Ringkasan Ensiklopedia Pengantin

Untuk mengharungi samudera rumah tangga, perlu didukung bahtera yang kukuh. Mengetahui hal yang berhubungan dengan kehidupan berumah tangga adalah bahtera yang tangguh untuk mengharunginya. Rumah tangga adalah laksana sebuah bangunan yang memerlukan pondasi dan tiang penyangga. Ertinya, untuk membina sebuah rumah tangga, tidak hanya diawali dengan akad nikah, namun sebelum itu diperlukan persiapan yang secukupnya. Di antaranya adalah, memilih pasangan hidup. Islam telah mengajarkan bagaimana memilih pasangan hidup yang baik, islam pun mengajarkan bagaimana membina rumah tangga yang harmoni agar tujuan pernikahan itu tercapai, mendapat keredhaan allah, penuh kasih saying, a ketenteraman dan kabahagiaan. Tanpa pengetahuan yang cukup, maka rumah tangga bagaikan bahtera yang kerepot atau rumah yang didirikan di atas tiang yang rapuh. Adalah diharapkan dengan panduan yang diberikan, para pengantin dapat membuat persediaan awal yang secukupnya. 

Bersabda Rasulullah SAW:”Jika seseorang hamba itu menikah maka telah menjadi sempurnalah setengah agamanya, maka bertaqwalah kepada Allah pada setengah yang lainnya. ”dari Anas bin Malik RA dikeluarkan oleh Al Hakim dan Ath – Thabrani dalam kitab Al Aswath, kemudian Al Albany mengatakan bahawa hadis ini hasan dengan terdapatnya berbagai riwayat lain yang menguatkan hadis tersebut. Pernikahan adalah kenyamanan hakiki bagi jejaka dan wanita secara bersamaan, di mana seorang wanita itu menemukan seseorang yang bertanggungjawab untuk memberinya nafkah, hingga ia boleh selalu berada di rumah untuk mengabdikah dirinya pada suami serta mendidik anak-anaknya, dengan hal itu bererti apa yang dilakukan adalah sesuai dengan kudratnya, dan segala sesuatu yang sesuai dengan kudratnya itu adalah kenyamanan, walaupun dalam faktanya terkadang hal itu nampak membebankan. Sementara jejaka setelah ia melakukan tugasnya diluar rumah dengan segala kepenatannya ia pulang ke rumah di mana ia di sana menemukan isterinya, syurga hidupnya, seakan akan isterinya bagaikan air di tangah-tengah padang pasir yang luas. Seandainya tiada pernikahan maka manusia adalah bagaikan awan, tidak memiliki tempat sandaran, tidak boleh berdiam, tdak pula tenang dan tidak nyaman. Ahmad b Hambal berkata bahawa seandainya seorang anak manusia yang liar menikah maka bererti kalian telah mengendalikan urusannya, dan seandainya manusia tidak mahu bernikah maka tidak ada perang, tidak ada haji, segalanya tidak lengkap. Orang yang telah menikah pada umumnya memiliki keseimbangan, tenag serta sedikit sekali dilanda kesedihan sebagaimana yang sering melanda kehidupan orang bujang pada umumnya. Tujuan dan maksud sesuatu pernikahan anataranya adalah memenuhi keperluan manusia, mempebanyak keturunan serta melestarikan kehidupan manusia, kesempurnaan agama serta menjaga kehormatan. 

Di antara manfaat pernikahn adalah, menimbulkan rasa bertanggungjawab serta timbulnya segala daya upaya untuk menguatkan peribadi, maka akan timbul kamahuan bekerja untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan terhadap keluarga, dan dengan demikian ia akan selalu menyibukkan diri untuk memetik hasil dari pekerjaan itu. 

HUKUM NIKAH

bagi orang yang tidak boleh mencegah perbuatan zina, maka nikah adalah wajib ke atas dirinya. Bagi orang yang khuatir dirinya akan terjerumus ke dalam perbuatan haram, maka nikah adalah perkara sunat. Manakala bagi orang yang sedang menjalani ibadah, nikah adalah perkara yang makruh ke atas dirinya. Yang terakhir adalah bagi orang yang mengetahui dirinya tidak akan memenuhi hak – hak dan kewajipan rumah tanganya, nikah baginya adalah haram. 

Seseorang jejaka tidak boleh menikahi wanita yang diharamkankan baginya, baik yang sementara mahupun selama-lamanya. Pengharaman yang bersifat selama-lamanya adalah larangan menikah setiap waktu. Pengharaman yang bersift sementara pula adalah larangan menikahi seorang wanita dalam keadaan – keadaan tertentu seperti masa edah, apabila telah tamat tempoh edah maka wanita itu boleh dinikahi. 

YANG TERLARANG DALAM PERNIKAHAN

Pernikahan tidak boleh dilakukan pada masa edah haid atau edah hamil, hingga tamat tempoh edah. Para ulama telah bersepakat bahawa seorang Muslim tidak boleh menikahi seorang wanita Majusi dan tidak boleh menikahi wanita wanita penyembah patung juga tidak boleh menikahi wanita musyrik lainnya, yang nama wanita itu tidak memiliki kitab suci yang diturnkan dari langit, baik wanita mereka mahupun wanita belian. Wanita yang menyusu memiliki kedudukan seorang ibu, maka itu anak yang disusui tidak dibolehkan melakukan sesuatu yang tidak dibolehkan bagi anak yang dilahirkan dari ibunya sendiri. Ketetapan ini berlaku bagi anak yang disusui oleh wanita tidak melahirkannya, hanya bagi anak yang disusui itu sahaja, dan tidak berlaku bagi saudara-saudaranya sebagaimana yang diyakini sebahagian besar orang. 

SYARAT – SYARAT NIKAH

Syarat yang telah disepakati para ulama bahawa hukum melaksanakannya adalah wajib, iaitu syarat – syarat yang dituntut dari terlaksananya nikah, seperti disyaratkannya menggauli isteri dengan cara yang patut, memberi pakaian dan tempat tinggal bagi isteri dengan patut, tidak boleh bagi isteri untuk keluar dari rumah suaminya kecuali denga izin, isteri tidak boleh menderhakai suami, isteri tidak boleh mengizinkan seseorang masuk kedalam rumahnya tanpa izin suami, dan isteri tidak boleh mengeluarkan harta suaminya tanpa izin suaminya. 
Hukum pelaksanaanya adalah tidak wajib jika akad nikahnya telah sah, iaitu jika dalam akad nikah telah dikehendaki tidak ada mahar, maka pihak wanita tidak mendapatkan mahar. 
Syarat yang tidak dituntut dari terlaksananya akad nikah dan tidak dimungkiri pada saat akad nikah, jika demikian maka yang benar adala bahawa syarat itu wajib dilaksanakan, sebab jika syarat itu belum dilaksanakan maka pihak yang mensyaratkan boleh membatalkan akad nikah itu, seperti jika mengeluarkan isterinya dari rumah atau negerinya, atau suaminya tidak boleh menikah dengan wanita lain semasa hidupnya, atau suaminya mengizinkan isterinya untuk menyelesaikan sekolahnya. 

SYARAT – SYARAT SAH NIKAH

Antara syarat –syarat nikah adalah saling meredhai antara satu sama lain, pengantin wanita hendaklah mempunyai wali, pengantin lelaki menyediakan mas kahwin bagi pengantin wanita, mempunyai saksi nikah yang adil, suami isteri yang menjaga kehormatan dan kesepadanan antara pengantin lelaki dan pengantin wanita. 

MELAMAR ATAU MEMINANG

Pilihlah seorang isteri untukmu melalui pendengaran dan bukan dengan penglihatan. Memilih isteri adalah masa yang paling penting dalam menjalinkan ikatan pernikahan, serta memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menelusuri keserasian bagi suami pada setiap segi. Bagi yang hendak menikah maka ia hendaklah memilih pendamping hidupnya dengan suatu pilihan yang didasari engan pengetahuan serta didasari dengan pemikiran yang sihat. Jika seseorang lelaki melamar seorang wanita lalu wanita itu seorang yang tidak mengagumkan maka hendaklah lelaki itu diam, sebab boleh jadi sesuatu yang tidak ia kagumi dari wanita itu dikagumi oleh orang lain. Melamar atau pertunangan tak lain hanyalah sekadar perjanjian untuk menikah, dan bukan suatu ikatan wajib. Membatalkan pelaksaan janji itu merupakan hak yang dimiliki oleh setiap pihak yang berjanji, akam tetapi memenuhi janji adalah suatu sikap mulia dan kebaikan sifat manusia. Agama adalah unsure asasi dan mendasar dalam memilih isteri yang baik, jika isteri tidak memiliki kadar keagamaan yang baik maka besar kemunkinan suami akan gagal dalam membangun keluarga muslim yang baik. Wanita yang memiliki agama sudah cukup bagi lelaki untuk melihat dari kecantikan serta kecantikan hati dan akhlaknya, dan cukup cukup bagi lelaki untuk melihat kemuliannya serta keormatannya di mana wanita itu tidak melihat kepada lelaki lain serta ketetapan hatinya yang hanya tertuju kepada seseorang lelaki. 

SEPUTAR WALI NIKAH

Terdapat tujuh syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang wali, iaitu bertanggungjawab, bijaksana, adil, seorang lelaki, seagama dengan pengantin, merdeka, bukan dalam keadaan ihram, dan yang terakhir sekali adalah mas kahwin harus dibeikan kepada wanita sebagai pengantin penghormatan baginya yang terdiri dari beberapa segi, seperti mas kahwin itu adalah hak bagi wanita yang harus dipenuhi oleh suami di mana mas kahwin itu ditujukan sebagai ungkapan bahawa lelaki benar-benar ingin menjalin tali kasih sayang dengan wanita yang akan dijadikan isteri, mas kahwin bukan sesuatu yang disyariatkan untuk menggantikan apa yang akan diterima lelaki, maka berkenaan dengan tujuan dari mas kahwin itu Allah mengungkapkannya dengan sebutan penuh kerelaan, bahawa yang berhak untu mendapatkan mas kahwin adalah wanita dan baginya wali tidak boleh mengambil sedikitpun dari mas kahwin itu. Dan tidak boleh bagi wali untuk menikahkan puterinya kecuali dengan mas kahwin, sesungguhnya di dalam mas kahwin terkandung makna yang sangat mendalam bagi pihak wanita, di mana ia merasakan kenyamanan di saat hatinya penuh kakhuatiran pada saat ia pindah dari rumahnya dan dari keluarganya kepada seorang lelaki yang sangat asing baginya


KESEPADANAN

Kesepadanan yang disebutkan dalam buku para ahli fiqh terdapat lima perkara iaitu yang pertama, Agama, lelaki yang terhormat tidak sepadan dengan wanita yang penzina. Yang kedua, keturunan, lelaki yang bukan Arab tidak sepadan dengan wanita Arab. Yang ketiga, profesion, seorang tukang bekam, tukang tenun dan tukang mengubati luka adalah tidak sepadan dengan dengan orang selain mereka. Yang keempat, Kemerdekaan, lelaki hamba sahaya adala tidak sepadan dengan wanita merdeka


Tidak sah kesepadanan dalam menikah kecuali kesepadanan dalam hal agama, selain kesepadana dalam agama maka tidak ada satu pun dalil yang menunjukkan pada kesepadanan lainnya, sebagaimana dinyatakan oleh sebahagian besar ulama yang mengatkan bahawa diisyaratkan kesepadanan dalam nikah dalam hal agama. Tidak boleh bagi seorang ayah untuk menikahkan puterinya baik perawan mahupun janda tanpa persetujuan puterinya walaupun lelaki itu sepadan dengannya. Penting untuk mengikat tali hubungan suami isteri iaitu menjaga kesepadanan antara mereka berdua, dan segala sesuatu dimana terdapat perbezaan tipis anatara keduanya dari segi kedudukan social serta budaya kedekatan dalam hal umur serta pengertian keduanya dalam berbagai macam hal, semua ini merupakan saranan yang sangat mendukung untuk sukses dalam hubungan suami isteri. 

MAS KAHWIN
Sesungguhnya meringankan mas kahwin adalah perkara yang diperintahkan berdasarkan syariat. Tak seorang pun di antara para ulama yang menentang hal itu, dan tanpa diragukan lagi bahawa hal itu lebih baik dan lebih sempurna. Tiga efek negatif yang ditimbulkan dari mahalnya mas kahwin adalah Semakin banyak lelaki dan wanita yang perawan tetapi lanjut usia, Terjadi dekadensi moral disebabkan sulitnya seseorang melanjutkan pernikahan. Mahalnya mas kahwin menjadikan pernikahan menjadi sesuatu perkara yang sangat menakutkan, anak – anak tidak taat terhadap orang tua mereka. 

Diantara beberapa sebab mahalnya mas kahwin yang harus dihindari atau ditinggalkan sama sekali, iaitu ketamakan atau keserakahan orang tua, tujuan pengantin lelaki untuk menampakkan kekayaan, terikut – ikut dengan orang lain, menyerahkan kesemua keputusan kepada pengantin perempuan, dan tidak berperanannya para ulama dalam memberi keterangan dalam hal ini. 

Mas kahwin standard adalah harta yang diminta dalam pernikahan, sebagaimana umumnya diberikan kepada wanita umumnya, pada saat tidak sah diberikan mahar untuk wanita itu. Dimana hal itu berlaku pada beberapa keadaan di ini, jika lelaki menikahi wanita dengan tidak ada kemampuan memberi mahar pada isterinya, jika akad nikah itu sah dan tidak menyebutkan jenis atau nama mas kahwin, jika mahar yang disebutkan dalam nikah itu tidak benar atau sesuatu mas kahwin yang tidak boleh dimanfaatkan seperti minuman keras, dan jika lelaki masuk ke dalam kamar wanita untuk menemui wanita yang baru sahaja menjadi isterinya dan ternyata wanita itu bukan isterinya kerana mirip, dimana keadaan seperti ini hukum akad nikah dibatalkan


WALIMAH URUS

Memenuhi undangan untuk suatu walimah adalah wajib hukumnya dengan lapan syarat iaitu, orang yang mengundang adalah orang dewasa, undangan tidak dikhususkan pada orang kaya, walimah tidak dimaksudkan untuk menunjuk –nunjuk atau riya’, hendaknya orang yang mengundang adalah seoarang muslim menurut pendapat yang paling benar, menghadiri undangan pada hari pertama, tidak boleh berdesakkan, walimah itu tidak membahayakan dirinya jika ia hadir seperti adanya kemungkaran, tidak ada keuzuran untuk menghadiri walimah itu. 

Jika walimah itu diadakan di gedung pertemuan kerana rumah tidak cukup luas untuk mengadakan acara ini, maka dalam hal ini dibolehkan mengadakan walimah nikah di tempat itu. Para ahli fiqh membenci makan yang disebarkan saat pesta nikah, kerana hal itu merupakan penghinaan dan merendahkan martabat makanan, jika makanan yang disebar itu tidak mengandungi dua hal di atas dan lainnya rosak, maka hal ini dibolehkan kerana merupakan suatu kebiasaan dan asal dari segala sesuatu kebiasaan adalah dibolehkan. Dibolehkan meminjam pakaian pengantin bagi para pengantin bahkan hal bahkan hal itu dianjurkan atau diwajibkan, dan dalam as sunnah terdapat suatu yang menunjukkan tentang disyariatkan hal itu. Di antara kebiasaan buruk yang tersebar di sebahagian masyarakat adalah melarang datangnya anak anak ke tempat pesta pernikahan, dengan alas an agar tidak menimbulkan keonaran dan keramaian dan boleh jad seorang pengundang memberanikan diri menulis larangan itu di kad undangan. 

Di antara manfaat walimah urus ialah Bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang telah dikurniakan berupa pernikahan dan Sebagai pemantapan atas kesaksian dari suatu pernikahan serta mengumumkan pernikahan itu

Mengumumkan nikah adalah suatu hal yang disyariatkan dengan menabuh rebana serta mengadakan walimah. Memasyurkan pengantin adalah suatu yang tidak disyariatkan diantara kebiasaannya yang dilaksanakan saat ini adalah berdirinya kedua pengantin di suatu tempat tinggi di hadapan manusia. Walimah adalah makanan pernikahan, waktunya adalah saat akad nikah atau sesudah saat akad nikah. Sebahagian wanita tidak mahu menggunakan gaun pengantin berwarna putih pada hari pernikahannya dengan beralasan seperti Bahawa pakaian putih adalah khusus bagi kaum lelaki, wanita yang menggunakan pakaian putih maka waniat itu menyerupai lelaki, yang benar adalah bahawa hanya berdasarkan warna putih adalah alasan lemah, Wanita yang menggunakan gaun putih dalam pernikahan merupakan tradisi orang – orang kafir yang dipindahkan kepada kita, walaupun alasan kedua ini lebih dari alasan yang pertama, maka jawapannya adalah gaun ini tidak berasal dari islam dan tidak boleh ditetapkan. 

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com