Sifat-sifat api neraka. Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah SWT. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, ”Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?”Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, ”Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. ”Kalau begitu berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.
Jawab Malik, ”Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah. ”Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, ”Ambillah sebesar biji sawi. ”Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
Keampunan dengan menjawab azan. Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, Tanya mereka, ”Ibadah apakah yang menyebabkan Allah SWT. mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?”
Jawab Zubaidah, ”Allah SWT. mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila aku terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyurh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah SWT. telah mengampunkan dosaku. Apabila datang malaikat hendak menyeksaku, lalu Allah SWT. berfirman, ‘Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka. ”
Tempat tinggal iblis. Anas b. Malik RA. berkata, iblis telah bertanya pada Allah, katanya, ”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku. ”Firman Allah, ”Tempat kediamanmu ialah di dalam tandas. ”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat berkumpul di Masjid, di manakh pula tempatku berkumpul?”Firman Allah SWT., ”Tempat untukmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, berikan anak Adam itu kitab (Al Quran ) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaaanku?”.
Firman Allah, ”Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan. ”Wahai tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”Firman Allah, ”Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta. ”Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku? ‘’ Firman Allah SWT, ”Azan untukmu ialah seruling. ”Wahai Tuhanku! Engkau telah menghantar utusanmu dari para rasul dan juga para nabi, siapakah yang menjadi utusanku? ’’ Firman Allah SWT., ”Para ututsanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan aku. ”Wahai Tuhanku! Engkau berikan kitab suci Al Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku? ’’ Firman Allah, ”Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan dibadan. ”Ya Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apakah pula perangkap untukku? ‘’ Firman Allah SWT., ”Perangkap bagimu ialah wanita. ”Ya Tuhanku! Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku? ‘’ Firman Allah SWT., ”Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya. ”
Pahala selepas mati. Anas RA. berkata, ”Ada 7 pahala yang akan tetap deterima oleh seseorang itu apabila ia mati kelak iaitu; orang yang mendirikan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat untuk beribadah, kemudian, orang yang mengalirkan air sunagi selagi mana orang tetap menggunakannya, orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang membacanya, dan orang yang menggali perigi selagi ada ornag yang memanfaatkannya. Seterusnya, orang yang menanam buah-buahn selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia atau pun binatang, dan orang yang mengajarkan ilmu itu selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.
Selain itu, orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kedua orang tuanya. Rasulullah SAW. juga ada bersabda, katanya, ”Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua mal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya, dan anak soleh yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya.
Dua kehairanan iblis terhadap manusia. Rasulullah SAW. pernah bertanya kepada iblis laknat, ”Whai iblis! Apakah ikhtiarmu ke atas umatku, aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Alllah SWT. ”Iblis menjawab, ”Ya tuhanku! Demi kemuliaanMu, akan bersunguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaran nabiMu, aku akan mencampur gaulkan lelaki dengan wanita supaya senang aku mencelah ditengahnya. ”Rasulullah SAW. bertanya lagi, ”Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”
Kata iblis, ”Ya Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap umatmu dalam 2 perkara iaitu; mereka mengaku mencintai Allah SWT. tetapi dalam masa yang yang sama mereka masih melakukan maksiat serta perkara mungkar. Mereka juga sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku. ”
Allah SWT. berfirman, ”Sememangnya engkau makhluk terkutuk! Demi kemuliaan Ku, Aku akn berikan pada umat Muhammad 2 kebahagiaan iaitu; kecintaan mereka terhadap Ku akan Aku jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana tipu helahmu. Kemudian marah mereka itu kepada kamu akan aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan. ”Iblis menjadi tercengang bila mendengarkan penjelasan semedikian dari Allah SWT. Barulah iblis mengetahui bahawa umat Nabi Muhammad adalah umat yang amat di sayangi oleh Allah SWT. yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Perihal neraka. Rasulullah SAW. pernah bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka. Lalu Jibril pun menceritakan, ”Ya Muhammad! Api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh kebumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua makhluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersangatan. ”Wahai Muhammad! kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang asal dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat menggerunkan.
Sekiranya satu pergelangan dari ranti neraka itu jatuh ke bumi, nescya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi. ”Mendengarkan semua itu, Rasulullah SAW. berkata kepada Jibril, ”Cukup Ya Jibril. ”Lalu Rasulullah menangis, Jibril pun turut menangis, Rasulullah pun bertanya, ”Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu disisi Allah amatlah tinggi?”
Jibril menjawab, ”Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukannku, sungguhpun kedudukanku, sugguhpun kedudukanku sangat mulia di sisi Allah SWT. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagaimana Harut dan Marut dan juga iblis yang terkutuk. ”Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah SWT. namun ia tetap menangis takutkan Allah SWT., malangnya manusia msih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. dari Al Quran dan As Sunnah.
Sepuluh golongan manusia yang di usir dari Padang Mahsyar. Golongan yang pertama adalah mereka yang diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba. Seterusnya, mereka yang diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram. Manakala, mereka yang dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah, mereka adalah dari golongan yang suka berdusta. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah golongan yang riak bangga diri dan sombong.
Mereka yang dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya. Selepas itu, mereka yang dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur. Golongan yang ketujuh pula adalah mereka yang dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah golongan orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
Kelapan pula adalah, mereka yang dihalau dalam keadaan buta. Mereaka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum. Seterusnya, mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya. Golongan yang terakhir adalah mereka yang dikumpulkan dalam memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT.
Sebahagian dari alamat-alamat kecil kedatangan kiamat. Pertama, penzinaan bermaharajalela. Rasulullah SAW. bersabda;”Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat ialah (di antaranya ) akan bermaharajalela penzinaan. ”Seterusnya bermaharajalelanya bunyi-bunyian (muzik ) serta dianggap halal. Rasulullah SAW. bersabda;”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, kerusuhan dan perubahan muka. ”Ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW. ;”Wahai Rasulullah bilakah hal itu terjadi?”Beliau menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik ) dan penyanyi-penyanyi wanita. ”
Hamba melahirkan anak tuannya. Di dalam hais Jibril AS. disebutkan pula sabda Rasulullah SAW. ;”Dan akan saya beritahukan kepadamu tanda-tanda hari kiamat itu apabila hamba wanita melahirkan anak tuannya…. ”. Banyaknya anak durhaka yang memperlakukan dan menyikapi ibunya seperti sikap tuan terhadap hambanya, seperti merendahkannya, memukulnya, dan memperhambakannya atau menjadikan pelayan untuk dirinya.
Masa (waktu ) pula semakin singkat. Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya; Telah bersabda Rasulullah SAW. ;”Tidak akan dating kiamat sehingga waktu semakin berdekatan (semakin singkat ) , setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap. ”
Tanda yang kelima ialah, mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja. Keadaan seperti ini dapat kita saksikan pada masa sekarang ini. Ramai orang yang hanya mahu mengucapkan salam kepada orang-orang yang dikenalinya sahaja. Perilaku seperti ini bertentangan dengan sunnah, kerana Rasulullah SAW. menganjurkan untuk kita menyebarkan salam kepada orang yang dikenali mahupun yang tidak dikenali. Hal inilah yang menjadi penyebab tersebarnya rasa kasih sayang dan saling mencintai antara sesama kaum muslimin. Juga dapat memupuk keimanan yang menjadi faktor menentukan untuk dapat masuk syurga, sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah RA., katanya; Rasulullah SAW. bersabda;”Tidaklah kamu akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidaklah kamu mahu kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kami akan saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu. ”
Tanda yang terakhir pula ialah, ramainya kaum wanita dan sedikitnya kaum lelaki. Anas RA. berkata, ”Sesungguhnya aku ingin menyampaikan kepada anda suatu hadis yang tidak akan disampaikan kepada anda oleh seorang pun sesudahku, iaitu aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda:”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah sedikitnya ilmu (tentang ad-Din ) , bermaharajalelanya kebodohan dan penzinaan, ramainya kaum wanita, dan sedikitnya kaum laki-laki, sehingga bagi lima puluh orang wanita hanya terdapat satu laki-laki. ”
Peranan anak terhadap ibu bapa. ”Telah Bertanya seseorang kepada Rasulullah SAW: ‘Apakah yang kamu perintahkan kepadaku, ‘Baginda menjawab: ‘Berbaktilah kepada ibumu. ‘Orang itu bertanya sehingga tiga kali dan baginda tetap menjawab: ‘Berbaktilah kepada ibumu. ‘Kemudian, orang itu bertanya lagi untuk kali keempat, lalu baginda menjawab: ‘Berbaktilah kepada bapamu’. ”
Bentuk-bentuk kebaktian kepada ibu bapa terbahagi kepada beberapa sektor. Antaranya ialah taat kepada ibu bapa. Sebagai seorang Muslim yang baik dan patuh kepada ajaran Islam, seseorang anak itu hendaklah patuh dan taat kepada kedua ibu bapanya. Dengan menuruti segala suruhan kedua ibu bapanya dari sekecil-kecil pekerjaan sehinggalah sebesar-besar pekerjaan (ad-Dailami dalam musnad firdaus) .
Rasulullah SAW. bersabda, ”Hamba yang taat kepada ibu bapanya dan taat kepada Tuhan semesta alam, tempatnya ialah di syurga yang paling tinggi. ”Dan mendapat kemenangan di akhirat, sebaris dengan nabi-nabi, orang-orang siddiqin, para syuhada dan bersama orang-orang yang soleh.
Dengan itu setiap muslim haruslah bersabar di dalam usaha mentaati ibu bapa masing-masing, tahanlah diri dari membantah dan menentang, setiap suruhan ibu bapa jangan sekali-kali dipandang ringan dan diabaikan. Sekiranya suruhan itu berbentuk kufur dan maksiat kita perlulah menerangkan kepada mereka dengan cara hikmah dan berlemah lembut supaya mereka dapat menerima alasan dengan senang hati.
Bentuk kebaktian kepada ibu bapa yang kedua pula ialah menghormati ibu bapa. Sebagai contoh kita hendaklah meminta izin kepada kedua ibu bapa di dalam sesuatu perkara yang ingin dilakukannya. Seorang Muslim yang beriman tidak harus bertindak secara senyap tanpa pengetahuan ibu bapa apabila hendak melakukan sesuatu. Meminta izin kepada ibu bapa bermakna anak itu menghargai dan tidak membelakangkan ibu bapa.
Seterusnya, berterima kasih kepada ibu bapa. Muslim yang bertaqwa, sedar dan cerdik ialah yang selalu berterima kasih kepada ibu bapanya atas jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai, dengan mereka berdualah sebab lahirnya kita kedunia dan alam yang indah ini.
Mereka berdualah yang membesarkan, mendidik, memelihara, mengasihani dan membahagiakan kita. Mereka berdua jugalah yang mengorbankan diri, harta, masa dan tenaga demi untuk memberi kesenangan dan kemudahan yang termampu kepada anak-anak mereka. Dengan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tinggi itu seharusnya dibalas dengan kebaikan dari anak-anaknya. Pengorbanan anak walau sebesar mana sekali pun masih tidak setimpal dan standing dengan pengorbanan kedua ibu bapanya.
Cinta dan sayang kepada ibu bapa ialah bentuk kebaktian kepada ibu bapa yang seterusnya. Sememangnya naluri yang dijadikan oleh Allah SWT. di dalam jiwa anak-anak tersemat perasaan kasih dan sayang terhadap kedua ibu bapanya. Firman Allah SWT. ;”Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Dan ucapkanlah: ‘Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimanan mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil. ” (al-Isra’ ; 23-24 ) .
Setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan mendapat ganjarannya selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kelebihan orang yang berbakti kepada ibu bapa, contohnya berbuat baik (berbakti ) kepada ibu bapa membawa rezeki dan dipanjangkan umur. Dari Anas bin Malik RA. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda:”Sesiapa yang suka dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya hendaklah ia berbakti kepada ibu bapa dan menghubungkan silaturrahim. ” (Ahmad ) . Orang yang berbuat baik (berbakti ) kepada ibu bapanya segala usaha dan pekerjaan diredhai Allah SWT. mendapat pahala dan dijauhi segala yang haram.
Berbakti kepada ibu bapa dapat juga menghapuskan dosa. Segala amalan berbakti, berkhidmat, taat setia dan menghormati ibu bapa dapat menghapuskan segala dosa. Dengan menghulurkan pemberian kasih sayang, perkataan yang baik dan lembut, senyuman yang manis dan mesra akan menjadikan ibu bapa merasa gembira dan senang hati lantas mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anak-anak tersebut. Apabila ibu bapa merasa sukacita dan redha terhadap anak-anak, maka Allah SWT. merahmati kehidupan anak itu dengan member pengampunan dan memberkatinya. Rasulullah SAW. bersabda;”Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa. Dan marah Allah itu terletak pada kemarahan ibu bapa. ”
Seterusnya, kita akan mendapat ganjaran kebaikan apabila berbakti kepada ibu bapa kita. Semua amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang hamba akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT. Demikian juga amalan kebaktian seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya. Di antara ganjaran yang diperolehinya ialah diberi pahala. Rasulullah SAW. bersabda”Tidak ada seorang anak yang berbakti dengan memandang kedua ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang melainkan Allah SWT. menulis untuknya bagi setiap pandangan (pahala ) sekali haji mabrur. Ibnu ‘Abas berkata: ‘Kalau dipandangnya setiap hari seratus kali bagaimana?’ Rasulullah berkata: ‘Ya, Allah Maha Besar, Maha Baik. ” (al-Baihaqi ) .
Daripada A’ishah RA bahawa Rasulullah bersabda ;”Melihat tiga perkara menjadi ibadah (mendapat pahala ) iaitu : Melihat wajah ibu bapa, melihat kitab suci al-Quran dan memandang kelaut. ” (Abu Na’im ) . ”Lima perkara termasuk ibadah iaitu ; Melihat kitab suci al-Quran, melihat Kaabah, melihat ibu bapa, melihat air Zam-zam dan melihat wajah orang alim. ” (Daruquthni ) .
Ganjaran yang seterusnya ialah dibukakan baginya pintu syurga. Anak yang inginkan ganjaran istimewa dari Allah SWT. maka cukuplah baginya melakukan kebaktian terhadap ibu bapanya. Disebabkan berbakti kepada ibu bapa dengan memelihara, menjaga, member kasih sayang, berkorban dan sentiasa mengambil berat, yang merupakan satu tugas yang sangat berat dan payah, maka Allah membalasnya dengan syurga yang kekal abadi.
Dari Ali RA. bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda;”Jauhkanlah dirimu dari menderhakai kedua ibu bapamu kerana syurga itu mempunyai bau yang jaraknya seribu tahun dan tidak mencium baunya orang yang menderhakai ibu bapanya, orang yang memutuskan hubungan silaturrahim, orang tua yang berzina dan orang yang berpakaian sombong dengan melabuh-labuhkan pakaian. ” (ad-Dailami ) .
Kemudian dibalas kebaikan oleh anak-anaknya kelak. Amalan berbakti kepada ibu bapa bukanlah setakat mendapat ganjaran kebaikan pahala dan pengampunan dosa dari Allah sahaja, bahkan secara tidak sedar mendatangkan kebaikan yang berkaitan dengan hubungan bersama anak-anaknya dimasa akan dating. Dapat dilihat orang yang melakukan kebaikan terhadap ibu bapanya kelak ia juga dibalas dengan kebaikan oleh anak-anaknya sendiri. Rasulullah SAW. bersabda ;”Berbuat baiklah kepada orang tuamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik terhadap kamu. ”
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com