTI-GANTI KULIT DAN TANGISAN TANPA HENTI. 

Penghuni neraka itu menyesal tiada terhingga, namun penyesalan itu tiada berguna. Mereka menanggung seksaan yang tidak dapat dibayangkan kepedihannya, tiap-tiap hangus kulit mereka dibakar api, maka ditukar dengan kulit yang baru. Demikianlah keadaan mereka untuk selama-lamanya. Oleh kerana tidak tertahan azab seksaan panasnya api yang membakar itu, maka mereka meronta-ronta kesakitan, seperti ikan yang dimasukkan ke dalam bara api. Kerana terlalu beratnya seksaan yang mereka alami, mereka pun menangis sepuas-puasnya. Habis air mata, maka bercucuranlah darah. Walaupun demikian, mereka tetap tidak mendapatkan keringanan. Bersabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud:”Wahai umat manusia, menangislah kamu. Jika kamu tidak menangis maka kamu nanti akan saling menangis. Bahawa orang-orang dalam neraka itu menangis, sehingga mengalir air mata membasahi pipinya. Setelah habis air mata maka keluarlah darah. Darah bercucuran dari matanya. Kalau ada perahu. maka perahu akan dapat belayar di atas darah itu”. 

3) TIDAK HIDUP DAN TIDAK MATI. 

Di dalam neraka itu orang tidak akan mati, kerana mati hanya berlaku di dunia. Sekiranya mereka dimatikan, beerti mereka dapat istirehat dari penderitaan dan seksaan yang pedih itu. Kerana beratnya seksaan yang mereka alami, sehingga keadaan mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT. tidak hidup dan tidak pula mati. Firman Allah dalam surah Al-A’la ayat 13 hingga 14 yang bermaksud:”Iaitu orang yang masuk neraka yang maha besar. Di sana mereka tidak akan mati dan tidak pula hidup”. 

4) SENTIASA MEMOHON BELAS KASIHAN DARI ALLAH SWT. 

Penghuni neraka sentiasa mengajukan permohonan kepada Allah dengan berbagai macam permohonan. Namun permohonan mereka itu hanyalah sia-sia, kerana tidak satu pun dikabulkan oleh Allah SWT, bahkan yang sangat menyedihkan hati, setiap permohonan mereka itu dijawab oleh Allah dengan kata-kata yang membuatkan mereka menjadi berputus asa. Di antara permohonan mereka itu sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah adalah memohon supaya ditangguhkan penyeksaan. 

Perkenaan dengan permohonan ini dijelaskan Allah dalam firmanNya dalam surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:”Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun seketika, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikut Rasul-rasul”. Permohonan mereka ini dijawab oleh Allah dalam surah Ibrahim ayat 44 yang bermaksud:”Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa”. 

Penghuni neraka juga memohon agar dikeluarkan dari neraka. Hal ini telah dijelaskan dalam surah Al-Mukmin ayat 11 yang bermaksud:”Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah jalan bagi kami untuk keluar dari neraka ini?”Maka, permohonan mereka dijawab oleh Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 12 yang bermaksud:”Yang demikian itu adalah kerana kamu kafir apabila Allah saja disembah, dan kamu percaya apabila Allah dipersekutukan. Maka keputusan sekarang ini adalah pada Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar”. 

Permohonan yang berikutnya ialah memohon dikembalikan ke dunia sebagaimana yang terdapat dalam surah Al-Sajadah ayat 12 yang bermaksud:”Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami sekarang ini adalah orang-orang yang yakin”. Jawab Allah dalam surah Al-Sajadah ayat 14 yang bermaksud:”Kerana itu rasakanlah olehmu seksa ini disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan hari ini (hari kiamat) . Sesungguhnya Kami telah melupakan kamu pula dan rasakanlah seksaan yang kekal, disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. 

Terhadap berbagai macam permohonan mereka itu, akhirnya dijawab oleh Allah SWT. dengan penuh kemurkaan, sebagaimana firmannya dalam surah Al-Mukminun ayat 108 yang bermaksud:”Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara lagi denganKu”. 

Kesimpulannya, sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, seharusnya menjalani kehidupan yang selaras dengan tuntutan Islam dan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya agar kita tidak tergolong dalam golongan yang akan mendiami neraka Jahannam. Justeru itu bentenglah diri dengan kalimah tauhid baik zahir mahupun batin. Cintailah Rasul dengan mengagungkan sunnahnya bersama dengan orang-orang yang soleh agar mendapat syafaatnya di akhirat kelak. 

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Bahaya Syirik

Dari nenek moyang kita hingga ke generasi moden ini, kepercayaan karut masih diamalkan dalam masyarakat Islam kita. Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk memerangi amalan ini namum tindakkan-tindakkan ini hanya sia-sia bagai anjing menyalak bukit. Tambahan pula, ada juga sesetengah ulama yang mengamalkan amalan-amalan ini. Perkara-perkara ini perlu diambil berat kerana kepercayaan-kepercayaan karut atau dikenali sebagai syirik dikatogerikan perkara yang boleh membatalkan Islam. 

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. 

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam. 

Firman Allah yang bermaksud:”Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka. ”– (Surah al-Ma’idah, ayat 72) 

Firman-Nya lagi yang bermaksud:”Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. ”– (Surah an-Nisa’, ayat 48) 

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud:”Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. ”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud:”Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar. ”– (Surah Luqman, ayat 13) 

Penegasan bahaya syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu. ”

Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW:”Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda:”Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab:”Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab:”Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri. ”– (Hadis riwayat Muslim) 

Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu. – (Hadis riwayat Muslim) 

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina. – (Hadis riwayat Muslim) 

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata) . Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu yang pertama menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik dan yang kedua menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik. Seterusnya yang ketiga ialah menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. 
Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim. 

Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara. 

Selain daripada syirik jali dan syirik khafi terdapat juga syirik akbar. Syirik akbar ini menjadi penyebab keluarnya seseorang dari agama Islam, dan orang yang bersangkutan jika meninggal dalam keadaan demikian, akan kekal di dalam neraka. Hakikat syirik akbar adalah memalingkan salah satu jenis ibadah kepada selain Allah! Seperti memohon dan taat kepada selain Allah, bernadzar untuk selain Allah, takut kepada mayat, kuburan, jin, setan disertai keyakinan bahwa hal-hal tersebut dapat memberi bahaya dan mudharat kepadanya, memohon perlindungan kepada selain Allah, seperti meminta perlindungan kepada jin dan orang yang sudah mati, mengharapkan sesuatu yang tidak dapat diwujudkan kecuali oleh Allah, seperti meminta hujan kepada pawang, meminta penyembuhan kepada dukun dengan keyakinan bahwa dukun itulah yang menyembuhkannya, mengaku mengetahui perkara ghaib, menyembelih hewan kurban yang ditujukan untuk selain Allah. 

Thariq bin Syihab menuturkan bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda (yang terjemahannya) : Ada seseorang masuk surga karena seekor lalat, dan ada seseorang masuk neraka karena seekor lalat pula. Para shahabat bertanya: Bagaimana hal itu, ya Rasulul-lah? Beliau menjawab: Ada dua orang berjalan melewati suatu kaum yang mempunyai berhala, yang mana tidak seorang pun melewati berhala itu sebelum mempersembahkan kepadanya suatu kurban. 

Ketika itu, berkatalah mereka kepada salah seorang dari kedua orang tersebut: Persembahkanlah kurban kepadanya! Dia menjawab: Aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat kupersem-bahkan kepadanya. Mereka pun berkata kepadanya lagi: Persembahkan sekalipun seekor lalat. Lalu orang itu mempersembahkan seekor lalat, mereka pun memperkenankan dia untuk meneruskan perjalanan. 

Maka dia masuk neraka karenanya. Kemudian berkatalah mereka kepada seorang yang lain: Persembahkanlah kurban kepadanya. Dia menjawab: Aku tidak patut mempersembahkan sesuatu kurban kepada selain Allah 'Azza wa Jalla. Kemudian mereka memenggal lehernya, karenanya orang ini masuk surga. (HR. Imam Ahmad) . 

Dan termasuk penyembelihan jahiliyah yang terkenal di zaman kita sekarang ini- adalah menyembelih untuk jin. Yaitu manakala mereka membeli rumah atau membangunnya, atau ketika menggali sumur mereka menyembelih di tempat tersebut atau di depan pintu gerbangnya sebagai sembelihan (sesajen) karena takut dari gangguan jin. (Lihat Taisirul Azizil Hamid, hal. 158) . 

Selama kita menumpang di dunia yang sementara, mungkin kita tidak sedar perkara syirik yang kita lakukan. Ini kerana syirik boleh berlaku bila-bila masa dan kurangnya ilmu tentang Islam. Syirik boleh berlaku seperti syirik dalam sifat Allah iaitu keyakinan bahwa para nabi dan wali mengetahui perkara-perkara ghaib. Allah Ta'ala telah membantah keyakinan seperti itu dengan firman-Nya (yang terjemahannya) :"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri. ” (QS. Al-An'am : 59) . Lihat QS. Al-Jin: 26-27. Pengetahuan tentang hal yang ghaib merupakan salah satu hak istimewa Allah, menisbatkan hal tersebut kepada selain-Nya adalah syirik akbar, Syirik dalam Mahabbah (kecintaan) iaitu mencintai seseorang, baik wali atau lainnya layaknya mencintai Allah, atau menyetarakan cinta-nya kepada makhluk dengan cintanya kepada Allah Ta'ala. Mengenai hal ini Allah Ta'ala berfirman (yang terjemahannya) :"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. (QS. Al-Baqarah: 165) . Mahabbah dalam ayat ini adalah mahabbatul ubu-diyah (cinta yang mengandung unsur-unsur ibadah) , yaitu cinta yang dibarengi dengan ketundukan dan kepatuhan mutlak serta mengutamakan yang dicintai daripada yang lainnya. Mahabbah seperti ini adalah hak istimewa Allah, hanya Allah yang berhak dicintai seperti itu, tidak boleh diperlakukan dan disetarakan dengan-Nya sesuatu apapun dan syirik dalam ketaatan iaitu ketaatan kepada makhluk, baik wali ataupun ulama dan lain-lainnya, dalam mendurhakai Allah Ta'ala. Seperti mentaati mereka dalam menghalal-kan apa yang diharamkan Allah Ta'ala, atau mengharamkan apa yang dihalalkan-Nya. Mengenai hal ini Allah Subhanahu wa Ta ala berfirman (yang terjemahannya) . Mereka menjadikan orang-orang alim, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah. (QS. At-Taubah: 31) . Taat kepada ulama dalam hal kemaksiatan inilah yang dimaksud dengan menyembah berhala mereka! Berkaitan dengan ayat tersebut di atas, Rasulullah SAW menegaskan (yang terjemahannya) : Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada al-Khaliq (Allah) . (Hadits Shahih, diriwayatkan oleh Ahmad) . 

Selain itu, terdapat juga syirik khauf. Khauf membawa maksud takut. Terdapat juga Syirik kahuf. Syirik khauf memebawa maksud takut. Terdapat beberapa jenis syirik khauf iaitu Khauf Sirri membawa erti takut kepada selain Allah Subhanahu wa Ta'ala, berupa berhala, thaghut, mayat, makhluk gahib seperti jin, dan orang-orang yang sudah mati, dengan keyakinan bahwa mereka dapat menimpakan mudharat kepada makhluk. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (yang terjemahannya) : Janganlah kamu takut kepada mereka, takutlah kamu kepada-Ku jika kamu benar-benar orang beriman. (QS. Ali Imran: 175) . Takut yang menyebabkan seseorang meninggalkan kewajibannya, seperti: Takut kepada seseorang sehingga menyebabkan kewajiban ditinggalkan. Takut seperti in hukumnya haram, bahkan termasuk syirik ashghar (syirik kecil) . Berkaitan dengan hal tersebut Rasulullah SAW bersabda (yang terjemahannya) : Janganlah seseorang dari kamu menghinakan dirinya!”Shahabat bertanya: Bagaimana mungkin seseorang menghinakan dirinya sendiri? Rasulullah bersabda:”Yaitu ia melihat hak Allah yang harus ditunaikan, namun tidak ditunaikannya! Maka Allah akan berkata kepadanya di hari kiamat: Apa yang mencegahmu untuk mengucapkan begini dan begini?"Ia menjawab:”Karena takut kepada manusia!". Allah berkata:”Seharusnya hanya kepadaKu saja engkau takut". (HR. Ibnu Majah dari Abu Said al Khudry, Shahih) . Takut secara tabiat, takut yang timbul karena fitrah manusia seperti takut kepada binatang buas, atau kepada orang jahat dan lain-lainnya. Tidak termasuk syirik, hanya saja seseorang janganlah terlalu didominasi rasa takutnya sehingga dapat dimanfaatkan setan untuk menyesatkannya. 

Syirik hulul pula bermaksud percaya bahwa Allah menitis kepada makhluk-Nya. Ini adalah aqidah Ibnu Arabi (bukan Ibnul Arabi, beliau adalah ulama Ahlus Sunnah) dan keyakinan sebagian kaum Sufi yang ekstrem, Syirik Tasharruf bermaksud keyakinan bahwa sebagian para wali memiliki kuasa untuk bertindak dalam mengatur urusan makhluk. Keyakinan seperti ini jelas lebih sesat daripada keyakinan musyrikin Arab yang masih meyakini Allah sebagai Pencipta dan Pengatur alam semesta. 

Syirik Hakimiyah termasuk syirik hakimiyah adalah membuat undang-undang yang betentangan dengan syariat Islam, serta membolehkan diberlakukannya undang undang tersebut atau beranggapan bahwa hukum Islam tidak sesuai lagi dengan zaman. Yang tergolong musyrik dalam hal ini adalah para hakim yang membuat dan memberlakukan undang-undang, serta orang-orang yang mematuhinya, jika meyakini kebenaran UU tersebut dan rela dengannya. 

Syirik tawakkal mempunyai tiga jenis iaitu tawakkal dalam perkara yang hanya mampu dilaksanakan oleh Allah saja. Tawakkal jenis ini harus diserahkan kepada Allah semata, jika seseorang menyerahkan atau memasrahkannya kepada selain Allah, maka ia termasuk Musyrik, tawakkal dalam perkara yang mampu dilaksanakan para makhluk. Tawakkal jenis ini seharusnya juga diserahkan kepada Allah, sebab menyerahkannya kepada makhluk termasuk syrik ashghar. Tawakkal dalam arti kata mewakilkan urusan kepada orang lain dalam perkara yang mampu dilaksanakannya. Seperti dalam urusan jual beli dan lainnya. Tawakkal jenis ini diperbolehkan, hanya saja hendaklah seseorang tetap bersandar kepada Allah Subhanahu wa Taala, meskipun urusan itu diwakilkan kepada makhluk. 

Di dalam syirik niat dan maksud pula bererti beribadah dengan maksud mencari pamrih manusia semata, mengenai hal ini Allah Subhanahu wa Taala berfirman (yang terjemahannya) :"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepadanya balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak akan memperoleh di akhirat kecuali neraka, dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan". (QS. Hud: 15-16) . Syirik jenis ini banyak menimpa kaum munafiqin yang telah biasa beramal karena riya. 

Syirik dalam Hal Percaya Adanya Pengaruh Bintang dan Planet terhadap Berbagai Kejadian dan Kehidupan Manusia. Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang terjemahannya) : Allah berfirman:”Pagi ini di antara hambaku ada yang beriman kepada-Ku dan ada pula yang kafir. Adapun orang yang berkata, kami diberi hujan dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Adapun orang yang berkata: Hujan itu turun karena bintang ini dan bintang itu maka dia telah kufur kepada-Ku dan beriman kepada bintang". (HR, Bukhari) . 

Lihat Fathul Bary, 2/333) . Termasuk dalam hal ini adalah mempercayai astrologi (ramalan bintang) seperti yang banyak kita temui di koran dan majalah. Jika ia mempercayai adanya pengaruh bintang dan planet-planet terse-but maka dia telah musyrik. Jika ia membacanya sekedar untuk hiburan maka ia telah melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sebab tidak dibolehkan mencari hiburan dengan membaca hal-hal syirik. Disamping setan terkadang berhasil menggoda jiwa manusia sehingga ia percaya kepada hal-hal syirik tersebut. Maka, membacanya termasuk sarana dan jalan menuju kemusyrikan. 

Syirik Ashghar iaitu setiap ucapan atau perbuatan yang dinyatakan syirik oleh syara tetapi tidak mengeluarkan dari agama. Ia merupakan dosa besar yang dapat mengantarkan kepada syirik akbar. Terdapat pelbagai jenis syirik asghar antara Zhahir (nyata) , berupa ucapan: Rasulullah SAW bersabda (yang terjemahannya) :”Barangsiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah, maka ia telah berbuat syirik". (HR. Ahmad, Shahih) . 

Dan sabda Nabi SAW yang lain (yang terjemahannya) :”Janganlah kamu berkata: Atas kehendak Allah dan kehendak Fulan. Tapi katakanlah: Atas kehendak Allah, kemudian kehendak Fulan". (HR. Ahmad, Shahih) . Berupa amalan, seperti: Memakai gelang, benang, dan sejenisnya sebagai pengusir atau penangkal mara bahaya, jika ia meyakini bahwa benda-benda tersebut hanya sebagai sarana tertolak atau tertangkalnya bala. Namun bila dia meyakini bahwa benda-benda itulah yang menolak dan menangkal bala, hal itu termasuk syirik akbar. Imran bin Hushain radiallahu anhu menuturkan, bahwa Nabi SAW melihat seorang laki-laki terdapat di tangannya gelang kuningan, maka beliau bertanya (yang terjemahannya) :”Apakah ini?". Orang itu menjawab: Penangkal sakit. Nabi pun bersabda:”Lepaskan itu karena dia hanya akan menambah kelemahan pada dirimu; sebab jika kamu mati sedang gelang itu masih ada pada tubuhmu, kamu tidak akan beruntung selama-lamanya". (HR. Imam Ahmad dengan sanad yang bisa diterima) . 

Dan riwayat Imam Ahmad pula dari Uqbah bin Amir dalam hadits marfu (yang terjemahannya) : Barang siapa menggantungkan tamimah, semoga Allah tidak mengabul-kan keinginannya; dan barang siapa menggantungkan wadaah, semoga Allah tidak memberi ketenangan pada dirinya. Disebutkan dalam riwayat lain: Barang siapa menggantungkan tamimah, maka dia telah berbuat syirik. (Tamimah adalah sesuatu yang dikalungan di leher anak-anak sebagai penangkal atau pengusir penyakit, pengaruh jahat yang disebabkan rasa dengki seseorang dan lain sebagainya. Wadaah adalah sejenis jimat) . 


kita tidak boleh ambil ringan tentang perkara ini, jika ia berlarutan ia boleh menjadi benda yang amat bahaya kerana ada syirik yang boleh mendatangkan dosa besar dan ada syirik yang boleh membatalkan Islam kita. Syirik yang mendatangkan dosa besar seperti syirik Ashghar (tidak mengeluarkan dari agama) . Dari Abu Hurairah radiallahu anhu marfu (yang terjemahannya) : Allah berfirman:”Aku tidak butuh sekutu-sekutu dari kalian, barang siapa yang melakukan suatu amalan yang dia menyekutukan-Ku padanya selain Aku, maka Aku tinggalkan dia dan persekutuannya". (Riwayat Muslim, kitab az-Zuhud 2985, 46) . Terkena ancaman dari dalil-dalil tentang syirik, karena salaf menggunakan setiap dalil yang berkenaan dengan syirik akbar untuk syirik ashghar. (Lihat al-Madkhal, hal 124) . 

Syirik Akbar merupakan kezhaliman terbesar kepada Allah. Firman Allah Ta'ala (yang terjemahannya) :”Sesungguhnya syirik itu kezhaliman yang besar". (QS. Luqman: 13) . Selain itu, syirik ini menghancurkan seluruh amal. Firman Allah Ta'ala (yang terjemahannya) :”Sesungguhnya jika engkau berbuat syirik, niscaya hapuslah amalmu, dan benar-benar engkau termasuk orang yang rugi". (QS. Az-Zumar: 65) . Jika meninggal dalam keadaan syirik, maka tidak akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah Ta'ala (yang terjemahannya) :Sesungguhnya, Allah tidak akan mengampuni jika disekutukan, dan Dia akan mengampuni selain itu (syirik) bagi siapa yang (Dia) kehendaki. (QS. An-Nisa: 48, 116) . Pelaku syirik diharamkan masuk surga. Firman Allah Ta'ala (yang terjemahannya) :”Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan jannah baginya dan tempatnya adalah neraka, dan tidak ada bagi orang-orang zhalim itu seorang penolong pun". (QS. Al-Maidah: 72) . Individu itu akan kekal di dalam neraka. Firman Allah Ta'ala (yang terjemahannya) :”Sesungguhnya orang kafir, yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk". (QS. Al-Bayyinah: 6) . Syirik adalah dosa paling besar jika diamalkannya. Firman Allah Ta'ala (yang terjemahannya) :”Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu. Bagi siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya". (QS. An-Nisa: 116) dan ia perkara pertama yang diharamkan oleh Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (yang terjemahannya) :”Katakanlah: Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun ter-sembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menu-runkan hujjah untuk itu dan (meng-haram-kan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui". (QS. Al-Araaf: 33) . Syirik adalah dosa pertama yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Lihat Quran surah Al-Anaam: 151. Pelakunya adalah seperti orang-orang najis (kotor) akidahnya. Allah Ta'ala berfirman (yang terjemahannya) :”Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis". (QS. At-Taubah: 28) . 

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud:”Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak) , maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya. ”– (Surah al-Kahfi, ayat 110) 

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal. 

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal. 

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud:”Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi. ”– (Surah az-Zumar, ayat 65) 

Firman Allah lagi yang bermaksud:”Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal) , maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. ”– (Surah al-Hajj, ayat 31) 

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik. 

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik. 

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini. 

Beberapa langkah mesti dilakukan bagi mengelakkan ia daripada terus membarah di dalam hidup manusia, termasuk pelaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh. 

Selain itu diperbanyakkan penerangan mengenai bahaya syirik menerusi seminar, ceramah, bengkel dan seumpamanya. Anggota masyarakat mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya. Jadi sama-samalah kita membangun dan berjihad kepada jalan Allah dan menjauhi kemungkaran yang dilarang oleh-Nya supaya Islam menjadi kuat dan teguh hinnga ke akhir zaman. 

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Seksaan Kubur

Sebab Musabab Yang Menyebabkan Penghuni-Penghuni Kubur Diseksa

Dua cara : Secara ringkas dan secara terperinci
Yang ringkas iaitu mereka kerana tidak mengenali Tuhan, dan mensia-siakanNya, dan kerana melakukan maksiat terhadapNya. Tuhan tidak akan menyeksa sesuatu roh yang mengenal Tuhan, roh yang mengasihiNya, roh yanh mematuhi perintahNya serta menjauhi tegahanNya. Allah tidak akan menyeksa tubuh didalam kubur sama sekali, sebab seksa kubur dan seksa akhirat itu adalah kesan dari kemurkaan Allah dan kemarahanNya terhadap hambaNya. Maka barangsiapa yang memurkakan Allah di salam alam dunia ini, jemudian dia tidak bertaubat, lalu mati dalam keadaan dimurkai Allah, maka baginya akan turun seksa alam Barzakh sekadar kemarah dan kemurkaan Allah terhadapnya. Jika sedikit, maka seksanya juga sedikit, dan jika banyak maka seksanya juga banyak. 

Apapun jawapan yang terperinci, Nabi Muhammad SAW telah memberitahu kita tentang dua orang lelaki yang didapati sedang diseksa di dalam kubur mereka, yang satu suka membawa mulut kepada orang ramai, sedang yang lain telah meniggalkan pengetusan dari kencing. Lelaki yang akhir ini telah meniggalkan kebersihan yang wajib, manakala lelaki yang pertama menyebabkan permusuhan antara manusia dengan lisannya, meskipun apa yang dikatakannya adalah benar. Ini sebagai satu peringatan kepada orang yang mencetuskan permusuhan antara manusia dengan berkata bohong, dusta atau membuat tuduhan yang palsu itu seksanya lebih berat. Begitu juga dengan orang yang tidak mengetus kencingnya itu sebagai satu peringatan kepada orang yang meniggalkan sembahyang, yang pengetusan dari kencing itu merupakan sebahagian dari syarat-syarat sah sembahyang, maka meniggalkan sembahyang itu adalah lebih berat seksanya. 

Di salam Hadis Syu’bah pula berbunyi begini : adapun salah seorang dari dua lelaki itu suka memakan daging manusia, maksudnya suka mengata dusta ataupun suka membawa mulut. 

Sebelum ini ada sebuah Hadis dari pada Ibnu Mas’ud RA. yang menceritakan tentang penghuni kubur yang dipukul dengan cabuk yang memenuhi segala pengjuru kubur api, disebabkan dia pernah barsembahyang satu sembahyang sahaja tanpa berwudhu’, dan dia pernah melihat seorang yang teraniaya tetapi dia tidak membantunya. 

Terdahulu juga sebuah hadis daripada Samurahyang disebut didalam ‘Sahih Bukhari’ tentang pendustaan orang yang berdusta satu dusta sahaja, lalu seksanya meliputi semua angkasa. Juga tentang penyeksaan seorang yang pandai mem, baca Al-Quran kemudian dia tidur meninggalkannya, dan dia tidak mengamalkan surunNya puladi siang hari. Juga tentang penyeksaan penzina sama ada lelaki ataupun perempuan, penyeksaan pemakan riba, yang semua itu benar-benar telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW di alam barzakh itu. 

Terdahulu juga ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. tentang orang yang menghempaskan batu keatas kepala orang, kerana dia merasa malas untuk mengrjakan sembahyang; orang yang pergi memakan daun pahit dari pepohon yng berduri kerana tidak menunaikan zakat hartanya; orang yang memakan daging yang busuk dan mentah kerana dosa melakukan zina; orang yang menggunting bibir-bibirnya dengan gunting besi neraka kerana suka membuat fitnahdi dalam bicara dan pidatonya. 

Terdahulu juga pada hadis Abu Said ada kata-kata seperti : dan pembalasan orang yang melakukan dosa-dosa itu ; diantara mereka itu ada perutnya yang kembung seperti rumah, yang diinjak-injak oleh binatang, iaitu pemakan riba, di antara mereka ada yang mulutnya ternganga, lalu dilontarkan kedalamnya bara api sehingga keluar semuladari bawahnya, iaitu orang-orang yang memakan harta anak yatim; di antara mereka orang- orang yang tergantung dengan cangkuk di dadanya, iaitu wanita-wanita penzina; di antara mereka orang-orang yang memotong anggotanya sendiri, lalu dimakan dagingnya, iaitu orang yang suka mencaci maki; di antara mereka orang-orang dijadikan kukunya dari tembaga, lalu mereka mencakar wajah-wajah dan dadanya sendiri, iaitu orang yang suka menjaga tepi kain orng lain. 

Nabi SAW juga telah memberitahu kita tentang cerita orang yang mencuri sepasang kain dari rampasan perang yang belum dibahagi, lalu kain itu bernyala-nyala disekitar kuburnya. Ini berlaku padanya padahal sia mempunyai hak pada harta rampasan itu, maka bagaimana pula dengan seorang yang zalim yang merampas hak orang lain yang dia tiada hak padanya?

Maksiat Yang Membawa Kepada Seksa Kubur

Seksa kubur itu disebabkan maksiat-maksiat dari hati, mata, telinga, mulut, lisan, perut, kemaluan, tangan, kaki dan tubuh seluruhnya. Jadi orang yang suka mengata nista, membawa mulut, berdusta, mencaci, bersaksi bohong, menuduh jahat terhadap wanita yang baik, menimbulkan fitnah di antara manusia, mengajak orang membuat bid’ah yang terlarang, berkata sesuatu yang tidak benar terhadap Allahdan rasulNya, suka menambah-nambah di dalam perkataannya, pemakan riba, pemakan harta anak yatim, pemakan haram seperti rasywah atau wang ugut atau seumpama itu, pemakan harta saudaranya yang Muslimtanpa hak, perampas harta seorang kafir zimmi (di bawah naungan Islam) , peminum arak, penzina, peliwat, pencuri, penipu, pengkhianat, pengugut, pemakan riba, pemberinya, penulisnya, penyaksinya, pembawanya, dan orang yang telah dibawakan kepadanya, pembuat helah untuk menggugurkan apa yang difardhukan Allah, dan untuk melanggar pengharammanNya, orang yang menyusahkan kaum Muslimin, pengintip terhadap rahsia-rahsia mereka, orang yang menghukum dengan selain dari hukum Allah, orang yang menfatwakan dengan tidak mengikut syariat Allah, pembantu orang yang membuat dosa dan penganiayaan, pembunuh iri sendiri yang diharamkan Allahuntuk membinasakannya, pelanggar batasan-batasan Allah, orng yang menyalahgunakan hakikat nama-nama Allah, sifat-sifatNya dan yang menjadi mulhid, yakni mengingkari segala-galanya, orang mengemukakan pendapatnya, pemikirannya, siasatannya yang menyalahi sunnah yakni perjalanan yang ditentukan oleh Rasullah SAW, orang yang meraung terhadap orang mati, orang yang mendengar kepanya dan menganjurkannya, orang yang menyanyikan nyanyian yang diharamkan Allah dan rasulNya, orang yang mendengar kepadanya, orang yang membangunkan tempat duduk di atas kubur serta menghidupkan di atasnya lilin dan lampu, orang yang melebihkan haknya apabila menimbang dari orang lain serta mengurangkan timbangannya apabila memberikan kepada orang lain, orang yang mengangkat diri, takabbur, riya’, berbisik-bisikkan hal yang tidak baik kepada temannya, orng yng perkecil-kecilkan para salaf, orang yang mendatangi para ahli sihir, penilik, penserapah, serta semua orang yang datang kepada mereka, meminta dari merka serta mempaercayai mereka, pembantu orang-orang yang zalim dan aniaya yang telah menjual akhirat mereka dengan dunia lain, orang yang jika anda ingatkan tentang batasan Allah, dia tidak peduli dan tidak mahu mengikutnya, tetapi jika anda menakutkannya dengan seorang makhluk yang jahat, dia takut dan tunduk kepadanya lalu dia berhenti dari melakukan apa yang tidak disukai oleh penganiaya itu, orang yang apabila ditunjukkan jalan Allah dan rasulNya, dia tidak ingin menurutnya, dan tidak mahu menundukkan kepala kepada terhadap petunjuk Allah dan rasulNya, tetapi jika disampaikan sesuatu dari seorang yang memang dia suka kepadanya padahal orang itu boleh jadi betul dan bolah jadi salah, maka dia terus mematuhinya dengan penuh hati dan tidak akan menyalahi permintaannya, orang yang jika anda membacakan kepadanya Al-Quran tidak sedikit pun berkesan dihatinya, dan barangkali dia tidak senang mendengar bacaan Al-Quran itu, tetapi jika dia mendengar bacaan syaitan, pujuk rayu zina, dan kata-kata nifak, hatinya merasa gembira, riang, dan senang sekali, dan dia berharap kalau bolehbiarlah orang itu bercerita terus, jangan berhenti, orang yang bersumpahdengan nama Allah tetapi dia berdusta, andaikata dia bersumpah dengan selain Allah, atau dia membersihkan dirinya dengan menyebut nama tuan gurunya, atau kerabatnya, atas nama si pahlawan, atau atas hayat orang yang disukainya, atau orang yang diagungkannya daripada makhluk, dia tidak berdusta meskipun dia diugut dan diseksa, orang yang bermegah melakukan maksiat, suka memperbanyakkan maksiatdi antara teman-temannya iaitu orang yang suka menceritakan dirinya dalam melakukan maksiat, orang yang tidak boleh dipercayai dalam hartamu dan kehormatan dirimu, orang yang suka berkata kotor, orang yang kerap ditakuti orang ramai kerana takutkan bahayanya dan kekejian lidahnya, orang yang suka melewatkan sembahyangnya hingga ke akhir waktunya, kemudian dia mencepatkan penunaian sembahyangnya, dan tidak pula mahu berzikir kepada Allah melainkan sedikit sekali, orang yang tidak menunaikan zakat hartanya dengan hati yang rela, tidak naik haji padahal sudah cukup syarat, tidak menunaikan segala yang diwajibkan Allah ke atas diranya padahal dia mampu dan berkuasa, tidak berwara’ sekejap mata pun, tiada dari kata-katanya, atau dari makan minumnya, tiada dari jejak langkahnya, tidak mahu mengambil berat akan harta yang didapatinya, sama ada halal atau haram, tidak suka membantu kaum keluarganya, tidak tahu membelas kasihani orang miskin atau janda, atau anak yatim, ataupun binatang, bahkan selalu membelakangi anak yatim, tidak mahu memberikan makan kepada orang miskin, sentiasa berpura-pura dan riya’ kepada sekalian manusia, tidak suka membantu orang lain, selalu menyebarkan keaiban orang lain serta menyembunyikan keaiban diri sendiri, suka mendedahkan dosa orang lain serta menyembunyikan dosanya sendiri, maka sekalian orang-orang ini dan orang-orang yang seumpama dengannya akan diseksa di dalam kubur mereka disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan itu, yang banyak seksanya banyak, yang sedikit seksanya sedikit. Begitu juga yang kecil, seksanya ringan; dan yang besar seksanya berat. 

Lantaran kebanyakkan manusia mempunyai sifat-sifat atau dosa-dosa ini, maka kebanyakkan ahli kubur itu akan diseksa, dan yang terselamat daripadanya amatlah sedikit sekali. Hakikat kubur itu pada zahirnya ialah tanah yang menutupi lubang kubur, yang didirikan di atasnya batu-batu berukir indah, akan tetapi pada batinnya pula ialah penuh dengan kesengsaraan dan berbagai-bagai bala kebencanaan, diumpamakan seperti periuk yang menggelegak dengan apa yang terisi di dalamnya, dan apa wajar diterimanya, sedang manusia yang berada di dalamnya itu telah terpisah di antaranya dengan syahwatnya dan cita-citanya. 

Demi Allah, seolah-olah kubur itu telah memberi kita nasihat yang tidak pernah ada seorang penasihat pun yang dapat memberikan kita nasihat yang seumpamanya. Dia telah melaungkan seruannya : wahai pembangun dunia! Kamu telah membangunkan sebuah rumahyang kira-kira akan menghapuskan kamu, sedang kamu telah memusnahkan rumah yang lain, yang mana kamu akan segera berpindah kepadanya! Kamu telah bersusah payah membangunkan rumah-rumah yang manfaatnya dan kegunaannya untuk orang lain, sedang kamu memusnahkan pula rumah-rumah yang nanti kamu tiada memiliki rumah-rumah yang lain daripadanya! Inilah dia rumah permulaan, gedung tempat isi segala amalan dan ladang tempat menaruh benih tanam-tanaman. Ingatlah kubur itu pula adalah tempat kita mengambil contoh tauladan, yang mana ia akan menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, ataupun suatu lubang dari lubang-lubang neraka. 

Sebab Musabab Yang Bakal Menyelamatkan Manusia Daripada Seksa Kubur

Ada dua : secara ringkas dan terperinci
Adapun yang ringkas iaitu menjauhkan semua sebab musabab yang boleh menyebabkan seksa kubur itu sendiri. Sebaik-baik caranya hendaklah seseorang itu, apabila dia ingin tidur, duduklah sebentar kerana Allah di mana dia harus mencuba menghisab dirinya, tentang apa yang dia rugi, dan apa yang dia untung pada hari itu. Kemudian dia cuba pulamemperbaharui taubat nasuhanya kepada Allah taala. Kemudian barulah dia tidur di atas taubatnya itu, seraya berjanji tidak akan kembali melakukan dosa yang sama lagi pada masa akan datang. Hendaklah dia melakukan serupa itu pada setiap malam sebelum dia tidur. Kelak jika dia mati pada malam itu, insyaAllah dia akan mati di dalam taubat. 


Begitu juga apabila dia bangun di waktu paginya, dia akan menghadapi kerjanya dalam keadadan gembira ria, sehinggalah dia menghadapi Tuhannya, dan memperbaiki diri terhadap apa yang telah luput daripadanya. Sebenarnya tiada sesuatu yang lebih bermanfaat kepada seorang hamba itu daripada tidur yang disertakan dengan taubat yang nasuha. Dan adalah sangat baik sekali apabila dibawakan selepas taubat itu berzikir kepada Allah, dan membacakan beberapa doadan wirid yang diajarkan oleh Rasullah SAW. untuk membacanya ketikahendak tidur, sehingga dia lelap dan tertidur. Siapa yang dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan yang banyak, nescaya diberikanNya taufiq untuk melakukan yang demikian. Tiada kuasa dan tenaga melainkan dengan Allah semata-mata. 

Adapun jawapan yang terperinci, di sini disertakan sekalibeberapa hadis daripada Rasullah SAW. mengenai perihal yang boleh menyelamatkan kita daripada seksa kubur. 

Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya daripada Salman RA. katanya : aku telah mendengar Rasullah SAW berkata :”pergi berperang sehari semalam adalah lebih utama daripada puasa sebulan dan bangun pada malam-malamnya. Jika dia mati, diberikan pahala ke atas amal yang sedang melakukannya itu, dan diberikan kepadanya rezekinya, dan dia akan terselamat dari fitnah kubur. ”

Di dalam Jami’ At-Termidzi daripada hadis Fudhalah bin Ubaid daripada rasullah SAW. sabdanya :”setiap mayat itu diakhiri dengan amalnya yang ia mati padanya, kecuali orang yang mati pada sabilillah, maka amalnya akan berkembang baginya hinggalah ke hari kiamat, dan dia akan terselamat dari fitnah kubur. ”

Pada Sunan An-Nasa’I daripada Rusyd bin Sa’ad, daripada seorang lelaki, dari para sahabat Nabi SAW. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepadanya :”wahai Rasullah! Mengapa kaum Mu’minin itu mendapat fitnah di dalam kubur mereka, kecuali orang yang mati syahid sahaja? Jawab baginda : memadailah kilau-kemilau pedang-pedang di atas kepalanyamenjadi fitnah kepadanya. ”

Daripada Al-Miqdam bin Ma’dikariba katanya : telah bersabda Rasullah SAW. :”bagi si syahid di sisi Allah Taala ada enam perkara : Allah akan mengampunkan baginya pada titik pertama dari darahnya, diperlihatkan tempat duduknya dari syurga, diselamatkan dari seksa kubur, dia akan diselamatkan dari ketakuatan hari yang terbesar serta diletakkan di atas kepalanyamahkota ketenteraman, sebiji yakut (permata) daripadanya adalah lebih utama dari dunia dan apa yang ada didalamnya, kemudian dia akan dikahwinkan dengan tujuh puluh dua isteri daripada huruf-ain (bidadari) dan diberikan syafaat pada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya. ”

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Kisah-Kisah Tauladan Untuk Renungan

Sifat-sifat api neraka. Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah SWT. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, ”Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?”Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, ”Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. ”Kalau begitu berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril. 

Jawab Malik, ”Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah. ”Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, ”Ambillah sebesar biji sawi. ”Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang. 

Keampunan dengan menjawab azan. Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, Tanya mereka, ”Ibadah apakah yang menyebabkan Allah SWT. mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?”

Jawab Zubaidah, ”Allah SWT. mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyurh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah SWT. telah mengampunkan dosaku. Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah SWT. berfirman, ‘Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka. ”

Tempat tinggal iblis. Anas b. Malik RA. berkata, iblis telah bertanya pada Allah, katanya, ”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku. ”Firman Allah, ”Tempat kediamanmu ialah di dalam tandas. ”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat berkumpul di Masjid, di manakh pula tempatku berkumpul?”Firman Allah SWT., ”Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, berikan anak Adam itu kitab (Al Quran ) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaaanku?”. 

Firman Allah, ”Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan. ”Wahai tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”Firman Allah, ”Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta. ”Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku? ‘’ Firman Allah SWT, ”Azan untukmu ialah seruling. ”Wahai Tuhanku! Engkau telah menghantar utusanmu dari para rasul dan juga para nabi, siapakah yang menjadi utusanku? ’’ Firman Allah SWT., ”Para ututsanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan aku. ”Wahai Tuhanku! Engkau berikan kitab suci Al Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku? ’’ Firman Allah, ”Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan dibadan. ”Ya Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apakah pula perangkap untukku? ‘’ Firman Allah SWT., ”Perangkap bagimu ialah wanita. ”Ya Tuhanku! Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku? ‘’ Firman Allah SWT., ”Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya. ”

Pahala selepas mati. Anas RA. berkata, ”Ada 7 pahala yang akan tetap deterima oleh seseorang itu apabila ia mati kelak iaitu; orang yang mendirikan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat untuk beribadah, kemudian, orang yang mengalirkan air sunagi selagi mana orang tetap menggunakannya, orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang membacanya, dan orang yang menggali perigi selagi ada ornag yang memanfaatkannya. Seterusnya, orang yang menanam buah-buahn selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia atau pun binatang, dan orang yang mengajarkan ilmu itu selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya. 

Selain itu, orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kedua orang tuanya. Rasulullah SAW. juga ada bersabda, katanya, ”Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua mal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya, dan anak soleh yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya. 

Dua kehairanan iblis terhadap manusia. Rasulullah SAW. pernah bertanya kepada iblis laknat, ”Whai iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Alllah SWT. ”Iblis menjawab, ”Ya tuhanku! Demi kemuliaanMu, akan bersunguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabiMu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya. ”Rasulullah SAW. bertanya lagi, ”Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Kata iblis, ”Ya Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam 2 perkara iaitu; mereka mengaku mencintai Allah SWT. tetapi dalam masa yang yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar. Mereka juga sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku. ”

Allah SWT. berfirman, ”Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi kemuliaan Ku, Aku akn berikan pada umat Muhammad 2 kebahagiaan iaitu; kecintaan mereka terhadap Ku akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu. Kemudian marah mereka itu kepada kamu akan aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan. ”Iblis menjadi tercengang bila mendengarkan penjelasan semedikian dari Allah SWT. Barulah iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad adalah umat yang amat di sayangi oleh Allah SWT. yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 

Perihal neraka. Rasulullah SAW. pernah bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka. Lalu Jibril pun menceritakan, ”Ya Muhammad! Api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh kebumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua makhluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersangatan. ”Wahai Muhammad! kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang asal dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat menggerunkan. 

Sekiranya satu pergelangan dari ranti neraka itu jatuh ke bumi, nescya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi. ”Mendengarkan semua itu, Rasulullah SAW. berkata kepada Jibril, ”Cukup Ya Jibril. ”Lalu Rasulullah menangis, Jibril pun turut menangis, Rasulullah pun bertanya, ”Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu disisi Allah amatlah tinggi?”

Jibril menjawab, ”Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukannku, sungguhpun kedudukanku, sugguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah SWT. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagaimana Harut dan Marut dan juga iblis yang terkutuk. ”Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah SWT. namun ia tetap menangis takutkan Allah SWT., malangnya manusia msih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. dari Al Quran dan As Sunnah. 

Sepuluh golongan manusia yang di usir dari Padang Mahsyar. Golongan yang pertama adalah mereka yang diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba. Seterusnya, mereka yang diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram. Manakala, mereka yang dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah, mereka adalah dari golongan yang suka berdusta. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah golongan yang riak bangga diri dan sombong. 

Mereka yang dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya. Selepas itu, mereka yang dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur. Golongan yang ketujuh pula adalah mereka yang dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah golongan orang-orang yang mengganggu jiran-jiran. 

Kelapan pula adalah, mereka yang dihalau dalam keadaan buta. Mereaka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum. Seterusnya, mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya. Golongan yang terakhir adalah mereka yang dikumpulkan dalam memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT. 

Sebahagian dari alamat-alamat kecil kedatangan kiamat. Pertama, penzinaan bermaharajalela. Rasulullah SAW. bersabda;”Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat ialah (di antaranya ) akan bermaharajalela penzinaan. ”Seterusnya bermaharajalelanya bunyi-bunyian (muzik ) serta dianggap halal. Rasulullah SAW. bersabda;”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, kerusuhan dan perubahan muka. ”Ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW. ;”Wahai Rasulullah bilakah hal itu terjadi?”Beliau menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik ) dan penyanyi-penyanyi wanita. ”

Hamba melahirkan anak tuannya. Di dalam hais Jibril AS. disebutkan pula sabda Rasulullah SAW. ;”Dan akan saya beritahukan kepadamu tanda-tanda hari kiamat itu apabila hamba wanita melahirkan anak tuannya…. ”. Banyaknya anak durhaka yang memperlakukan dan menyikapi ibunya seperti sikap tuan terhadap hambanya, seperti merendahkannya, memukulnya, dan memperhambakannya atau menjadikan pelayan untuk dirinya. 

Masa (waktu ) pula semakin singkat. Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya; Telah bersabda Rasulullah SAW. ;”Tidak akan dating kiamat sehingga waktu semakin berdekatan (semakin singkat ) , setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap. ”

Tanda yang kelima ialah, mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja. Keadaan seperti ini dapat kita saksikan pada masa sekarang ini. Ramai orang yang hanya mahu mengucapkan salam kepada orang-orang yang dikenalinya sahaja. Perilaku seperti ini bertentangan dengan sunnah, kerana Rasulullah SAW. menganjurkan untuk kita menyebarkan salam kepada orang yang dikenali mahupun yang tidak dikenali. Hal inilah yang menjadi penyebab tersebarnya rasa kasih sayang dan saling mencintai antara sesama kaum muslimin. Juga dapat memupuk keimanan yang menjadi faktor menentukan untuk dapat masuk syurga, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah RA., katanya; Rasulullah SAW. bersabda;”Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidaklah kamu mahu kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kami akan saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu. ”

Tanda yang terakhir pula ialah, ramainya kaum wanita dan sedikitnya kaum lelaki. Anas RA. berkata, ”Sesungguhnya aku ingin menyampaikan kepada anda suatu hadis yang tidak akan disampaikan kepada anda oleh seorang pun sesudahku, iaitu aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda:”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah sedikitnya ilmu (tentang ad-Din ) , bermaharajalelanya kebodohan dan penzinaan, ramainya kaum wanita, dan sedikitnya kaum laki-laki, sehingga bagi lima puluh orang wanita hanya terdapat satu laki-laki. ”

Peranan anak terhadap ibu bapa. ”Telah Bertanya seseorang kepada Rasulullah SAW: ‘Apakah yang kamu perintahkan kepadaku, ‘Baginda menjawab: ‘Berbaktilah kepada ibumu. ‘Orang itu bertanya sehingga tiga kali dan baginda tetap menjawab: ‘Berbaktilah kepada ibumu. ‘Kemudian, orang itu bertanya lagi untuk kali keempat, lalu baginda menjawab: ‘Berbaktilah kepada bapamu’. ”

Bentuk-bentuk kebaktian kepada ibu bapa terbahagi kepada beberapa sektor. Antaranya ialah taat kepada ibu bapa. Sebagai seorang Muslim yang baik dan patuh kepada ajaran Islam, seseorang anak itu hendaklah patuh dan taat kepada kedua ibu bapanya. Dengan menuruti segala suruhan kedua ibu bapanya dari sekecil-kecil pekerjaan sehinggalah sebesar-besar pekerjaan (ad-Dailami dalam musnad firdaus) . 

Rasulullah SAW. bersabda, ”Hamba yang taat kepada ibu bapanya dan taat kepada Tuhan semesta alam, tempatnya ialah di syurga yang paling tinggi. ”Dan mendapat kemenangan di akhirat, sebaris dengan nabi-nabi, orang-orang siddiqin, para syuhada dan bersama orang-orang yang soleh. 

Dengan itu setiap muslim haruslah bersabar di dalam usaha mentaati ibu bapa masing-masing, tahanlah diri dari membantah dan menentang, setiap suruhan ibu bapa jangan sekali-kali dipandang ringan dan diabaikan. Sekiranya suruhan itu berbentuk kufur dan maksiat kita perlulah menerangkan kepada mereka dengan cara hikmah dan berlemah lembut supaya mereka dapat menerima alasan dengan senang hati. 

Bentuk kebaktian kepada ibu bapa yang kedua pula ialah menghormati ibu bapa. Sebagai contoh kita hendaklah meminta izin kepada kedua ibu bapa di dalam sesuatu perkara yang ingin dilakukannya. Seorang Muslim yang beriman tidak harus bertindak secara senyap tanpa pengetahuan ibu bapa apabila hendak melakukan sesuatu. Meminta izin kepada ibu bapa bermakna anak itu menghargai dan tidak membelakangkan ibu bapa. 

Seterusnya, berterima kasih kepada ibu bapa. Muslim yang bertaqwa, sedar dan cerdik ialah yang selalu berterima kasih kepada ibu bapanya atas jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai, dengan mereka berdualah sebab lahirnya kita kedunia dan alam yang indah ini. 

Mereka berdualah yang membesarkan, mendidik, memelihara, mengasihani dan membahagiakan kita. Mereka berdua jugalah yang mengorbankan diri, harta, masa dan tenaga demi untuk memberi kesenangan dan kemudahan yang termampu kepada anak-anak mereka. Dengan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tinggi itu seharusnya dibalas dengan kebaikan dari anak-anaknya. Pengorbanan anak walau sebesar mana sekali pun masih tidak setimpal dan standing dengan pengorbanan kedua ibu bapanya. 

Cinta dan sayang kepada ibu bapa ialah bentuk kebaktian kepada ibu bapa yang seterusnya. Sememangnya naluri yang dijadikan oleh Allah SWT. di dalam jiwa anak-anak tersemat perasaan kasih dan sayang terhadap kedua ibu bapanya. Firman Allah SWT. ;”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Dan ucapkanlah: ‘Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimanan mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil. ” (al-Isra’ ; 23-24 ) . 

Setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan mendapat ganjarannya selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kelebihan orang yang berbakti kepada ibu bapa, contohnya berbuat baik (berbakti ) kepada ibu bapa membawa rezeki dan dipanjangkan umur. Dari Anas bin Malik RA. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda:”Sesiapa yang suka dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya hendaklah ia berbakti kepada ibu bapa dan menghubungkan silaturrahim. ” (Ahmad ) . Orang yang berbuat baik (berbakti ) kepada ibu bapanya segala usaha dan pekerjaan diredhai Allah SWT. mendapat pahala dan dijauhi segala yang haram. 

Berbakti kepada ibu bapa dapat juga menghapuskan dosa. Segala amalan berbakti, berkhidmat, taat setia dan menghormati ibu bapa dapat menghapuskan segala dosa. Dengan menghulurkan pemberian kasih sayang, perkataan yang baik dan lembut, senyuman yang manis dan mesra akan menjadikan ibu bapa merasa gembira dan senang hati lantas mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anak-anak tersebut. Apabila ibu bapa merasa sukacita dan redha terhadap anak-anak, maka Allah SWT. merahmati kehidupan anak itu dengan member pengampunan dan memberkatinya. Rasulullah SAW. bersabda;”Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa. Dan marah Allah itu terletak pada kemarahan ibu bapa. ”

Seterusnya, kita akan mendapat ganjaran kebaikan apabila berbakti kepada ibu bapa kita. Semua amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang hamba akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT. Demikian juga amalan kebaktian seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya. Di antara ganjaran yang diperolehinya ialah diberi pahala. Rasulullah SAW. bersabda”Tidak ada seorang anak yang berbakti dengan memandang kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang melainkan Allah SWT. menulis untuknya bagi setiap pandangan (pahala ) sekali haji mabrur. Ibnu ‘Abas berkata: ‘Kalau dipandangnya setiap hari seratus kali bagaimana?’ Rasulullah berkata: ‘Ya, Allah Maha Besar, Maha Baik. ” (al-Baihaqi ) . 

Daripada A’ishah RA bahawa Rasulullah bersabda ;”Melihat tiga perkara menjadi ibadah (mendapat pahala ) iaitu : Melihat wajah ibu bapa, melihat kitab suci al-Quran dan memandang kelaut. ” (Abu Na’im ) . ”Lima perkara termasuk ibadah iaitu ; Melihat kitab suci al-Quran, melihat Kaabah, melihat ibu bapa, melihat air Zam-zam dan melihat wajah orang alim. ” (Daruquthni ) . 

Ganjaran yang seterusnya ialah dibukakan baginya pintu syurga. Anak yang inginkan ganjaran istimewa dari Allah SWT. maka cukuplah baginya melakukan kebaktian terhadap ibu bapanya. Disebabkan berbakti kepada ibu bapa dengan memelihara, menjaga, member kasih sayang, berkorban dan sentiasa mengambil berat, yang merupakan satu tugas yang sangat berat dan payah, maka Allah membalasnya dengan syurga yang kekal abadi. 

Dari Ali RA. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda;”Jauhkanlah dirimu dari menderhakai kedua ibu bapamu kerana syurga itu mempunyai bau yang jaraknya seribu tahun dan tidak mencium baunya orang yang menderhakai ibu bapanya, orang yang memutuskan hubungan silaturrahim, orang tua yang berzina dan orang yang berpakaian sombong dengan melabuh-labuhkan pakaian. ” (ad-Dailami ) . 

Kemudian dibalas kebaikan oleh anak-anaknya kelak. Amalan berbakti kepada ibu bapa bukanlah setakat mendapat ganjaran kebaikan pahala dan pengampunan dosa dari Allah sahaja, bahkan secara tidak sedar mendatangkan kebaikan yang berkaitan dengan hubungan bersama anak-anaknya dimasa akan dating. Dapat dilihat orang yang melakukan kebaikan terhadap ibu bapanya kelak ia juga dibalas dengan kebaikan oleh anak-anaknya sendiri. Rasulullah SAW. bersabda ;”Berbuat baiklah kepada orang tuamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik terhadap kamu. ”

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Tip Keluarga Sakinah Dan Bahagia

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah swt. telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman. IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami. QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam. 

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah bertujuan untuk melaksanakan ibadah, menghindari daripada perbuatan membazir dan mengundang fakir miskin. 

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:”Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka... ” (An-Nisa':34) 

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah. 

Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah. 


 (Dr. H. Ahmad Hasan Ridwan, M. Ag) . Dari Abdullah bin Mas’ud. Ia berkata :”telah bersabda Rasulullah saw. kepada kami: Hai golongan orang-orang muda ! siapa-siapa dari
kamu mampu menikah, hendaklah ia menikah, kerana yang demikian lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kemaluan; dan barangsiapa tidak mampu, makahendaklah ia bersaum, karena ia itu benteng bagimu”. (Muttafaq ‘alaih) . 

Telah termaktub di dalam Al-Quran perkataan”nikah”sebanyak 23 kali yang bererti”menghimpun”. Manakala perkataan”zawwaja”yang berulang tidak kurang dari 80 kali memberi erti”pasangan”. Pernikahan merupakan ketetapan ilahi atas segala makhluk :
“Segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu menyadari (kebesaran Allah) ” (al-Zariyat 51:49) . 

Berpasangan merupakan fitrah, sehingga Islam mensyariatkan terjalinnya sesuatu pertemuan yang membawanya kepada perkahwinan agar dijauhi segala kegundahan, kerisauan menjadi ketenteraman dan ketenangan iaitu sakinah. Sakinah berasal dari perkataan sakana yang bererti diam atau tenangnya sesuatu setelah bergelora. Itulah sebabnya mengapa pisau dinamai sikkin kerana ia adalah alat yang menjadikan binatang yang disembelih akan tenang, tidak bergerak, daripada ia meronta. Sakinah dalam perkahwinan adalah ketenangan yang dinamis dan aktif, tidak seperti kematian binatang. 

Di dalam Al-Quran surah Al-Rum 21 dinyatakan :”Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kamu yang mahu berfikir”. Ikatan perkahwinan diibaratkan seperti mahabbah (cinta) , mawaddah, rahmah dan amanah Allah. Sebagai tali ikatan perkahwinan, cinta diisi mawaddah disusuli dengan rahmah dan dilengkapi dengan amanah. 

Mawaddah tersusun dari huruf-huruf m-w-d-d-, yang maknanya berkisar pada kelapangan dan kekosongan jiwa dari perkara buruk. Cinta adalah tambahan kepada diri masing-masing. Bukankah yang mencintai, sesekali hatinya kesal sehingga cintanya pudar bahkan putus, tetapi yang bersemai dalam hati mawaddah, tidak lagi akan memutuskan hubungan seperti yang biasa terjadi kepada orang yang bercinta. Ini disebabkan kerana hatinya begitu lapang dan kosong dari keburukan sehingga pintu-pintu hatinya pun telah tertutup daripada diisi keburukan. 

Rahmah adalah keaadan psikologi yang muncul di dalam hati akibat melihat kelemahan, sehingga mendorong perkara yang berkaitan untuk melemahkannya. Kerana itu dalam kehidupan kekeluargaan, suami dan isteri masing-masing akan bersungguh-sungguh, bahkan bersusah payah demi mendatangkan kebaikan bagi pasangannya serta menolak segala yang mengganggu dan merosakkannya. 

Al-Qur’an telah menggariskan panduan bahawa hal-hal ini dalam rangka ikatan perkahwinan walaubagaimana hebatnya seseorang, ia pasti memiliki kelemahan, dan walau betapa lemahnya seseorang, pasti ada juga unsur kekuatannya. Suami isteri tidak boleh lari dari keadaan demikian, sehingga suami dan isteri harus berusaha untuk saling melengkapi antara satu sama lain. 

“Isteri-isteri kamu (para suami) adalah pakaian untuk kamu, dan kamu adalah pakaian untuk mereka” (al-Baqarah 2: 187) Ayat ini tidak hanya mensyaratkan bahawa suami isteri saling memerlukan sebagaimana keperluan manusia pada pakaian, tetapi juga bermaksud bahawa suami isteri yang masing-masing menurut kudratnya memilki kekurangan harus dapat berfungsi menutup kekurangan pasangannya, sebagaimana pakaian menutup aurat (kekurangan pemakainya) . 

Amanah. Perkahwinan adalah amanah yang harus dijalankan sebaik-baiknya. 
“Kalian menerima istrei berdasarkan amanah Allah”. Amanah adalah sesuatu yang diserahkan kepada pihak lain disertai dengan rasa aman dari pemberinya kerana kepercayaanannya bahawa apa yang diamanatkan itu, akan dipelihara dengan baik, serta keadaannya aman di tangan yang diberi amanat itu. Isteri adalah amanat terhadap suami, kemudian suami pun haruslah amanah di pangkuan isteri. Tidak mungkin orang tua dan keluarga masing-masing akan merestui perkawinan tanpa adanya rasa percaya dan aman itu. Isteri kepada suami tersebut pula janganlah menjalinkan hubungan dengan suaminya tanpa ada perasaan aman dan percaya kepada pasangannya. 

Persediaan seorang isteri untuk hidup bersama dengan seorang lelaki ialah meninggalkan orang tua dan keluarga yang telah membesarkannya, dan menggantikan semua itu dengan penuh kerelaan untuk hidup bersama lelaki asing yang menjadi suaminya, serta bersedia membuka rahasianya yang paling dalam. Semua itu merupakan hal yang sungguh mustahil, kecuali jika ia merasa yakin bahawa kebahagiaannya bersama suami akan lebih besar jika dibandingkan dengan kebahagiaannya dengan ibu bapa, dan pembelaan suami terhadapnya tidak lebih sedikit dari pembelaan saudara-saudara sekandungnya. Keyakinan inilah yang dicurahkan oleh isteri kepada suaminya dan itulah yang dinamai al-Quran mitsaqan ghalizha (perjanjian yang amat kukuh) (al-Nisa 4:21) . 

Rumah tangga teladan adalah rumah tangga yang didirikan di atas landasan takwa. Dengan mengikuti al-Quran dan Sunnah serta menjadikannya sebagai dasar keputusan bagi suami-isteri dalam menghadapi sesuatu masalah. Sebagai contoh ciri-ciri rumah tangga teladan ialah sesuatu rumah tangga teladan itu lapang dalam segala segi, baik secara moral maupun material, iaitu jauh dari sikap boros dalam segala kehidupan. Rumah tangga teladan sentiasa memperhatikan kebersihan rohani dan jasmani. Rumah tangga teladan berdiri di atas landasan yang kuat berupa ketenangan, cinta dan kasih sayang jauh dari pergaduhan dan permasalahan. Contoh rumah tangga yang baik ialah sentiasa memikirkan dan memberikan tempat tidur bagi anak-anaknya. Rumah tangga teladan adalah anggota-anggotanya saling bekerjasama dalam mengerjakan setiap pekerjaan. Rumah tangga teladan sangat menitik beratkan pendidikan bagi anak-anaknya, baik dari segi pendidikan fizikal, akal, rohani dan masalah psikologi. 

Sebagai contoh suami dan isteri yang baik dijelaskan sebagai berikut : Nabi Muhammad saw. sebagai suami dengan kewibawaan dan karismanya tidak menjadi penghalang untuk bergurau dan bercanda Baginda sering membantu pekerjaan isterinya dalam hal rumah tangga. Baginda juga sentiasa setia kepada isterinya. Sentiasa bertindak waras terhadap isterinya dan baginda bersikap adil kepada isterinya dengan sentiasa menampakkan senyumannya dengan penuh kelembutan. 

Seterusnya contoh suami teladan boleh dikatakan seperti bersikap jujur, pandai bergaul, bersopan santun, menyimpan rahsia keluarganya dan selalu gagah dan tampan di depan isterinya. Manakala isteri teladan adalah isteri yang sentiasa berketerampilan kemas dan bersih di depan suaminya dan menjaga kebersihan. Isteri teladan adalah seorang wanita yang taat kepada Allah swt. dan menunaikan permintaan suaminya sendiri. Isteri jeladan itu juga perlulah memelihara harta, mendidik anak-anak dan menyimpan rahsia keluarga. Isteri teladan sentiasa rela dalam menerima pemberian suami, baik sedikit maupun banyak. 
Isteri teladan juga bercirikan seperti pandai mengatur urusan rumah tangga dan membelanjakan harta dengan sebaik-baiknya. Contoh-contoh yang seterusnya ialah isteri yang berakhlak baik, isteri yang pandai bergaul dengan pihak keluarga suami, isteri yang selalu menghormati perasaan suaminya, dan isteri yang selalu mensyukuri kebaikan suaminya. 

Tip rumahtangga yang bercirikan syurga ialah meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu dengan penghayatan agama yang berterusan. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai. Perlu adanya pengukuhan ekonomi bagi memastikan keluarga tidak porak peranda. Seterusnya komunikasi yang cemerlang penting bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan bahagia sekali gus wujudnya kemesraan antara suami dan isteri bagi melahirkan suasana rumahtangga yang selesa. 

Tip komunikasi keluarga cemerlang adalah seperti berikut; berkongsi melakukan tugasan di rumah, berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli keluarga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga, menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku, meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga, makan malam bersama, beribadah secara berjemaah dan riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian. 

Tip komunikasi ke arah meningkatkan kasih sayang berkekalan ialah berkongsi impian dan tugasan di rumah, tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga, tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain, sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing, sentiasa mencari emas dalam diri pasangan dan menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab. Manakala sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan, berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar, memahami kepentingan hubungan seks dan mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga. 

Tip komunikasi cemerlang, gemilang, terbilang pasangan suami isteri ialah berdoa kepada Allah SWT untuk sentiasa disayangi oleh pasangan, sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah, berlatih untuk menjadi pendengar yang baik, memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan, memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati, ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari, memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun, peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari, ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan dan sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin. 

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com