Islam Adalah Suatu Cara Hidup

Bersyukur kepada Allah SWT. kerana kita dipilih untuk menjadi seorang muslim daripada sekian ramai penghuni alam ini. Firman Allah SWT. 

“Wahai Muhammad! engkau tidak mampu untuk memberi hidayat kepada sesiapapun yang engkau cintai tetapi Allah SWT. menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. ”

Sebesar-besar nikmat anugerah Allah kepada kita adalah nikmat Iman dan Islam. Islam adalah bukan sekadar”agama”yang dihayati dan dipraktikkan dalam upacara-upacara tertentu dan bukan juga”agama”yang terbatas kepada tempat-tempat tertentu, bahkan Islam sebenarnya adalah cara hidup. Setiap urusan hidup mestilah diserasikan dengan Islam. 

Islam adalah cara hidup yang tidak boleh dan tidak akan serupa dengan agamaagama lain. Tidak serupa dengan kristian, budha, hindu dan sebagainya. Hanya sanya agama Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah, manakala agama lain adalah tidak benar belaka. Firman Allah :

“Sesungguhnya agama (cara hidup) yang benar di sisi Allah SWT. hanyalah Islam semata-mata”

Sesiapa yang mencorakkan gaya hidupnya dengan acuan lain daripada acuan Islam, sebenarnya telah mensia-siakan hidupnya samada hidupnya di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah SWT. :-

“Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidupnya tidak akan diperakui dan tidak akan diakui oleh Allah dan akan termasuk ke dalam orang-orang yang rugi di akhirat kelak”

Islam tidak memadai dengan nama yang tertera di kad pengenalan sebagai orang Islam juga tidak memadai dengan hanya berdasarkan keturunan. 

Banyak alasan mengapa manusia perlu kepada agama Islam. Manusia banyak melakukan kesalahan walaupun akal mereka dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Akal tidak dapat menjangkau perkara-perkara yang ghaib seperti roh, malaikat, syurga, neraka dan sebagainya. 

Firman Allah SWT : Terjemahan: dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan:”Roh itu dari perkara urusan tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. 

Islam adalah agama fitrah sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Ini dapat dibuktikan segala tuntutan naluri manusia dapat dipenuhi oleh Islam. Antaranya terdapat agama lain menghalang perkahwinan sedangkan dalam agama Islam digalakkan berkahwin. Islam juga telah menetapkan hukum atas segala perkara tentang halal dan haram untuk kebaikan manusia. 


Al Syahid Hassan al Banna mengatakan Islam adalah merupakan suatu perutusan (risalah) yang jangka masa panjang meliputi setiap zaman yang mendatang. Pengisian lebarnya mencakupi pelusuk dunia. Ketunjangan dalamnya meraut segala urusan dunia dan akhirat. 

Firman Allah SWT. : Terjemahan: Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; (Surah al An’am. 

Islam berasal dari perkataan Arab iaitu daripada kata kerja”ﺳﻟﻡ”yang bererti bersih dan sunyi daripada sebarang kebinasaan zahir dan batin. Al-Islam mempunyai istilah iaitu mengesakan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan haji. Ia berupa paraturan umum dan undang-undang yang bersifat sempurna dan menyeluruh mencakupi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia dalm mengatur perancangan dan sistem hidup mereka. Ia juga agama yang terkumpul di dalamnya akidah, ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah sebagaimana yang terkandung dalam kitab Al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW. yang diperintah supaya menyampaikan kepada manusia. Ia juga roh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jalan lurus yang selamat bagi manusia yang menjalaninya dari kesesatan. 

AKIDAH

Perkataan akidah merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti ikatan atau simpulan. Menurut istilah akidah ialah kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa. Akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kukuh, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang erdapat dalam ajaran Islam. Nilai-nilai mutlak yang dimaksudkan ialah keimanan dan keyakinan kepada perkara-perkara ghaibiyyat yang berpaksikan keyakinan terhadap Allah SWT. yang Esa. Esa dari sudut Uluhiyyah (hanya Allah sahaja yang disembah) dan Rububiyyah-Nya (mempercayai Allah adalah pencipta alam) serta era pada al-Asma dan As-Sifat. Terdapat 6 elemen yang menjadikan asas akidah Islam Keimanan kepada Allah iaitusebagai yang Maha Mutlak kekuasaanya di mana setiap muslim perlu yakin dan menyerah diri hanya kepada-Nya.. Keimanan kepada malaikat iaitu yang merupakan makhluk mulia yang dijadikan Allah SWT. sebagai lambang keagongan dan kehebatan kekuasaan-Nya. Keimanan kepada Kitab iaitu yang diturunkan oleh Allah SWT dengan menjadikannya panduan dalam berbagai aspek kehidupan. Keimanan kepada para Rasulyang diutuskan oleh Allah sebagai utusan yang menyampaikan risalah Allah SWT. Keimanan tentang kewujudan hari Akhiratsebagai matlamat akhir kehidupan. 

Keimanan kepada Qada dan Qadar sebagai hak mutlak Allah SWT. 

Syariat

Syariat berada di tempat kedua dalam Islam. Syariat berupa hukum-hukum perundangan yang bertujuan mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara; sama ada berupa hukum-hukum yang berkaitan Taharah (menyucikan diri) , solat, zakat, puasa dan haji. Syariat juga berkaitan dengan muamalat dalm urusan-urusan peribadi seperti munakahat (perkahwinan) , warathah (perwarisan) , dan juga berkaitan dengan urusan am seperti at-Tijarah (perniagaan) , al-jinayah (jenayah) , al-Imarah atau al-Khilafah (pemerintahan) , perhubungan antarabangsa dan lain-lain. Syariat Islam bersumberkan kepada empat perkara, iaitu: Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak Ulama dan Qiyas. Hak menentukan hukum adalah Allah SWT. dan Rasul-Nya SAW. sementara ulama dibenarkan berijtihad dalam perkara-perkara yang tidak dinaskan oleh Al-Quran dan Al-Hadith secara jelas. Islam melarang secara keras sesiapa yang cuba merampas hak Allah SWT. dalam menetukan hukum. 

Firman Allah SWT yang terkandung di dalam surah Al-Syura:21 yang bermaksud”patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadikan pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke sesuatu masa yang tertentu) tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) yang sesungguhnya orang-orang yang zalimitu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ”

. Allah SWT. mengutuskan Rasulullah SAW. dengan bimbingan al-Quran untuk menjadi panduan hidup manusia di mana Allah SWT. tidak menzalimi manusia dan makhluknya tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri sendiri. Peraturan dan perundangan Islam adalah seimbang dan mudah dalam semua perkara. Islam telah menyediakan berbagai kemudahan dan pilihin dalam menyelesaikan segala masalah. 

Ahklak

Ahklak merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti tingkahlaku, perangai atau keperibadian. Menurut Al-Ghazali, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. Perbuatan atau tingkahlaku berlaku dengan spontan hasil dari pancaran rohani manusia. Rasulullah SAW. diutuskan supaya menyeru manusia melakukan perbuatan kebaikan dan melarang sama sekali melakukan perbuatan atau sifat keburukan. Sifat keburukan berpunca daripada nafsu yang jahat godaan syaitan kepada sifat dan akhlak yang terpuji. Islam datang untuk menyucikan hati manusia, menenam nur iman dan hidayah. Akhlak ini juga mengatur hubungan hubungan manusia dengan Allah sesama manusia dengan alam. Islam juga menggariskan peraturan hidup sesama manusia dalam rumahtangga, masyarakat dan negara. Islam bukan agama individu atau sekumpulan manusia, bahkan Islam adalah peraturan hidup untuk semua manusia Islam tidak membebankan kemampuan manusia malah apa yang disyariatkan adalah untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah SWT. Islam melarang sama sekali umatnya berjudi, mengamalkan riba, berzina, dan seumpamanya kerana mendatangkan keburukan dan kemudaratan kepada keturunan manusia. 

Terbahagi kepada 2 sumber iaitu sumber asasi dan sumber Ijtihadi (Tafsiran) 

Sumber Asasi

Al-Quran Al-Karim

Definisi Al-Quran menurut bahasa berasal dari perkataan qa-ra-a (ﻗﺮﺍ ) yaq-ra-u (ﻴﻗﺮﺍ ) yang bererti bacaan, dan quran bermaksud sesuatu yang di baca. Menurut istilah ialah diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW. termaktub dalam al-Mashaf, dipindahkan secara mutawatir, lafaz dan makna dari Allah melalui bahasa Arab dan membacanya menjadi ibadat. Nama-nama lain Al-Quran Al-Karim Al-Kitab, Al-Furqan dan Az-Zikr. Penurunan Al-Quran merupakan mukjizat maknawi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW. yang menyokong kerasulannya. Al-Quran merupakan sumber utama dan menjadi perlembagaan, pegangan dan panduan hidup kepada umat Islam sehingga hari kiamat. Penurunan Al-Quran dari Allah SWT. ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. berlaku dua peringkat iaitu di Mekah dikenali sebagai ayat atau surah Makkiyah dan di Madinah dikenali sebagai ayat atau surah Madaniyyah. Al-Quran istimewa kerana diturunkan dalam bahasa Arab, Al-Quran sebagai wahyu diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. dengan lafaz dan maknanya sekali, Mukjizat bagi Rasulullah SAW. Kelebihan Al-Quran tidak mampu ditandingi oleh manusia walaupun mencipta sepotong ayat seumpama dengannya sekaligus membuktikan kebenaran dari Allah bahawa Al-Quran bukan dari nabi Muhammad SAW. dan membacanya adalah ibadat. Kelebihan Al-Quran dari Pelbagai Aspek adalah keindahan bahasanya dari bahasa Arab tiada tandingan, pemberitahuan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku sebelum ia berlakudan peristiwa tersebut benar-benar berlaku sebagaimana ianya di khabarkan, Perkhabaran tentang peristiwa silam danKandungannya mencakupi berbagai-bagai ilmu yang mempunyai fakta-fakta ilmiah tentang kejadian langit dan dan bumi, permulaan kejadian manusia, matahari, bualn, bintang dan sebagainya. Al-Quran diturunkan beransur-ansur kerana Untuk menetapkan jiwa Rasulullah SAW. dan menguatkan hatinya supaya dapat diingat dan dihafaz, Untuk mendidik manusia secara beransur-ansur dari segi pengetahuan dan amalan, Untuk menyesuaikan dengan peristiwa-peristiwa yang baru berlaku, Untuk menjadi pemansuh/pembatal dan yang dimansuh/ yang dibatal dan Untuk menunjukkan punca Al-Quran iaitu kalam Allah semata-mata, tidak mungkin Al-Quran itu Kalam Muhammad SAW. atau makhluk-makhluk lain. 

2. Al-Sunnah

Menurut ulama Usul Fiqh ialah perkataan, perbuatan, dan pengakuan Nabi SAW. yang lain daripada Al-Quran. Setiap umat islam wajib taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Jenis-jenis Al-Sunnah terdiri daripada Sunnah Qauliyyah. (perkataan ) , Sunnah Fi’liyyah (perbuatan ) dan Sunnah Taqriyyah (pengakuan ) 

Sumber Ijtihadi (Tafsiran ) 

Ijtihad didefinasikan sebagai setiap hukum yang diputuskan oleh para ulama atau individu tertentu berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak diutuskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. 

1. Ijma’
Dari sudut bahasa mempunyai 2 maksud Keazaman dan Persepakatan. Jika berlakunyaperselisihan pendapat hendaklah kembalikan perkara tersebut mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, dan jika tidak berlaku perselisihan pendapat maka itulah yang disebut Ijma’ (persepakatan) 

Al-Qias

Dari segi bahasa bermaksud menyamakan, iaitu menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari segi Istilah bermaksud meletakkan hukum sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan hukum sesuatu masalah yang sudah ada nasmya samada dari Al-Quran ataupun Al-Sunnah kerana ada persamaan Ilahnya. Contonya qias iaitu hukum ke atas zakat padi. adalah wajib kerana ada persamaan Ilahnya dengan gandum. 

Al-Ijtihad

Definisinya ialah uasaha yang dilakukan oleh pakar-pakar ilmu syariah bagi menghurai, menjelas dan menyatakan hukum sesuatu perkara dengan meneliti dalil-dalilnya dan menggunakan dengan pelbagai kaedah seperti qias, istihsan, masoleh al mursalah dan sebagainya. 

Selain daripada kewajipan-kewajipan yang tidak dapat tidak mesti dilakukan oleh setiap muslim seperti solat lima waktu, puasa dalam bulan Ramadhan, taat kepada ibu bapa ada beberapa aspek kehidupan yang sering berlaku di luar acuan Islam atau setidak-tidaknya ramai akan menyoal”Bagaimana yang dikatakan bersukan cara Islam? Bagaimana berpakaian cara Islam atau berhibur cara Islam?

Islam lebih menyayangi penganutnya yang kuat lagi cergas daripada umatnyayang berpenyakit, malas dan lembik. Aqal yang sihat terletak pada tubuhbadan yang sihat. Permainan kita dianggap berpahala oleh Allah SWT. apabila perkara-perkaratersebut diraikan, Matlamat kita bermain adalah supaya badan kita sihat seterusnya kitamampu beribadat kepada Allah SWT. Permainan kita tiada unsur-unsur perjudianKemenangan atau kekalahan bukanlah semata-mata matlamatsebaliknya kesihatan dan ukhuwah diutamakan. Berpakaian menutup aurat dan tiada percampuran lelaki dan
perempuan. Permainan tidak dicemari dengan kata-kata lucah. Tidak mengabaikan suruhan agama dan kewajipan dunia sepertimenunaikan solat dan menuntut ilmu. 

Islam menegah umatnya sentiasa dalam keadaan murung dan sedih. Berhibur menurut cara Islam dikira berpahala jika Hiburan yang tidak ada unsur-unsur lucah, menghina agamamenaikkan syahwat’ dan memuja agama lain dan lain-lain. Hiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan suruhan kewajipanagama Hiburan yang tiada percampuran lelaki dan wanita yang tiada batas, pendedahan auratHiburan yang tidak melalaikan dari mengerjakan kewajipan dunia. Tiada berlaku pengagungan artis. 

Setiap muslim mesti hidup bermasyarakat. Hidup bersahabat dalam Islammesti dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syara’ iaitu:Bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlak dan taat beragama Jauhilah dari bersahabat baik dengan rakan-rakan yang mendorong kepada perkara maksiat. Carilah rakan-rakan yang boleh berkongsi suka dan duka. 

Sebagai cara hidup yang lengkap, Islam juga mengatur penganutnya caraberpakaian iaitu Menutup aurat dan tidak berpakaian ala-perempuanDalam soal berpakaian Islam amat menitik beratkan agar pakaian kitamenggambarkan kita sebagai muslim. Dalam pertuturan, Islam menitik beratkan perkara-perkara berikutPerkataan yang bermenafaat, Tidak lucah, kotor dan keji dan Istilah yang sopan dan mudah difahamiMenggunakan nada yang sesuai dengan suasana. Tiada unsur-unsur pembohongan, fitnah umpatan dan sebagainya. Demikianlah contoh-contoh sudut kehidupan yangsering kita terlupa bahawasudut-sudut itu perlu diserasikan dengan Islam dan tidak terasing daripadanya

Menjadi kefardhuan umat Islam untuk ‘ memelihara dan mengawal Islam daripada serangan musuh ’. Jihad hakikatnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yanh diredhai Allah dan keimanan, amal soleh dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dan kekufuran, kefasikan dan kederhakaan. jihad dan dakwah adalah satu-satunya penyelesaian bagi mengatasi persoalan ini. Jihad juga bertindak merebahkan segala bentuk rangkaian jahiliah unsur-unsur keberhalaan yang wujud dalam masyarakat dan membina kembali Islam atas runtuhan jahiliah itu. Jihad dalam Islam terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Jihad menentang hawa nafsu, Jihad menentang golongan kafi,. Jihad menentang golongan munafik danJihad terhadap orang-orang zalim dan fasiq. Wasilah da’wah adalah terlalu luas dan boleh dilakukan dengan apa cara sekalipun asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti syarahan, ceramah, dialoq, forum, seminar, simposium, melalui penulisan dan sebagainyayang difikir sesuai dengan suasana dan waqi’i setempat. Uslub Da’wah tiadak boleh sama sekali lari daripada apa yang digariskan oleh Al-Quran, iaitu Hikmat kebijaksanaan, Nasihat pengajaran yang baik dan Mujadalah (berbahas ) dengan cara yang terbaik. 


Islam adalah cara hidup yang mencukupi seluruh bidang kehidupan. Ajaran ajaran Islam adalah dalam bentuk kesepaduan yang sempurna. Ia mesti diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah-pecahkan, diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain. 

Segala cabang ajaran Islam dalam kesatuannya dapat diumpamakan sebagai tubuh badan manusia. Tidak dinamakan manusia jika kakinya kaki kambing, kepalanya kepala harimau. Jika mahu dinamakan manusia maka seluruhnya hendaklah anggota manusia. 

Disediakan oleh : Mohamad Azimin Bin Mohd Azizi

Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com