Al-Qur’an Dan Sains

PENGERTIAN SAINTIFIK. 
Saintifik ialah kajian ilmiah yang dijalankan secara empiris mengikut disiplin ilmu tertentu melalui alat apparatus tertentu dan skala tertentu. Ia adalah perkataan umum yang merangkumi semua penemuan sains Islam dan sains Barat. Islam tidak menolak sains kecuali yang bersifat menolak ketuhanan dan yang memudaratkan manusia dan sejagat. Malah islam menjadikan sains sebagai satu titik penting dalam kehidupan dan memberikan galakan yang jelas didalam al-Quran atau melalui sunnah Rasulullah SAW. 

AL-QURAN. 
Merupakan petunjuk penting yang patut kita ikuti. Jika diperhatikan kita akan menddapati bahawa al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian. Anatra yang terpenting ialah:
1. Kisah para anbia dan aulia yang terdahulu supaya menjadi pengajaran kepada kita. 
2. Permasalahan hukum. 
3. Sejarah umat terdahulu. 
4. Kajadian Langit dan Bumi (Sains Sejagat) 
5. Ramalan umat akan datang dan permasalahan Akhirat. 
6. Misi Ketuhanan. 
7. Penyelesaian kebuntuan zaman. 

KEMAJUAN DAN KEMUNDURAN UMAT ISLAM. 

Jika diamati sejarah lampau umat Islam kita akan mendapti bahawa umat Islam dimasa lampau merupakan satu umat yang maju. Mereka turut dipandang tinggi oleh bangsa yang lain. Islam yang dianut oleh para sahabat dan salafussoleh pada masa itu adalah benar-benar dipatuhi. Kita dapat lihat bahawa mereka dapat menukarkan keadan Arab yand pada waktu itu daripada pepecahan dan kelompokan kepada penyatuan. Daripada tamadun rimba kepada tamadun pembangunan. Daripada kekerasan dan kekejaman kepada rahmat dan daripada penyembahan berhala kepada penyembahan Allah Yang Maha Esa. Keperibadian dan roh mereka menjadi sesuatu yang baru. Jika kita ingin melihat dengan lebih jelas, umat Islam telah membuka separuh dari muka bumi ini dalam tenpoh separuh abad. Jika tidak disebabkan perselisihan yang berlaku pada akhir pemerintah Saidina Uthman al-Affan RA dan pada masa pemerintahan Saidin Ali k. w. j., nescaya seluruh muka bumi ini pasti telah diislamkan. 

Dalam kehidupah hari ini susah bagi kita untuk membazakan yang mana satu umat Islam dan yang mana bukan. Dalam kehidupa kini kita dapat melihat kemunduran dan ketakutan umat Islam. Secara amnya kamunduran umat Islam pada masa kini adalah disebabka pemikiran mereka yang Jahil. Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu benar dan palsu. Kejahilan bukanlah bermaksud bodoh atau tidak berpendidikan atau buta huruf tetapikejahilan bermaksud semua bentuk pendidikan termasuklah menolak kebenaran, menafikan yang hak, tidak mahu berlajar dari orang lain dan menyangka dirinya sudah cukup pandai dan menerima kebatilan atas motif tertentu. Kesilapan umat Islam yang paling utama ialah melupakan kegemilangan umat Islam yang silam. Sepatutnya ia patut dijadikan titik tolak dalam pembangunan dan pembinaan semula Empayar Islam. 

PENEMUAN-PENEMUAN SAINTIFIK PADA ZAMAN ISLAM. 
1. Yahya Al-Barmaki – Industri Kertas di Baghdad Tahun 800M. 
Baitul-Hikmah: Perpustakaan pertama dalam sejarah dunia 813-833M

2. Al-Razi (Rhazes) : (Pakat Kimia Dan Perubatan) Menulis tentang kesuburan

3. Jabir Ibn Haiyab: Merupakan Bapa Kimia Moden (815M) 

4. Ibn Hawqal- 977M: Pakar Geografi dan membuat peta dunia yang pertama. 

5. Ibn Ishaq al-Hunayn: Menterjemah Karangan Plato, Aristotle dan Galeonus. 

6. Al-Kindi (796M) : Faisaluf / pakar perubatan, matematik, muzik, astronomi dan kejuruteraan. 

Begitulah beberapa penemuan yang dicatatkan secara ringkas. 

PEBAHAGIAN AL-QURAN. 
1. Jumlah Juzuk: 30 Juzuk. 
2. Jumlah Surah: 114 Surah
3. Jumlah Ayat: 6236/6666 Ayat. 
4. Perintah:1000 Perintah
5. Larangan: 1000 Larangan
6. Janji Baik: 1000 Janji Baik
7. Janji Buruk: 1000 Janji Buruk
8. Kisah dan perkhabaran: 1000
9. Contoh dan Pengajaran: 1000
10. Haram dan Halal: 500
11. Nasikh dan mansukh: 66

Al-Quran Dan Sains.. 

KEJADIAN HUJAN. (GEOGRAFI DAN KIMIA) 

Telah diturunkan di dalam Al-Quran mengenai kejadian hujan dengan secara terperinci. Di dalam Surah ar-Ruum ayat 48, yang membawa kita untuk melihat kekuasaan Allah SWT bagaimana hujan dicipta daripada sekumpulan wap air yang bertukar menjadi awan dan selepas itu air hujan keluar dari kumpulan itu. Serta dinyatakan di dalam surah ini bahawa Allah boleh menurunkan hujan kepada sesiapa yang di inginkan olahNya. Penyata ini turut dipersetujui oleh Ulama Tafsir dan dikeluarkan di dalam”Tafsir al-Munir”, jilid 21, halaman 106-107. Selain itu ia turut dibahaskan dan dikarang di dalam Encyclopedia Britanncia, Volume 18, halaman 1130, Rainfall. 


KELEBIHAN BESI. 

Dapat dilihat di dalam sejarah Nabi-nabi Islam dan Al-Quran di dalam Surah as-Saba’ ayat 10, bahawa Nabi Allah Daud AS. dapat melenturkan besi dan merupakan pengasas penggunaan besi dalam peperangan. Dinyatakan bahawa Nabi Daud AS. dapat melentur besi tanpa api dan dapat membentuknya seumpama benang. Melalui pandangan Ulama Tafsir bahawa kelebihan di namakan”Al-Fadhl”. 

Sabda Rasulullah SAW. bahawa baginda telah terdengar Abu Musa al-Asha’ari RA sedang membaca sebahagian dsaripada Al-Quran di waktu malam, maka baginda pun berhenti. Kemudian baginda mendengar bacaan Abu Musa lalu bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah diberikan oleh Allah kepada orang ini salah satu daripada seruling-seruling Nabi Allah Daud AS. ”

Allah telah mengajarnya cara-cara untuk membuat pedang dan perisai yang sesuai supaya tidak terlalu berat dan tidak terlalu kecil. Turut dikatakan Nabi Daud AS merupakan orang yang pertama yang mencipta perisai besi. Kata Qatadah RA:

“Pedang sebelumnya merupakan pedang batu yang lebar dan berat. ”

Kelebihan besi ini digunakan oleh umat Islam terdahulu untuk melindungi diri daripada kecelakan peperangan dan meluaskan tanah jajahan umat Islam. Serta tidak membebankan tentera-tentera untuk mengunakan pedang batu yang bera dan rapuh. Pandangan Ulama Tafsir ini telah dikeluarkan di dalam Tafsir al-Munir, jilid 21-22, halaman 148-149. 

GEOLOGI. 

Allah telah menurunkan kenyataan di dalam Al-Quran mengenai pergerakkan bumi sejak dulu lagi. Penyata ini telah diterangkan di dalam Surah an-Nalm ayat 88, yang menerangkan bahawa bumi ini sentaiasa bergerak dengan kelajuan yang sangat laju. 

Ini ditambah lagi dengan persetujuan dari Ulama Tafsir mengenai pergerakkan bumi. 
Turut diberitahu bahawa pergerakkan bumi ini tedak dapat dilihat kerana jisim bumi yang besar dan apabila ia bergerak, pergerakkanny hampir-hampir tidak kelihatan. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Pada hari kami jalankan langit (runtuhkannya) dan kami gerakkan bukit-bukau (hancurkannya) sehancur-hancurnya.. 

Hal ini menunjukkan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta sekian alam. Menurut pakar-pakar geologi, batu-batan bumi ialah sentiasa bergerak dan tidak tinggal diam seperti yang disaksikan. Pertumbuhan gunung-gunung muda seperti yang terdapat di kawasan Asia Tenggara mengukuhkan bukti kejadian ini. Selain itu gempa bumi yang berlaku juga menggambarkan kebenaran teori ini apabila goncangan dan gelinciran permukaan bumi adalah disebabkan oleh gerakan batu-batan di bawah tanah. Kesemua ini telah diceriyakan di dalam Al-Quran di dalam ayat yang bermaksud:

“Dan kamu lihat gunung-ganang itu kamu sangka ianya tetap, tetapi sebenarnya ia bergerak seperti gerakan awan. ”

Kenyataan ini telah dicetak didalam Encyclopedia Brittanica, Volume 19, halaman 426-427, Title: Rocky Mountain; Subtitle: Geologi. 


ASTRONOMI. 

Penerangan mengenai matahari, bumi, bulan dan alam semeta telah tercatit di dalam al-Quran dan kisah mengenai matahari terdapat di dalam surah Yaa Sin ayat 38. Pada pandangan ulama tafsir, ia merupakan tanda tersendiri yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT seperti berikut:

Perjalanan Matahari di galaksi sehingga penghujung pusingannya. Pusingan itu adalah merupakan satu ketentuan dan ketetapan daripad Allah yang Maha Berkuasa yang Maha Menguasai setiap sesuatu. Iaitu yang mengetahui setiap sesuatu. 
 (Rujukan Tafsir al-Munir, Jilid 23, halaman 15-17) 

Terdapat dua pendapat ulama pada mentafsirkan (Orbit) :

MAKSUD
Satu tempat yang berada di bawah ‘Arasy yang hampir dengan bumi pada satu arah. Iaitu di mana kedudukan matahari itu dan sekalian makhluk masih tetap beraa di bawah ‘Arasy. 


MASA
Tahap akhir perjalanan iaitu hari Qiamat. Ini telah dibuktikan oleh Ulama Astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang-bintang disebabkan putaran bumi di keliling matahari setahun sekali. Bagi matahari tedapat dua gerakan yang lain. Pusingan di atas paksi. Setiap 26 hari lebih kurang dan pusingan beserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak diluar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan 200 batu sesaat. Dan Mustaqir pada pandangan ulama yang pertama adalah merupakan paksi yang tetap. Jika di kaitkan ianya mengenai pergerakkan sistem solar bersama-sama planet-planetnya. 

Juga dari perbahasan telah dijelaskan oleh ahli-ahli Astronomi barat bahawa setiap planet dan bulan-bulannya bergerak mengikut orbit yang tetap dan mengorbit di dalam suatu orbit yang besar. Maka mustahil bagi bulan dan matahari untuk bertembung atau berlanggar satu sama lain. Hal ini telah diterbitkan di dalam Computer Programme The Orbit dan Pistorial Atlas of the Universe – Kevin Krisciunas and Bill Yenne. Halaman 40, The Sun Published by Bison Books Ltd. 1989. 


PENEMUAN MASA. 

Masa merupakan satu perkara yang telah menjadi satu titik pergerakkan bagi manusia dalam bergerak mencipta kemajuan dan masa jugalah menjukkan matlamat hidup seseorang manusia. Penemuan masa ini telah di tunjukkan Allah SWT di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah ayat189. Di dalam surah ini telah memberitahu bahawa peredaran bulan merupakan cara untuk menentukan masa. Bulan digunakan dalam menentukan waktu ibadah seperti berpuasa, berbuka, sembahyang, haji, idah, dan sebagainya. Juga sebagai penentu bulan dan tahun bagi sistem qamariyah memudahkan perkiraan dan sesuai untuk orang arab. 

Miwaqit:

Adalah jamak kepada Miqat yang membawa maksud waktu. 

Sesetengah daripada ulama berpendapat Miqat adalah merupakan tarikh had masa. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan anak bulan itu adalah had penentu mqat bagi bulan dan masa bagi menentukan pengharaman. ”

Ketika itulah diharamkan yang halal. Ketika disebut penentuan waktu yang disebut juga daripada perbuatan mereka ketika itu bagi membatalkan adat-adat jahiliyyah. Rujukan Fi Zilalil Quran. 

Tanpa petunjuk Allah kita manusia munkin telah lama mengalami masalah ketiadaan masa. Penciptaan bulan ini mendatangkan manfaat yang banyak kepada manusia tidak kira menentukn masa malah juga cahaya di waktu malam. 


ASTRONOMI DAN KAJI BINTANG. 

Pandangan Ulama Tafsir daripada Surah al-An’am ayat 96 dan 97. Allahlah yang telah menciptakan cahaya siang dan kegelapan malam seperti yang disebut di dalam permulaan surah”Dan Kami jadikan kegelapan dan cahaya”. Allah SWT yang membahagikan malam dan awal subuh serta menerangi kehidupan. Serta menerangi ufuk serta menutupi malam serta hilanglah malam bersama kegelapan dan kehitamannya. Serta hari siang datang bersama dengan cahaya yang menerangkan sekian alam dengan terbitnya matahari seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Allah menutupkan malam kepada siang yang mengiringnya dengan segera. ”

Disini dapat dilihat kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta sekian alam dengan menujukkan kesempurnaan keagungannya dan kebesaran kerajaannya. Maka bertetapanlah dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan dijadikan malam sebagai waktu yang tenang. ”

Allah menjadikan malam dengan ketenangan, bagi makhluknya untuk berehat daripada kepenatan bekerja di siang hari. Seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Dan Kami jadikan tidurmu untuk beristirehat dan Kami jadikan malam sebagai selimut (yang menyelimuti kamu dengan kegelapannya) dan Kami jadikan siang untuk kamu mencari penghidupan. ”

Dan Allah telah menetapkan perjalanan matahari dan bulan bagi membantu manusia menentukan waktu, hari, bulan dan tahun. Malah berjalan dengan perhitungan yang sangat teliti. Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan kisah mengenai langit di dalam 3 ayat iaitu pada ayat Faliqul Isbah. Perlulah kita sedar bahawa tiada benda yang dapat melarikan diri darinya walaupun sebesar hama di bumi ataupun dilangit dan yang mentakdirkan baginya dengan penuh hikmah, yang membawa maksud:

“Dan Kami jadikan setiap sesuatu itu dengan kadar (ketetapan yang paling sesuai dan lengkap) . 

Jika ditelitikan Allah telah mengingatkan kita berkali-kali mengenai kejadian malam dan siang, matahari dan bulan. Kemudian menutup firmannya dengan kemuliaan dan ilmu. Kemudian diterangkan pula mengenai bintang dan faedahnya sebagai penunjuk arah bagi musafir. Dan keindahan malam yang diterangi bintang-bintang yang tidak terkira banyaknya menunjukkan kehalusan ciptaan Allah SWT dan menutup ini degan firman-Nya, yang bermaksud:

“Telah Kami terangkan tanda-tanda Kami bagi kaum yang mahu mengetahui. ”

Telah diterangkan kepada semua mengenai ayat-ayat al-Quran dan ayat-ayat kejadian bagi manusia untuk merungkai segala pertanyaan yang tersingkap di dalam jiwa. Dengan menga amati kejadian alam disamping menguatkan iman, ilmu, perbahasan dan ketakwaan diri terhadap Allah SWT. Kebesaran Allah tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. 

BIOLOGI, EMBRYOLOGI DAN GENETIK. 

Allah SWT telah menurunkan firmannya mengenai ciptaanNya iaitu haiwan di dalam Surah an-Nur ayat 45. Di sini telah diterangkan bagaimana Allah SWT telah mencipta haiwan yang bergerak daripada air dan mepunyai pelbagai bentuk dan warna dan apa sahaja keadaannya. Segala haiwan dicipta daripada air yang merupakan element penting di atas bumi ini. Malah telah membawa kepada asas pembentukannya ataupun ia adalah nutfah yangmembawa mani haiwan yang kemudiannya bercantum dengan telur betina/perempuan pada maninya dan sebab pengkhususan air dengan menyebut behawa ia adalah asal kepada penciptaan pertama. Oleh kerana haiwan hidup tanpa air dan tanah tidak bercampur. 

Allah telah mejadikan segalanya di muka bumi ini maka jika sesuatu tidak dikehendakiNya maka benda itu tidak akan berlaku atau tidak wujud. Perkara ini di perkuatkan lagi oleh Encyclopedia Brittanicia, Volume 1, Halaman 45, Animal. 

BUMI DAN TUMBUH-TUMBUHANNYA. 

Allah manghitung nikmatnya ke atas hamba-Nya dan menunjukkan tanda-tanda kewujudan-Nya melalui tanda-tanda:

1) Menciptakan langit. Allahlah yang menciptakan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan menghiasinya dengan planet-planet. 
2) Mencipta bumi sebagai hamparan yang luas dan terdapat banyak manfaat padanya bagimu wahai manusia. 
3) Diturunkan dari langit awan dan air hujan yang meng hidupkan bumi selepas mati. Menumbuhkan tumbuhan dan tanaman. Mengeluarkan rezeki bagi manusia dan hidupan-hidupan di muka bumi seperti firman Allah yang bermaksud:”Dan diturunkan dari langit air yang dapat menumbuhkan dengannya pasangan bagi tumbuh-tumbuhan. ”
4) Dijalankan kamu dengan kapal-kapal yang diilhamkan kepada kamu oleh Allah cara membuatnya dan membenarkannyaterapung untuk berlayar dengan tujuan pengangkutan untuk ke tempat yang lain dengan keizinan Allah. 
5) Dialirkan sungai-sungai, diterbitkan mata air di celah-celah muka bumi bagi tujuan pengairan dan minuman kepada semua hidupan. 
6) Dijalankan matahari dan bulan. Dan dijadikan keduanya berjalan didalam perjalanan yang tetap tiada cacat siang dan malam bagi membetulkan kehidupan manusia, tumbuhan dan sebagainya. 
7) Siang dan malam itu bertentangan seperti mana musim sejuk dan kadang-kadang siang menjadi panjang seperti pada musim panas dan memendekkan waktu malam. Waktu siang untuk bekerja serta waktumalam untuk berehat. 

 (Rujukan Tafsir al-Munir, jilid 13, halaman 24/26) 

Ini menunjukkan bertapa berkuasanya Allah SWT. Segala ciptaanya mempunyai hikmah yang tersendiri. Namun begitu manusia masih lagi tidak mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah dengan menzalimi dan mengkufuri nikmat Alah dengan sewenang-wenangnya. 

PENUTUP... 

Begitulah kebesaran Allah SWT yang dapat dilihat daripada kejadian alam yang penuh dengan rahsia ini. Kelahiran, kejadian langit dan bumi, al-Quran, binatang dan masa merupakan bukti kepada Kekuasaan dan Kehebatan Allah sebagai tuhan yang satu. 
Semoga Allah menjadikan kita semua termasuk didalam golongan orang-orang yang mahu mendengar perkataan yang baik lantas mengikutnya dan menjadikannya contoh di dalam amalan seharian. Ingatlah, sesungguhnya al-Quran yang di turunkan oleh Allah ini bukan hanya sekadar untuk dibaca, dipertandingkan atau dipamerkan dan menjadi hiasan rumah ataupun tangkal yang boleh menghalau hantu dan syaitan tetapi untuk diamalkan dan dilaksanakan di dalam kehidupan seharian. 

Disediakan oleh : Muhd Aniq Haikal Bin Ab Latif

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com