Saturday, September 25, 2010

Hubungan Kehidupan Dunia Dan Akhirat -

Godaan-Godaan Dalam Sakaratul Maut. 

Mati boleh ditakrifkan apabila nyawa terpisah daripada tubuh badan kita. Nyawa akan tetap hidup terus menerus sampai kiamat, sedangkan tubuh pula akan hancur menjadi air dan tanah. Nyawa kembali kepada Tuhan dan tubuh kembali kepada tanah. 

Sebelum Malaikat maut melaksanakan tugasnya dan sebelum nyawa terpisah dari tubuh, maka semua anggota tubuh badan akan mengucapkan selamat berpisah dan akan bertemu kembali di akhirat kelak. 

Aisyah RA. katanya:”Bahawa Rasulullah SAW. pernah memasukkan tangannya ke tempat air dari kulit yang sedang berisi air. Maka air itu diceduk dengan tangannya lalu dibasuhnya muka. Ketika itu baginda bersabda: Tiada Tuhan melainkan Allah. Bahawa maut itu ada sakaratnya (huru hara) . Setelah itu Nabi SAW. menyiram lengan atas dengan air seraya bersabda. Lenganku ini nanti mengucapkan selamat tinggal sebelum roh keluar. Aisyah RA. berkata tidak seorang juapun yang pernah aku lihat yang meninggal sepayah wafatnya Rasulullah. ” (Riwayat Bukhari) 

Anas bin Malik RA. berkata: Bersabda Nabi SAW. ”Bahawa hamba itu sungguh sakit sengsara maut. Dan bahawasanya segala ruas-ruas persendian saling mengucapkan salam antara satu sama lain katanya: Selamat berpisah aku dengan engkau sampai (berjumpa lagi) pada hari kiamat. ” (Riwayat Nasa’i) 

Kesimpulan daripada dua hadis tersebut ialah semasa sakaratulmaut itu datang, ruas-ruas persendian itu mengucapkan selamat berpisah antara satu sama lain sampai berjumpa lagi di hari kiamat kelak. Meskipun di dalam tubuh badan hancur serta tulang berselerakan namun di hari kiamat nanti semuanya akan berkumpul semula menjadi satu tubuh. 

Nabi SAW. pernah bersabda dari firman Allah yang berbunyi:”Demi kebesaran dan keagunganKu: Tidaklah Aku keluarkan hambaKu dari dunia ini, sehingga Aku hapuskan kesalahan amal perbuatannya, Aku sakitkan tubuhnya. Aku timpakan, musibah kepada keluarga dan anak-anaknya. Atau (sebaliknya) , iaitu: Aku sempitkan penghidupannya. Aku tutup pintu rezekinya, sehingga tinggal sebesar zarah, dan Aku susahkan matinya. Seperti dia berada di hari dilahirkan oleh ibunya. ” (Riwayat Muslim) 

Semasa dalam sakaratulmaut, ada orang yang susah untuk mati dan ada pula yang senang matinya. Selalunya yang senang matinya terdiri daripada para syuhada. Contohnya syahid muta’arikah iaitu mati perang sabil, berperang dalam mempertahankan agama Allah. Bagi mereka, mereka tidak terasa sakit mati kerana luka pedang itu hanya terasa bagai digigit semut sahaja. 

Bagi orang yang mati biasa, ada yang senang dan ada pula yang susah kerana pelbagai godaan dalam sakaratulmaut sehingga membuatkan roh itu susah untuk keluar dari jasadnya. Manakala bagi mereka yang derhaka kepada Tuhan iaitu orang-orang yang mengerjakan dosa besar akan menyebabkan roh mereka susah keluar dari badan. Contoh dosa besar ialah syirik, derhaka kepada ibu bapa dan menggugurkan anak dalam kandungan. 

Kepada orang beriman dan beramal soleh juga mengalami kesusahan di dalam sakaratulmaut. Rohnya merasa sulit meninggalkan tubuhnya, bukanlah satu hukuman baginya melainkan untuk meninggikan darjatnya di sisi Allah. 

Terdapat pelbagai godaan semasa sakaratulmaut seperti ternampak bayangan berupa tangga biru yang turun dari langit dan ada juga godaan yang merasa haus dan lapar. Pelbagai lagi godaan sehingga orang itu tidak ingat pada Tuhan. 

Syed Abdullah Al Fatani menulis dalam bukunya Karya gul Gummah hal 17 sebagai berikut: Ketika itu datang syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis, katanya: Hai anakku, aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan susah payah dan telah memeliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku kepadamu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan seorang lagi menyerupai seorang bapa yang telah meninggal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: Hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang, tidak kenal malam aku mencarikan nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah olehmu akan agama Nasrani, kerana itulah yang sebaik agama. (Dikutip dari Kasyaful Gumma halaman 17-18) 

Begitulah godaan syaitan ketika seseorang berhadapan dengan maut yang bertujuan supaya tidak lagi teringat kepada Allah. 

ROH KELUAR. 

Roh itu tidak keluar dengan sendiri melainkan dengan perintah Allah melalui Malaikat maut. Malaikat maut mencabut nyawa manusia itu bukanlah di atas kehendak hatinya. Dia hanya menjalankan perintah Tuhan. Tuhan yang menugaskan kepadanya untuk mengambil nyawanya sendiri. Ajal seseorang itu telah ditentukan menurut apa yang telah dijanjikan dengan Tuhan semasa di dalam rahim ibu. 

Janji yang telah diikrarkan dengan Tuhan itu tidak akan dapat diubah lagi. Kejadian manusia ini semasa masih dalam rahim ibu ialah bermula hanya setitis air lalu menjadi segumpal darah. Kemudian menjadi sebungkah daging. Setelah itu terbentuklah tubuh yang lengkap. Iaitu mempunyai badan, kepala, kaki dan tangan, rambut, mata dan telinga maka ketika itu ditiupkan roh hidup di dalam tubuhnya. 

Setelah itu berjanjilah dia dengan Tuhan lima perkara:
1. Rezeki
2. Musibah
3. Ajal
4. Di bumi mana dia dikuburkan
5. Nasib baik dan nasib buruk selama dia hidup di alam dunia

Ajal sudah berjanji dengan Tuhan semasa masih berada di dalam rahim ibu. Ajal tidak dapat diubah, sudah ditentukan menurut perjanjian yang telah diikrarkan dengan Tuhan. Seseorang itu mati kerana ajalnya sudah sampai. Malaikat maut itu akan melaksanakan tugasnya tepat pada waktunya mengikut perjanjian. Dia mencabut nyawa seseorang itu bukan dengan tangan seperti yang kita bayangkan, melainkan cukup dengan perkataan:”Keluarlah engkau, maka keluarlah dia. ”

Bagi orang yang soleh, ”Wahai jiwa yang tenang, keluarlah engkau dari tubuh yang baik, marilah engkau pindah ke tempat yang lebih baik, lebih aman dan sentosa yang telah disediakan oleh Tuhanmu. Marilah keluar, wahai jiwa yang tenang. ”

Bagi orang kafir atau orang yang berdosa, ”Hai roh jahat, keluarlah engkau dari tubuh jahat ini. ” (diambil daripada Kasyaful Gammah 21) 

Rupa Malaikat maut ketika mencabut nyawa seseorang itu tidak tetap dan berubah mengikut amalan seseorang itu ketika masih hidup. Maka keluarlah roh itu perlahan-lahan naik. Dari kaki naik ke betis, dari betis naik ke paha, terus ke perut dan sampai ke halkum dan tenggorok. Disinilah batas taubat. 

Ibnu Umar RA. katanya:”Bersabda Nabi SAW. bahawa Allah menerima taubat seseorang hamba itu sebelum rohnya sampai ke tenggorok. ” (Riwayat Tarmizi) Hadis Hasan. 

ALAM BARZAKH. 

Alam Barzakh adalah masa antara roh berpisah daripada tubuh sehingga hari kiamat. Kubur adalah pintu masuk untuk bertemu dengan Allah bagi mempertanggungjawabkan amal perbuatan selama hidup di dunia. Barzakh bermaksud meliputi seluruh perkuburan. Azab kubur pula ialah siksaan yang ditanggung di alam barzakh. 

Di dalam kuburlah tubuh berbaring dan tempatnya sempit dan dingin. Seluruh tubuh akan dimakan ulat, mata dan telinga akan dimakan cacing. Sementara bagi orang yang beriman dan beramal soleh, mereka merasakan lahat itu seperti tidur di atas tilam sutera, sedap dan nyaman, dan kubur itu terasa seperti berada di pangkuan ibu. Tidak lama selepas itu, datang pula dua orang Malaikat iaitu Malaikat Mungkar dan Nakir untuk memeriksa dan menyiksa. Ketika ini, tiada siapa yang dapat membantu melainkan amalan semasa hidup. Pada masa ini, mayat yang tersebut akan disiksa sehinggalah hari kiamat. 

Menurut hadis Nabi, tempat arwah di Barzakh ialah di Jannatul Barzakh iaitu tempat mereka menunggu tibanya hari kiamat. Setelah selesai bersoal jawab dengan Malaikat di kubur, maka roh Nabi-nabi, para syuhada, para muttakim dan solihin diangkat rohnya oleh Malaikat ke langit. Dari langit pertama terus ke langit ke dua, ke tiga dan seterusnya sehingga langit ke tujuh. Dari sini sampai ke Sidratul Muntaha. Kemudian terus dibawa ke bawah Arasynya Tuhan. Disinilah hidup mereka senang dan bahagia. 

Bagi orang beriman dan beramal soleh, Barzakh itu merupakan Taman Firdaus yang tidak ada bandingnya. Sebaliknya bagi orang kafir, barzakh seperti api neraka yang tidak terhingga. Di sana, mereka mengalami bermacam azab siksaan yang tidak dapat digambarkan betapa ngerinya. Roh orang kafir tidak duduk setempat kerana rohnya akan berkeliaran di antara langit dan bumi. 

Sementara arwah orang-orang yang berdosa itu selesai bersoal jawab dengan Malaikat, maka arwahnya dibawa ke langit. Sampai di langit pertama, Malaikat penjaga langit akan menutup pintu langit tersebut dan roh itu dipukul sehingga jatuh semula ke bumi. Arwah itu selalu berulang-alik ke kuburnya dank e rumah anak-anaknya. Kehidupan mereka di Barzakh menunggu hari kiamat. Dan setelah kiamat, mereka akan dibangkitkan kembali dengan tubuh atau jasadnya itu. 

KIAMAT

Kiamat adalah hancurnya dunia ini dan ditukarkan dengan alam yang baru. Semua makhluk yang hidup akan mati kecuali Allah. Malaikat, jin, iblis, manusia, haiwan dan seluruh alam ini akan lenyap. Alam ini kosong dan akan dicipta oleh Tuhan alam yang lain. Setelah itu barulah manusia dibangkitkan daripada kuburnya. 

Bumi ini sedang menuju ke arah kehancuran. Bermula dengan perubahan yang terjadi kepada manusia, lahir, membesar, tua dan mati. Begitulah kudrat alam, Kiamat pasti ada. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada hari kiamat bertentangan dengan kudrat alam. 

Nabi Muhammad SAW. hanya dapat menunjukkan tanda-tanda kiamat sahaja tapi bila waktunya Kiamat, itu adalah rahsia Allah. 

Di antara tanda-tanda Kiamat ialah:
Terjadi perang yang dahsyat antara dua pihak yang bertentangan dan mempunyai kekuasaan yang kuat.  
Muncul dajal
Al-Quran hilang di angkat ke langit
Banyak berlaku gempa bumi
Fitnah bermaharajalela
Banyak terjadi pembunuhan
Harta benda banyak bertimbunan
Orang akan mencintai mati daripada hidup
Terbit matahari dari tempat terbenamnya

PERISTIWA KIAMAT

Di dalam Al-Quran ada dinyatakan bahawa Kiamat itu hancur menjadi minyak, bumi akan rata, gunung-ganang akan hancur. Matahari digulung, langit pecah berterbangan seperti kapas diterbangkan angin. Laut panas mendidih kemudian kering dan bertimbun, dan bintang-bintang akan berjatuhan. Matahari, bintang, bulan dan bumi akan bertaburan, pecah, hancur, dan lenyap. Ketika ini, segala makhluk akan mati. 

Sangkakala akan ditiup dua kali. Tiupan yang pertama, terjadilah kiamat. Pada masa ini, semua makhluk akan mati kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah. Mereka ialah para nabi, arwah para syuhada, Malaikat Syurga, Hurul Aini (bidadari di syurga) , Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan akhir sekali ialah Malaikat Maut. Pada tiupan yang kedua, mereka akan dibangkitkan kembali. 

Terdapat hadis lain yang menyatakan bahawa Malaikat Israfil meniup sangkakala itu tiga kali iaitu:
i. Tiupan fazi’ ertinya baru terkejut makhlukdi langit dan di bumi. 
ii. Tiupan sa’iqah maksudnya mati segala makhluk. 
iii. Tiupan kiamu lirabbil alamin iaitu dibangkitkan kembali dari kuburnya untuk mempertanggungjawabkan amal perbuatan kepada Tuhan. 
Jarak tiap-tiap tiupan itu adalah 40 tahun. Jadi, terjadinya kiamat selama 120 tahun. Malaikat Israfil meniup sangkakala itu berdiri di antara langit dan bumi, dan bunyinya bergemuruh dan terdengar ke seluruh alam. 

AKHIRAT. 

Makhluk yang mula-mula dihidupkan kembali ialah Malaikat Israfil supaya meniup sangkakala. Setelah itu, hiduplah sekelian makhluk ini. Manusia dibangkitkan dengan tubuh yang sekarang, walaupun telah hancur berkecai. Sebahagian tubuh itu di dalam tanah, dan sebahagian lagi di dasar laut, di dalam perut ikan, di dalam perut binatang buas, menjadi abu dan sebagainya. Namun begitu, semuanya akan bersatu, berkumpul menjadi tubuh pada hari kiamat. 

Alam ini kemudian dibangkitkan tanpa air, laut, tumbuh-tumbuhan. Yang ada hanyalah padang pasir yang panas membara dan batu. Di tengah-tengah bumi seperti itulah makhluk dibangkitkan dan berkumpul menunggu keputusan pengadilan Tuhan. Malaikat dibangkitkan untuk mengatur umat manusia. Jin, iblis dan syaitan dibangkitkan untuk menerima hukuman dari Tuhan. 

Binatang dibangkitkan untuk menjadi saksi bagi manusia. Adakalanya mereka teraniaya, ketika itulah mereka menuntut pembalasannya. Tuhan akan memperlihatkan keadilannya. Siapa yang bersalah akan dihukum kerana Tuhan itu Maha Adil. Manusia pula dibangkitkan untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan selama mereka hidup di alam dunia. 

Ketika sangkakala berbunyi yang ketiga kalinya maka bangkitlah manusiadari kuburnya. Orang yang pertama bangkit ialah Nabi Muhammad SAW. Setelah itu diikuti oleh isteri, putera dan puteri baginda. Selepas itu diikuti oleh Abu Bakar, Umar bin Khattab dan orang-orang yang berkubur di Baqi-ul-Arkad di Madinah. Kemudian mereka dipindahkan ke Maukuf iaitu masjid ‘Baitul Mukaddis’ yang sekarang dan disinilah baginda menunggu kedatangan umat yang menemui Nabi SAW. meminta syafaatnya. 

Manusia dibangkitkan seperti Nabi Adam iaitu tingginya 60 hasta. Semua orang seperti berumur 33tahun. Ketika itu, bentuk tubuh manusia berbagai-bagai bentuk bergantung kepada amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia. 

Pada hari itu, umat manusia akan dibahagikan kepada tiga golongan:
1) Mereka yang kaya
Orang yang banyak amal solehnya. Amalan inilah yang dibangkitkan menjadi harta benda.

2) Mereka yang miskin
Orang-orang kafir yang mana amalan mereka di dunia tidak diterima Allah di akhirat. 

3) Orang yang muflis
Orang yang kaya pada mulanya, tetapi harta itu habis setelah hutang mereka dijelaskan. Mereka beribadat dan beramal soleh sambil melakukan pelbagai maksiat, berjudi, memakan riba dan minum arak. 

Kemudian, mereka dikumpulkan di suatu tempat yang lapang dan luas yang dipanggil ‘Padang Mahsyar’ iaitu tempat berkumpul segala makhluk ciptaan Allah. Malaikat berkeliaran di semua sudut dan penjuru sibuk menjalankan tugas yang diperintahkan Tuhan kepadanya. 

Antara syafaat pertolongan Nabi SAW. di akhirat ialah:
1) Di waktu melenyapkan panas matahari. Panas yang membakar dan membuat penderitaan yang tak terhingga. 
2) Terdapat di Mizan iaitu ketika ditimbangkan antara dosa dan pahala. Kalau dosanya lebih berat maka daun neraca itu ditambah Nabi SAW. sehingga beratnya kembali seimbang. 
3) Syafaat Nabi SAW. terdapat di waktu meniti Titian Sirotul Mustakim. Barangsiapa umatnya yang terjatuh ke dalam Neraka itu maka disyafaatkan oleh Nabi SAW. 

Setelah minum dan mandi di Haudh tersebut, mereka akan kembali ke tempat berkumpul dan menuggu keputusan kehidupan di akhirat selanjutnya. Haudh adalah telaga di akhirat yang dipanggil Al-Kausar. Ketika itu Tuhan menampakkan diriNya. Jelas dapat dilihat oleh semua manusia. Di sinilah manusia dapat melihat Tuhan yang sebenarnya. 

Disediakan oleh : Nur Farah Nadia Bt Kasbin

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Memahami Pengertian Perkahwinan -

Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal. 

Sejarah perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam AS. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah SWT kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud; “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya. ”

Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalah Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain, bahawa mereka berkata yang bermaksud;
“Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu. ”
Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan. 

Pengertian perkahwinan

Perkahwinan dalam bahasa arab ialah nikah yang bermaksud dihimpun atau cantum. Pada istilah syara’ pula, perkahwinan bermaksud akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat tertentu. Terdapat firman Allah ta’ala yang bermaksud;

“dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang (lelaki dan perempuan) diantara kamu, dan orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka dengan kurniaanNya, kerana Allah maha luas (rahmat dan limpah kurniaNya) , lagi maha mengetahui. ”

Hukum perkahwinan

Hukum perkahwinan terbahagi kepada 5 bahagian, yakni :

• Sunat bagi seseorang yang mempunyai keinginan untuk berkanwin tetapi masih bole dapat mengawal diri daripada zina serta berkemampuan zahir dan batin. 

• Wajib bagi seseorang yang mampu untuk berkahwin dan yakin tidak dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan zina jika tidak berkahwin. Dia juga tidak mampu menghalang perbuatan keji itu dengan cara berpuasa. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek. 

• Haram bagi seseorang yang yakin tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isterinya bahkan menzalimi dan memudaratkannya. 

• Makruh bagi seseorang yang bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik atau tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin sama ada sebab lemah syahwat, berpenyakit atau terlalu tua. 

• Harus bagi seseorang yang seimbang perasaannya. Jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan jika berkahwin tidak akan menzalimi isterinya. 


Tujuan dan hikmah perkahwinan

Setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini ada hikmah atau tujuannya yang tersendiri. Begitu juga dengan ikatan perkahwinan ini. Terdapat beberapa hikmah perkahwinan, antaranya adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang dijadikan Allah mempunyai nafsu antara lelaki dan perempuan. Selain itu, perkahwinan juga perlu untuk tujuan memperluaskan lagi hubungan kekeluargaan diantara keluarga lelaki dan perempuan. Apabila kita mengikat pertalian yang sah dengan seseorang, itu bermaksud kita juga sudah jadi sebahagian daripada keluarga tersebut. Dengan perkahwinan, kita juga dapat mengembangkan lagi masyarakat dengan zuriat dan keturunan yang soleh. Itu bermakna semakin bertambahlah khalifah-khalifah Allah di muka bumi ini. Dengan perkahwinan juga, kita dapat melahirkan zuriat yang baik. Oleh itu, dapatlah kita mewujudkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa manusia. Penyelesaian bagi mereka yang berkemampuan dan yakin tidak dapat menahan diri dari melakukan maksiat ialah berkahwin. Kerana dengan itu dapat menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang haram seperti zina. Kita juga dapat menjaga maruah dan peradaban manusia dengan seimbang dan sejahtera. Selain itu, kita juga dapat menjaga akhlak daripada keruntuhan dan kemusnahan. Ini bermakna, tiada berlaku perselisihan faham atau permusuhan dari mana-mana pihak. 

Rukun2 dan syarat2 sah perkahwinan
Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya. Rukun nikah mengandungi 5 perkara yakni:
Suami. Antara syarat sah calon suami ialah;

• Islam
• Calon suami mesti nyata seorang laki-laki. 
• Suami mesti orang yang halal nikah dengan perempuan yang akan dinikahinya (bukan muhrim) . 
• Suami hendaklah orang yang tertentu (tidak mempunyai isteri lebih tiga orang ketika menerima Kabul) . 
• Suami bukan di dalam ihram, sama ada ihram haji atau ihram umrah. 

Isteri. Antara syarat sah calon isteri ialah;

• Islam
• Calon isteri nyata seorang wanita. 
• Isteri bukanlah orang yang diharamkan kahwin sama ada sementara atau selamanya
• Isteri hendaklah orang yang tertentu (yang halal dinikahi) . 
• Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram, sama ada ihram haji atau umrah. 

Wali. Antara syarat sah wali ialah;
• Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan. 
• Lelaki. Jamhur ulama’ berpendapat tidak sah perempuan menjadi wali. 
• Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi wali. 
• Berakal sihat. Orang gila tidak sah menjadi wali. 
• Atas kemahuan sendiri. 
• Adil. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah. 
• Wali bukan dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji atau umrah. 
• Selamat dari penyakit yang merosakkan penglihatan. 
Selain ada wali, nikah juga memerlukan dua orang saksi. Wali menikahkan (mengijabkan) dan saksi menyaksikan pernikahan itu. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud;
“Tidak sah nikah kecuali ada dua orang saksi yang adil, nikah yang tidak demikian (tidak ada wali dan dua orang saksi) adalah batal”. 

2 Orang saksi. Antara syarat sah saksi ialah;
• Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi dalam perkahwinan. 
• Lelaki. Tidak sah perempuan menjadi saksi. 
• Adil. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah. 
• Berakal sihat. Orang gila tidak sah menjadi saksi. 
• Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi. 
• Dapat melihat. Tidak sah orang buta menjadi saksi. 
• Dapat mendengar. Tidak sah orang pekak menjadi saksi. 
Sighah (Ijab Dan Kabul) 

Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinakahkan kepada pengantin laki-laki. Contoh lafaz (sighah) ijab:”Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama si pulan binti si pulan dengan maskahwin sebanyak dotdotdot ringgit tunai". 
Kabul pula ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin laki-laki selepas wali mengucapkan ijab. Contoh kabul:”Ku terima nikahnya dengan maskahwin dotdotdot ringgit tunai". Kalau maskahwin tidak berupa wang, sebutkan jenis atau nama barangnya. 

Antara syarat sah Ijab Kabul ialah;

• Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau tazwij
• Ijab dan Kabul hendaklah menggunakan lafaz yang sorih
• Tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama. 
• Sighah berlaku pada masa itu juga dan tidak terikat dengan syarat tertentu. 
• Sighah tidak terikat dengan masa tertentu. 

Pengertian wali

Maksud wali dari segi bahasa ialah kasih saying dan pertolongan. Dari segi istilah syara’ pula ialah seseorang yang mempunyai kuasa melakukan akad perkahwinan terhadap orang yang dibawah jagaannya, tanpa bergantung kepada keizinan. 

Bahagian wali terbahagi kepada ² iaitu wali mujbir, wali akrab, wali aba’d dan wali hakim. Wali mujbir ialah orang yang mengahwini perempuan yang masih gadis tanpa perlu meminta keizinannya dengan syarat tiada tiada permusuhan anta calon suami dan isteri, kedua-dua pasangan sekufu, calon suami mampu menbayar mahar secepat mungkin. Wali mujbir terdiri dari bapa dan datuk. Wali akrab ialah wali yang berhampiran dengan perempuan atau isteri seperti datuk sebelah bapa, bapa dan saudara lelaki. Wali ab’ad pula disebut sebagai wali yang jauh iaitu wali selain daripada bapa, datuk sebelah bapa dan saudara lelaki dalam susunan wali. Yang terakhir, wali hakim yakni sultan atau orang yang telah dilantik oleh sultan seperti qadi. 

Susunan wali adalah seperti berikut:

1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa keatas
3. Saudara lelaki seibu sebapa (adik-beradik) 
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga kebawah
6. Anak saudara lelaki sebapa hingga kebawah
7. Bapa saudara seibu sebapa hingga keatas
8. Anak lelaki bapa saudara (sepupu) seibu sebapa sehingga ke bawah
9. Anak lelaki bapa saudara (sepupu) sebapa hingga kebawah. 
10. Tuan kepada hamba yang telah dimerdekakan. 
11. Hakim atau sultan termasuk orang yang telah dilantik oleh sultan seperti qadi. 

Konsep melihat dan meminang

Islam mengharuskan seseorang lelaki untuk melihat perempuan yang bakal dipinangnya. Ia bertujuan supaya bakal suami berpuas hati dengan pilihan yang dibuatnya. Apabila pihak lelaki telah bersetuju untuk menjadikan perempuan itu sebagai isterinya, maka diadakan pula upacara peminangan. 

Meminang ialah menzahirkan keinginan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan memberitahu hasratnya itu kepada perempuan tersebut atau walinya sama ada secara langsung atau perantaraan orang lain. Jika lamaran tersebut diterima oleh pihak perempuan, maka terjalinlah ikatan pertunangan antara lelaki dan perempuan tersebut. Namun begitu, haruslah di ingat bahawa batasan pergaulan masih perlu dijaga dan masih dilarang berdua-duaan sehinggalah akad nikah selesai. 
Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja. Hadith Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik dan meminang;
Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan:”Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah) . Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan. ”

Ciri-ciri bakal suami dan isteri

Memilih pasangan yang mempunyai cirri-ciri yang baik akan melhirkan keluarga yang bahagia. Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Antara cirri-ciri yang perlu diberi perhatian ialah, seseorang (lelaki dan perempuan) itu mestilah berpegang teguh kepada agama islam dan berakhlak mulia. Ini bermaksud, melakukan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya dan bersama menunaikan tanngungjawab suami isteri dengan sempurna. Calon juga haruslah di pilih dari keturunan yang baik agar terjamin masa hadapan. Kalau boleh bukan dari kaum kerabat yang terdekat kerana jika ada perselisihan faham boleh menyebabkan kerenggangan keluarga. Penting juga untuk mencari pasangan hidup yang sekufu iaitu persamaan antara suami dan isteri dalam beberapa perkara tertentu, kerana kadang-kala kekurangan boleh merosakkan keharmonian rumahtangga. Selain itu, sebaik-baik seseorang yang belum berkahwin. 

Rasulullah ada menggariskan beberapa panduan dalam memilih pasangan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud;

“wanita dinikahi kerana 4 perkara yakni, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya berbahagialah kamu”

Hadith tersebut bukanlah dikhususkan kepada kaum lelaki sahaja. Bahkan kaum wanita juga berhak memilih suami berdasarkan ciri-ciri tersebut. 

Golongan wanita yang haram dikahwini

Islam telah menetapkan beberapa golongan wanita yang haram dikahwini sama ada untuk selamanya atau sementara. Terdapat golongan wanita yang haram kahwini buat selama-lamanya. Mereka juga disebut sebagai mahram. Pengharaman tersebut berlaku dengan sebab-sebab tertentu seperti, haram berkahwin dengan sebab keturunan (kahwin dengan ibu, nenek, cucu) , haram berkahwin dengan sebab persemandaan (kahwin dengan isteri kepada bapa, ibu tiri) , haram dengan sebab susuan. Maksud susuan ialah, menyusu sampai 5 kali susuan secara berasingan dai setiap kali menyusu mestilah sampai kenyang. Perempuan yang diharamkan berkahwin secara sementara pula ialah perempuan yang diharamkan berkahwin dengan lelaki atas sebab tertentu. Apabila terhapus sebab-sebab tersebut, maka halal lah bagi mereka untuk berkahwin. Haram untuk mengahwini dengan perempuan yang musyrik, kecuali setelah dia memeluk agama islam. Haram berkahwin dengan perempuan yang masih bersuami kecuali jika dia sudah becerai dan tamat tempoh edahnya. Haram bagi lelaki untuk berkahwin melebihi daripada ² orang wanita pada satu masa, kecuali setelah dia menceraikan salah satu daripadanya, dan tamat edahnya. Haram mengumpulkan perempuan kedua-dua wanita yang bersaudara pada satu masa sama persaudaraan tersebut kerana nasab atau susuan. Yang terakhir, haram menikahi perempuah yag ditalak 3 seingga dia berkahwin lain, telah melakukan persetubuhan dan bercerai dengan suami kedua serta tamat edahya. 

Hikmah larangan berkahwin selamanya atau sementara. 

Antara hikmah yang boleh kita perolehi daripada larangan berkahwin dengan perempuan yang haram dikahwini sama ada untuk selamanya atau sementara ialah, kita dapat memelihara kesucian nasab dan keturunan seseorang. Hubungan silaturrahim antara keluarga juga perlu dijaga. Agar kita dapat mengelakkan permusuhan dan dendam antara kaumkerabat. Selain itu, kita juga dapat memelihara maruah dan akhlak manusia, serta mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan dosa. 

Mahar

Mahar ialah pemberian suami kepada isteri disebabkan akad nikah. Hukumnya adalah wajib setelah akad nikah sempurna berlangsung. Pemberian mahar tiada hadnyaasalkan dinamakan harta. Sama ada banyak atau sedikit, tunai ataupun hutang, mahupun dalam bentuk manfaat seperti al-quran, rumah dan sebagainya adalah diharuskan. Mahar adalah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan suami kepada isteri. Ia juga menujukkan seseorang suami bermulanya kesanggupan suami menerima tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga. 

Firman Allah subhanu wataala yang bermaksud;

“berikanlah kepada perempuan2 itu maskahwin sebagai pemberian yang wajib. Jika mereka sesuka hatinya memeberikn sebahagian kepada kamu, maka makanlah (gunakanlah) , pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”

Mahar terbahagi kepada dua, mahar misil dan mahar musamma. Mahar mithil ialah kadar yang ditentukan mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri yang telah berkahwin. Mahar musamma pula ialah, mahar yang disebut dalam akad yang ditentukan kdarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 

Hikmah diberikan mahar kepada isteri ialah, untuk menzahirkan keikhlasan penerimaan suami terhadap isteri. Pemberian mahar juga memulia, mengiktiraf, dan meninggikan taraf perempuan. Ia juga menunjukkan bukti suami dapat mengurus dan menyidiakan keperluan rumahtangga dengan baik. Selain itu, pemberian mahar juga sebagai tanda bermulanya tanggungjawab suami terhadap isteri. 

Walimatul urus

Makna walimatul urus pada bahasa ialah berkumpul. Pada istilah syara’ pula, jamuan atau kenduri yang diadakan sempena perkahwinan bertujuan untuk menghebahkan berita gembira tentang perkahwinan tersebut kepada orang ramai. Hukum mengadakan walimah adalah sunat. Ia hendaklah diadakan dengan niat yang ikhlas untuk mengisytiharkan perkahwinan sebagai tanda bersyukur kepada Allah dan dengan niat untuk bersedekah. Manakala menerima jemputannya adalah wajib jika tiada sebarang keuzuran dan keadaan majlis berjalan mengikut kehendak syara’. Para jemputan hendaklah terdiri daripa semua lapisan masyarakat. Ia tidak seharusnya dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja dan layanan yang diberi mestilah sama rata. Walaubagaimanapun, islam tidak menggalakkan umatnya mengadakan secara besar-besaran sehingga terpaksa berhutang dan berlakunya pembaziran. Cukuplah dengan cara bersederhana sahaja. Perkara-perkara maksiat juga harus dijauhi dalam majlis tersebut seperti percampuran tempat duduk, majlis tari-menari dan juga hiburan yang melalaikan. 

Tanggungjawab suami isteri

Perkahwinan merupakan ikatan perjanjian antara lelaki dan perempuan untuk sehidup semati. Oleh itu, ada beberapa peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul bersama untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Suami merupakan ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab yang sangat-sangat besar. Seorang suami mesti memberi layanan yang baik seperti percakapan yang sopan-santun, berterima-kasih, pandai mengambil hati agar kekal keharmonian dalam keluarga. Suami berkewajipan untuk memberi didikan agama yang secukupnya kepada isteri dan anak-anak agar mereka dapat menunaikan kewajipan terhadap Allah dan dapat menyelamatkan mereka dari seksaan Allah. Bagi mereka yang kahwin banyak, si suami di tuntut berlaku adil terhadap kesemua isteri beliau sama ada dari segi tempat tinggal, harta mahupun nafkah. Selain itu, suami juga mestilah menyediakan nafkah zahir dan batin yang mencukupi kepada isteri dan anak-anak mengikut kesesuaian dan kemampuan. Rumah merupakan tempat berlindung kepada semua orang. Oleh itu, wajib bagi seseorang suami untuk menyediakan tempat tinggal kepada keluarganya. 

Selain daripada tanggungjawab suami, isteri juga mempunyai beberapa tanggungjawab tertentu untuk melahirkan keluarga bahagia. Isteri wajib taat kepada suaminya dalam semua hal selagi tidak bertentangan dengan hukum syara’. Isteri hendaklah pandai menjaga maruah diri seperti menutup aurat, jaga batasan dengan lelaki lain, tidak menceritakan keburukan suami kepada orang lain dan menjaga keharmonian keluarga. Seseorang isteri yang solehah akan meminta izin suami terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari rumah, untuk bekerja, bahkan dalam ibadah seperti berpuasa. Isteri juga perlu menjaga harta suaminya. Isteri boleh membelanjakan harta suami dengan pengetahuan dan keizinan suami. Selain itu, isteri juga hendaklah mendahului keperluan dan hak suami daripada hak isteri dan kaum kerabat. Sifat berterima-kasih hendaklah sentiasa dizahirkan sama ada dari percakapan atau perbuatan. Sentiasa redha dengan pemberian suami dan tidak bermegah dengan kelebihan diri dan mengeji kekurangan suami. 

Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab bersama yang harus ditunaikan bersama seperti memelihara dan mendidik anak. Bukan tanggungjawab salah seorang sahaja kerana anak merupakan anugerah Allah kepada mereka. Ibubapa wajib mendidik anak mereka dengan ilmu fardhu ain dan juga fardhu kifayah agar mereka menjadi anak yang baik dan soleh. Selain itu, suami isteri juga harus berusaha untuk mengekalkan kasih sayang dalam rumahtannga. Sentiasa berbincang, saling meminta dan menerima pandangan serta saling memaafkan kesalahan. Yang paling penting ialah perlu sentiasa bertolak ansur dan saling mempercayai. Terdapat keadaan dimana suami tidak mampu mencari nafkah kerana sebab-sebab tertentu seperti sakit. 0leh itu, isteri bolehlah membantu. 

Selain daripada tanggungjawab bersama, terdapat juga hak bersama antara suami dan isteri. Hak pergaulan yang halal. Berkongsi hak pergaulan suami isteri dengan cara yang baik dan diredhai Allah. Seseorang suami atau isteri juga berhak mendapat hak sabitan nasab terhadap anak-anak yang dilahirkan hasil dari perkahwinan yang sah. Seseorang suami atau isteri mempunyai hak untuk mewarisi harta pusaka apabila salah seorang meninggal dunia. 

Pengertian nafkah

Nafkah merupakan salah satu kewajipan suami kepada isteri dan anak-anaknya. Pada dasarnya, ia berupa keperluan asas seperti, tempat tinggal, pakaian, makan minum terhadap orang dibawah tanggungannya. 

Pengertian nafkah dari segi bahasa ialah, mengeluarkan sesuatu untuk kebaikan. Dari segi istilah syara’ pula, memberi perbelanjaan kepada orang-orang dibawah tanggungannya dengan secukupnya. Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isteri. Firman Allah yang bermaksud;

“wajib keatas lelaki (suami) memberi makanan dan pakaian kepada ibu itu dengan cara yang sempurna”

Islam tidak menetapkan had pemberian nafkah. Ianya mestilah mencukupi adapt kebiasaan dan mengikut kemampuan suami. Mengikut jamhur ulama’ nafkah yang tidak dibayar oleh suami dikira sebagai hutang kerana sudah menjadi tanggungjawab suami membayarnya kepada isteri. 3 jenis nafkah yang ada disebut dalam ayat Al-Quran ialah, tempat tinggal yang sesuai, memberi nafkah jika si isteri mengandung sehingga melahirkan anak dan perbelanjaan menyusu bagi mereka yang menyusukan anak. 

Setiap isteri wajib mendapat nafkah sama ada dari segi zahir dan batin dari suaminya. Walaubagaimanapun, ada beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang isteri itu terhalang dari terus mendapat nafkah tersebut. Antaranya ialah jika berlaku kematian. Apabila seorang suami atau isteri meninggal dunia, maka gugurlah pemberian nafkah. Isteri yang nusyuz (curang) juga menyebabkan hilang kelayakan untuk mendapat nafkah kecuali setelah dia memohon maaf dan bertaubat. Jika seorang isteri murtad, maka terputuslah haknya untuk mendapat nafkah. 

Pengertian mut’ah

Mut’ah dari segi bahasa membawa makna sesuatu yang menggembirakan. Dari segi istilah syara’ pula ialah, harta yang wajib di bayar oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan atas kehendak suami dengan syarat tertentu. Kadar mut’ah pada dasarnya tidak ditetapkan. Ia bergantung kepada kemampuan suami dan pemberian tersebut hendaklah mengikut kadar yang berpatutan dan munasabah. 

Kepentingan pemberian mut’ah kepada isteri yang telah diceraikan ialah, dapat memberi ketenangan dan kedamaian hati kepada bekas isteri. Ia juga dapat mengurangkan tekanan perasaan bekas isteri akibat perceraian. Kadang-kala dengan pemberian mut’ah, dapat mendorong suami merujuk kembali kepada bekas isteri jika bukan talak bain serta mengilak permusuhan. Ia juga dapat menunjukkan tanda penghargaan jasa baktinya semasa kenjadi isteri dan sebagai modal untuk memulakan keidupan baru setelah hilang tempat bergantung. 

Pengertian hadonah

Hadonah merupakan hak seorang anak. Mereka perlukan seseorang yang memelihara, memberi kasih-sayang dan menguruskan keperluan harian mereka. Ibubapa harus diberi keutamaan kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak. 

Pengertian hadonah dari segi bahasa ialah himpunan. Dari segi istilah syara’ pula, menjaga kanak-kanak yang belum mumayiz, agi sesiapa yang berhak menjaganya dengan mendidik, mengasuh dan mengurus dirinya sehingga mumayiz. Hak penjagaan anak (hadonah) selalunya di beratkan kepada kamu kerabat sebelah ibu dan kamu wanita, berbanding dengan perlantikan wali. 

Syarat-syarat hadonah

• Islam. Kanak-kanak muslim tidak boleh dijaga oleh orang kafir
• Berakal. Orang gila tidak layak. 
• Baligh. Kanak-kanak yang belum baligh tidak layak, kerana mereka tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. 
• Berakhlak mulia dan amanah. 
• Tinggal di kawasan kanak-kanak tersebu, dan kanak-kanak tersebut tidak menghadapi apa-apa akibat buruk jasmani dan rohani. 
• Tidak berkahwin dengan lelaki yang ajnabi. Jika berkahwin maka gugurlah hak hadonah. 

Diantara sebab-sebab hilang kelayakan hadonah ialah, seorang ubi berpindah ke tempat lain dengan tujuan untuk menghalang ayah kanak-kanak tersebut dari dating menziarahinya. Berkelakuan buruk hingga anak itu tidak merasa selamat tinggal dengannya. Berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak tersebut. Berpenyakit seperti sopak, gila dan lain-lain yang boleh membahayakan kanak-kanak tersebut. Murtad juga boleh menyebabkan hilang kelayakan hadonah dan cuai atau menzalimi kanak-kanak tersebut. 


Pembubaran perkahwinan

Islam mensyariatkan perkahwinan sebagai pelengkap hidup manusia. Namun begitu, ada setengah keadaan rumahtangga yang dibina menghadapi masalah. Oleh itu, islam mensyariatkan pembubaran perkahwinan seperti talak, fasakh, dan hulu’ sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Talak merupakan jalan terakhir bagi rumahtangga yang tidak dapat diselesaikan melainkan dengan cara perpisahan. Haram jatuh talak kepada isteri yang sedang haid, nifas atau pada waktu suci yang telah disetebuhi. Makruh jika suami mentalakkan isteri tanpa keperluan, dimana dia masih mahu mengekalkan perkahwinan dan perkahwinan tersebut tidak menghalang dia dari melakukan kewajipan. Namun begitu, wajib apabila seseorang itu yakin dengan kekal bersama isterinya akan membawa kepada maksiat atau membawa kepada perkara haram seperti tidak mampu memberi nafkah. Walau bagaimanapun, harus jatuh talak apabila isteri tidak menjaga percakapan dan tidak menunaikan hak-hak Allah. Yang terakhir, sunat apabila bercerai mengikut sebab-sebab yang dibenarkan syara’ seperti tiada persefahaman lagi setelah berusaha dengan pelbagai cara. Talak terbahagi kepada 2 yakni talak yang bole diruju’ dan yang tidak boleh di ruju’. Hikmah disyariatkan talak ialah, dapat mengilak permusuhan dari berterusan, menghilangkan tekanan perasaan diantara suami dan isteri, dan juga sebagai jalan penyelesaian yang terakhir bagi masalah dan kekusutan rumahtangga. 

Walaubagaimanapun, islam mensyariatkan ruju’ untuk memberi peluang kepada pasangan suami isteri berbaik semula dengan meneruskan ikatan perkahwinan. Ruju’ sah hanya jika berlaku dalam tempoh edah. Kifayah ruju’ adalah seperti berikut; seseorang suami yang hendak ruju’ mestilah melafazkan kata-kata ruju’ kepada isterinya atau mana-mana lafaz sama ada sorih atau kinayah. Contohnya, ”aku ruju’ semula kepada engkau”atau”aku ingin berbaik-baik semula”. Disunatkan 2 orang saksi untuk kemuslahatan. Ruju’ dapat mengilak perasan dendam atau permusuhan. Ruju’ juga untuk membetulkan kesilapan lalu dan menanam sifat kasih-sayang dan pemaaf. Peluang diberi untuk meruju’ kerana islam tidak suka kepada perpisahan yang berterusan antara suami isteri. Ini kerana kesannya bukan terhadap suami isteri sahaja, malah kepada anak-anak yang perlukan ibubapa mereka juga. 

Islam mewajibkan keatas seorang isteri yang diceraikan supaya beredah dalam tempoh yang tertentu mengikut keadaan ketika bercerai. Edah bagi perempuan yang haid ialah selama 3 kali suci. Bagi perempuan yang tiada haid atau putus haid adalah selama 3 bulan. Edah bagi isteri yang mengandung pula tempohnya sehingga melahirkan anak. Manakala, edah bagi isteri kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Pensyariatan edah membuktikan islam menitik beratkan soal keturunan agar tidak berlaku percampuran benih bekas suami dengan lelaki yang bakal dikahwini. Ia juga memberi peluang seluas-luasnya kepada pasangan suami isteri untuk meruju’ kembali. Isteri berhak mendapat haknya ketika didalam edah yang perlu ditunaikan oleh suami. Antara hak tersebut adalah, isteri yang ditalak (raj’i) berhak mendapat nafkah, tempat tinggal dan pakaian. Suami tidak boleh menyakiti isteri dengan tujuan untuk mengeluarkannya dari tempat kediaman. Jika isteri tersebut mengandung, dia berhak mendapat nafkah, tempat tinggal, makanan dan pakaian sehingga melahirkan anak. Jika dia sedng menyusukan anak, dia berhak mendapat upah daripada penyusuan tersebut. Isteri itu juga berhak mendapat hak mewarisi jika suaminya meninggal dunia sebelum tamat tempoh edah. 

Fasakh merupakan salah satu bentuk pembatalan perkahwinan yang boleh dituntut oleh suami atau isteri. Perceraian melalui kaedah fasakh tidak boleh di ruju’ kembali kecuali dengan cara akad yang baru. Antara sebab yang membolehkan fasakh, jika berlaku murtad antara salah seorang daripada suami isteri tersebut. Jika suami tidak mampu atau cuai dalam memberi mahar atau nafkah. Fasakh memberi kesan khususnya kepada 3 perkara, terputus ikatan perkahwinan, tidak boleh diruju’ kecuali dengan cara akad yang baru. Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, maka hak isteri untuk mendapat mahar terbatal. Isteri juga tidak berhak mendapat mut’ah jika dia yang memohon dan isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa dalam edah fasakh, sama ada hamil atau tidak kecuali tempat tinggal. Fasakh menunjukkan keadilan dimana suami ada hak talak, isteri mempunyai hak fasakh. 

Seseorang isteri mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan melalui hulu’ atau tebus talak. Contoh lafaz hulu’, ”aku talak kamu dengan bayaran sekian-sekian…”. Hulu’ juga tidak boleh diruju’ kembali, kecuali dengan akad yang baru. Isteri dikenakan bayaran ganti rugi kepada suami. Selain itu isteri hilang kelayakan untuk mendapat hak mut’ah. Ketika beredah, isteri tidak berhak mendapat nafkah kecuali jika hamil. Isteri berhak mendapat tempat tinggal ketika edah. Hikmah disyariatkan hulu’ ialah, jalan kepada wanita untuk membibaskan diri lelaki yang tidak disukai atau zalim terhadapnya dan juga untuk memberi keadilan kepada suami isteri. Isteri mendapat hak tuntutannya manakala suami mendapat bayaran ganti rugi. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Kesalahan – kesalahan dalam mendidik anak-anak -

1. TAKUT KEPADA MANUSIA

Pada zaman sekarang, kalau kita perhatikan, ramai orang mendidik anak-anaknya dengan tanpa disedari, telah menjauhkan mereka daripada berasa takut kepada Allah SWT, sebaliknya merasa lebih takut kepada manusia. 

Selain itu, mereka telah terbiasa beribadah apabila ada orang yang melihat, dan sebaik sahaja tiada yang melihat atau memantau, hilang terus amalan muamalah itu. 

Firman Allah yang bermaksud :  “sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk melakukan solat mereka melakukannya dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solatnya) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali hanya sedikit sekali. ”  (An-Nisa’:142) 

Ayat ini memberikan gambaran akan perilaku lahir dan keadaan batin mereka yang rosak. 

2. MEMENTINGKAN URUSAN DUNIA

Sejak kecil, seorang anak telah ditekan agar menyibukkan diri dengan urusan dunia, mencari kekayaan, jawatan yang tinggi dan sewaktu dengannya. 
Sebagai contoh, kita lihat bagaimana seorang ayah menyekolahkan anak-anaknya. Kita boleh lihat betapa dia serius mengerahkan segala yang dia ada untuk kelengkapan anak-anaknya, sehingga anak itu begitu khusyuk dengan urusan dunianya, tetapi melalaikan urusannya dengan Allah. Pernahkan si bapa itu terfikir tentang apa yang ada dalam hati anaknya itu, pernahkan terlintas di hati anaknya, semangat untuk mengagungkan Allah?
Contoh lain, sebahagian orang tua dengan penuh kesungguhan menyekolahkan anak-anaknya di sekolah formal, tetapi langsung tidak terfikir untuk menghantar mereka ke tempat-tempat menghafal Al-Quran seperti yang diadakan di masjid-masjid. Semua ini berlaku kerana lemahnya imam ibu bapa zaman skarang, dan hanya memandangkan ijazah daripada memandang nilai pahala yang diberikan Allah. Semua ini mereka lakukan akibat daripada kelemahan iman, mereka merasa lebih yakin dengan kehebatan ijazah, daripada memandang pahala yang dianggap tidak penting. 

Pendidikan semacam ini, telah menjadikan anak keliru dan merasa terumbang ambing dalam mencari hala tuju sebenar mereka dalam dunia fana ini... 

3. MENDIDIK ANAK PEREMPUAN MEMENTINGKAN PENAMPILAN

Orang dulu-dulu ada berkata, bagaiamana ibunya mendidik anaknya, begitulah anaknya akanmendidik zuriatnya. Jika baik didikannya, baiklah hasilnya. Biasanya seorang ibu akan mendidik anak perempuannya, mementingkan pandangan masyarakat padanya. Namun, kesilapan ini tidak boleh diletakkan pada bahu si ibu semata-mata, tetapi teman dan sahabat yang turut mempengaruhi. 
Kesan daripada didikan ini, membuatkan mereka berlebih-lebih dalam merias penampilan mereka, sehingga keluar dari garisan syarak. Bahkan melebihi waktu yang digunakan untuk menuntut ilmu agama yang sepatutunya menjadi kewajipan pada dirinya. 
Perkara-perkara yang mendorong perempuan berperilaku sedemikian adalah seperti berikut:
a) Banyaknya kedai-kedai yang menawarkan alat dan keperluan untuk wanita seperti pakaian, alat kecantikan, aksesori, barang kemas dan sebagainya. 
b) Sekarang ini, lebih ramai perempuan yang mencantikkan diri daripada mengikut nasihat dan amalan nabi. 
c) Ibu bapa terlalu lalai dalam mendidik anak permpuan mereka sehingga membiarkan mereka melahap majalah-majalah dan filem yang merosakkan akidah dan akhlak. Kemudian mereka menerapkan pula budaya artis tersebut ke dalam diri mereka, seperti memotong rambut mengikut gaya mereka, berpakaian seperti mereka sehingga mendedahkan aurat dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. 

4. TIDAK BOLEH BERGAUL DENGAN ORANG DEWASA

Apabila kita menjauhkan anak-anak daripada orang dewasa, itu akan menjadikan dia terlalu biasa mengasingkan diri. 
Perkara sedemikian berlaku kerana kemungkinan takut si anak akan mencela sesuatu perkara buruk yang dia nampak, atau kerana takut dan malu apabila anaknya mengatakan sesuatu yang kurang baik. 
Kesan buruk hasil didikan semacam ini ialah:
a) Anak itu akan takut untuk menghadapi orang ramai, takut untuk mempertahankan agamanya sendiri. 
b) Tidak mahu bergaul dan suka menyendiri. Apabila si bapa sudah mendidik anaknya berjauhan dengan orang ramai, dia akan terbiasa memencilkan diri dan tidak mahu bergaul walaupun dengan keluarganya sendiri. 
c) Si anak juga akan merasa malu yang teramat, rasa malu yang tidak layak sama sekali dimiliki oleh seseorang yang mengaku lelaki dan menjadi harapan masyarakat. 

Seharusnya, ibu bapa menemani anan-anak ke pertemuan orang dewasa, dan jangan mencegah mereka melayan dan menjamu tetamu. Seterusnya ajar mereka menyelesaikan urusan-urusan yang dia mampu fakir untuk selesaikannya. Tindakan seperti ini akan membuka mata mereka dalam mengenali salah dan silap dalam meningkatkan diri ke arah kemajuan. 

5. TIDAK ADA CONTOH TELADAN

Pada zaman sekarang, orang tua lalai dalam mendidik anak-anak mereka, sehingga perilaku artis yang mereka pilih untuk menjadi ikutan. Andaipun die mendapat didikan daripada orang lain, didikannya pun pasti berlainan sehingga anak itu keliru lalu hasilnya pastilah kosong. Oleh itu dalam keadaan seperti ini, seorang anak akan meniru segala tingkah laku dan ucapan para artis yang kita sendiri tahu bahawa orang-orang seperti ini telah rosak akhlaknya. Juga ada bapa yang tanpa disedari telah mengalakkan kecenderungan anak itu pada artis tersebut. 
Ini boleh dilihat ketika si anak sedang menpraktikkan perilaku atau memuja nyanyian artis tersebut, si bapa hanya melihat tanpa menghalang, malahan ada yang memuji kehebatan anaknya. 
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah: “sesungguhnya kesamaan dalam perkara zahir akan menimbulkan rasa suka dan cinta serta simpati di dalam hati. Sebaliknya rasa kecintaan ini akan menimbulkan rasa ingin bersama dalam perkara zahir. Ini adalah perkara yang boleh dibuktikan dengan perasaan dan pengalaman. ”
Kita juga sering mendapati raja-raja dan para peminpin negara, meskipun negeri mereka berjauhan ada rasa keterikatan satu sama lain disebabkan adanya kesamaan jabatan. Semua Itu merupakan tuntutan fitrah dan akan terus berjalan selama tidak ada agama atau kepentingan tertentu yang mengubahnya. 
Bila kesamaan dalam urusan dunia boleh menimbulkan rasa suka dan cinta, maka bagaimana halnya bila sama dalam urusan agama? Tentu pengaruhnya lebih besar. Padahal cinta dan suka kepada mereka menyalahi prinsip keimanan. Kesan negative hasil daripada perasaan sayang pada yang patut dibenci adalah anak-anak akan sesat akidahnya dan terkongkong pemikirannya. 

Bagi orang yang ingin mendidik anak-anaknya dengan didikan yang baik, yang menanamkan dalam diri anak tauladan agung yang sentiasan berkiblatkan kepada perilaku islam, mereka akan mengajar anak-anak berbangga dengan islam, memenuhkan hati dan fikiran anak-anak dengan keindahan islam. 

6. TIDAK SALING PERCAYA ANTARA ORANG TUA DAN ANAK

Ramai orang tua kurang percaya kepada anaknya kerana beranggapan anaknya masih kecil. Sikap sedemikian telah menjarakkan hubungan antara mereka. Si anak pula tidak percaya kepada orang tuanya kerana janji yang dibuat jarang ditepati. Akibatnya, si anak melakukan ketaatan palsu manakala ibu bapa lalai dengan amanah untuk mendidik anak-anak. 
Seringkali kita melihat ibu bapa beranggapan bahawa anak-anak tidak akan mempedulikan apapun tindakan bapanya. Pada hai ini mereka berjanji, namun tidak ditepatinya. Begitu juga esoknya, berjanji bersungguh dengan penuh keyakinan bahawa si anak akan menpercayainya, padahal si anak faham, janji yang dibuat diibaratkan mendung yang penuh titik-titik air namun tidak memenuhi harapan orang yang haus. 
Penyebab kepada semua yang berlaku ini adalah ibu bapa sering mengancam anak-anak dengan ugutan dan hukuman palsu andai mereka tidak menurut apa yang diperintah. Alau sikap semacam ini diulangi berkali-kali, mengancam tetapi tidak dilaksanakan, lalu mengancam lagi, tetap juga tidak dilaksanakan, maka kata-kata ibu bapa itu seperti tidak membawa apa-apa kesan, lalu peringatan dan ancaman mereka sudah tidak bererti lagi. 
Selain itu, kekakuan dan kebekuan hubungan antara bapa dan anak, yang menghambat keterbukaan di antara keduanya, sehingga si anak selalu memendam perasaan hatinya ketika ada masalah, yang akhirnya dia sering berdusta kepada bapanya. Maka, bapa pun akhirnya tidak percayakan anaknya. 

Kesan negatif dari saling tidak percaya antara orang tua dengan anak-anaknya;
a) si anak sudah tidak mahu percaya lagi dengan kata ibu bapanya lantaran ketidak jujuran dan terlalu biasa memungkiri janji. Misalnya, ketika si anak tidak mahu berterus terang, padahal sikap semacam itu sangat berbahaya, lalu apabila orang tua menegur, si anak tidak menerimanya kerna beranggapan kata-katanya itu dusta dan tidak ada kejujuran. 
b) Hilangnya saling percaya antara orang tua dan anak menyebabkan semakin besar masalah yang ada dalam diri anak-anak. 
c) Diri si anak akan penuh dengan kecemasan dan ketertekanan hati dan tiada siapa dapat menyelesaikannya. Maka dia akan memilih untuk bersendirian, dan hidup dalam dunia fantasinya sendiri. 
Seharusnya kita memerhatikan perkara berikut untuk membangunkan sebuah keluarga yang berdasarkan kepercayaan tulus dan saling tolong menolong:
a) Jadikan hubungan antara kita dengan anak-anak atas dasar cinta, kasih sayang dan kelembutan. 
b) Muhasabahkan diri kita. Jangan banyak berbual dan bergurau senda, kerana nanti takut anak-anak akan mengejek dan merendahkan kita. Bersikap tengah-tengah, iaitu tertawa dan bergurau senda sekadar untuk menrapatkan hubungan dan mengusir ketakutan. 
c) Hargai anak-anak dan sekali sekala mendengar pendapat mereka. 
d) Biasakan berlaku jujur dalam berkata. Tepati janji yang dibuat, dan apabila tiba masa kita tidak dapat megotakan janji, jangan malu menjelaskan sebabnya, dan jangan sekali-kali kita menipu. 
e) Biasakan anak-anak kita berkata jujur dan menepati janji, tanamkan pada diri anak-anak bahawa seorang mukmin berbeza dengan seorang munafik berdasarkan kejujurannnya. 

Kesimpulan

Apa sahaja yang dihidangkan di dalam tesis ini, adalah sebahagian daripada kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa kita pada hari ini. Terdapat banyak lagi yang perlu ibu bapa zaman sekarang baiki tentang cara pendidikan mereka kepada anak-anak. Mereka perlu lebih tegas dalam mendidik anak mereka, tidak terlalu lembut kerana anak-anak kemungkinan besar akan merasakan bahawa ibu bapa mereka lembik dan takut kepada mereka, akibatnya mereka mungkin akan menjadi kurang ajar dan tidak beradab. 

Ibu bapa seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada Negara, agama dan bangsa dan mencegah segala sesuatu yang menganggu dan membahayakan kehidupan mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Sekian, terima kasih. 

Disediakan oleh : Nur Izzati Afiqah

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Kewajipan wanita solehah.-

Perkara-perkara yang harus diketahui oleh wanita solehah adalah bahawa dia mempunyai hak dan kewajipan serta tanggungjawab yang harus ditunaikan sebaik mungkin. Contohnya, kewajipan kepada agama, kewajipan kepada Allah SWT, kewajipan kepada diri sendiri, kewajipan kepada suami, kewajipan kepada kawan dan saudara, kewajipan kepada keluarga, kewajipan kepada anak-anak dan kewajipan kepada masyarakat. 

Kewajipan kepada agama bermaksud suatu perkara dari agamanya untuk dilaksanakan oleh seorang wanita contohnya menegakkan islam, berdakwah dan memperjuangkannya, dan mengagungkan syiar-syiarnya. Kewajipan kepada Allah SWT pula bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan seorang muslimah terhadap tuhannya. Kewajipan ini hampir sama dengan kewajipan kepada agama namun kewajipan kepada Allah SWT lebih dikhususkan agar lebih jelas. 

Contohnya, pertama, beribadah hanya kepada Allah SWT dan tidak menyekutukannya. Kedua, mencintai Allah SWT dan rasul-Nya lebih dari segala-galanya. Ketiga, sentiasa meningkatkan amalan soleh dengan memperbanyakkan ibadah. Keempat, memperbanyakkan zikrullah dan istighfar kepada Allah SWT. Kelima, berusaha berakhlak mulia. 

Kewajipan pada diri sendiri pula bermaksud suatu perkara yang harus dikerjakan oleh seorang wanita untuk kepentingan dirinya sendiri. Antaranya, mengembangkan potensi dirinya sendiri sama ada belajar sendiri ataupun aktif dalam pelbagai kegiatan keislaman, berusaha memiliki keterampilan mengikut kesesuaian statusnya dan menghindarkan diri dari segala hal yang berbaur negatif, menjaga kecantikan dan merawat diri dari segi lahiriah dan batiniah. 

Antara kewajipan kepada suami ialah mentaati apa yang diperintahkan oleh suaminya selama bukan perintah kepada kemaksiatan, selalu membuat rumahtangga berseri dengan menjaga kebersihan dan kerapian rumah mereka, menghibur suami ketika lara dan sentiasa berpenampilan menarik untuknya, berlaku sopan dan lemah lembut dalam segala tindak-tanduk kepadanya, menjaga kehormatan suami dan hartanya pada setiap masa, menjaga rahsianya, tidak menuntut nafkah melebihi kemampuan suami, memberikan nasihat dan pandangan kepada suami kepada suami ketika perlu, memelihara hubungan baik dengan keluarga suami, memenuhi keinginan batin suaminya, bersabar dengan sikap suami yang mungkin kurang menyenangkan dan yang paling penting ialah mencintai dan menyayangi suami. 

Antara kewajipan kepada kawan dan saudara pula ialah memberi tauladan terutama kepada adik-adiknya, memberi nasihat dan arahan yang baik, menghormati dan menghargai kawan dan saudara, selalu menjaga hubungan baik, mendoakan kebaikan dan keselamatan dan menolong apabila mereka memerlukan pertolongan. 

Wanita juga mempunyai kewajipan kepada anak-anak dengan cara mengajar dan mendidik mereka dengan cara Islam, mencintai dan menyayangi mereka, memberi makan dan pakaian yang halal kepada mereka, memberi mereka nama yang baik, menikahkan mereka apabila sudah sampai masanya, menghindarkan mereka daripada perkara-perkara negatif, menanamkan kecintaan dan keteladanan terhadap kehidupan para nabi dan para sahabat, mengajar mereka melakukan ibadah dan mendoakan kebaikan dan keselamatan mereka. 

Kewajipan kepada masyarakat pula ialah menghormati mereka, memenuhi hak-hak tetangga, membimbing masyarakat kepada kebenaran, mengikuti kegiatan masyarakat selagi tidak menjurus kearah kemaksiatan, bergaul dengan masyarakat dengan cara yang baik, saling tolong-menolong diantara masyarakat, bekerjasama dalam memelihara keamanan masyarakat dan menyantuni anak-anak yatim dan fakir miskin. 

Akhlak wanita solehah. 

Akhlak merupakan sifat yang tumbuh dan menyatu dalam diri seseorang. Dari sifat itulah terpancar sikap dan tingkah laku seseorang. Akhlak yang baik dan mulia akan menjadikan seseorang menjadi tertinggi dan terhormat. Begitu juga dengan wanita mereka perlulah mempunyai akhlak dan sifat yang terbaik selaras dengan tuntutan agama islam kita sendiri. Antara akhlak-akhlak yang perlu ada pada setiap diri wanita ialah akhlak kepada allah, akhlak kepada Rasulullah SAW, akhlak kepada kitab Allah, akhlak kepada diri sendiri, akhlak kepada anak, akhlak berkawan, akhlak berjiran, akhlak sesama muslim, akhlak sesama manusia, akhlak kepada bukan islam, akhlak tumbuh-tumbuhan, akhlak kepada haiwan, akhlak kepada air, akhlak semasa perjumpaan, akhlak ketika bertamu, akhlak ketika makan dan akhlak menggunakan jalan. 

Akhlak kepada allah bermaksud perbuatan seorang muslim terhadap allah sebagai tanda jiwa yang taat dan patuh dan segala yang dimiliki dari kehidupan peribadinya dan apa yang diperolehnya serta semua yang diterimanya adalah semata-mata kerana pemberian dan penghargaan dari Allah SWT. Contohnya, bertaqwa dan mengabdikan diri hanya pada allah yang bermaksud tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan dalam bentuk apa pun, berserah diri kepada ketentuan allah, bersyukur hanya kepada allah SWT, takut terhadap seksa allah dan takut melanggar perintah allah, berdoa dan meminta pertolongan allah, cinta dengan penuh harapan kepada allah dan takut kehilangan rahmat allah SWT. 

Akhlak kepada Rasulullah SAW pula ialah ikhlas beriman kepada Nabi Muhammad SAW, mengucapkan selawat serta salam, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud”Yang benar-benar orang bakhil adalah orang yang apabila disebut namaku dihadapannya tidak mengucapkan selawat kepadaku, ”. Selain itu, taat kepada Rasulullah SAW dimana allah telah mewajibkan pada setiap umat islam untuk taat kepada Rasulullah, cinta kepada Rasulullah SAW, percaya atas segala yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, melaksanakan hukum allah dan Rasulullah SAW dan mencontohi akhlak terpuji Rasulullah SAW. 

Akhlak kepada kitab Allah pula ialah pertama, tidak membaca al-Quran kurang dari tiga hari. Kedua, membaca al-Quran harus khusyuk. Ketiga, membaca al-Quran dimulai dengan isti’azah dan basmalah. Keempat, membaca al-Quran dengan nada suara yang baik. Kelima, membaca al-Quran sesuai dengan ilmu tajwid. Keenam, fahami erti ayat al-Quran, dengarkan bacaan al-Quran, membaca al-Quran saling bergantian dan diantara fajar dan zuhur. Ketujuh, berdoa setelah membaca al-Quran. 

Akhlak kepada diri sendiri pula mempunyai tiga aspek iaitu sikap jujur dan sederhana, menjauhi sifat-sifat tercela dan berbakti kepada ibu bapa. Contoh akhlak kepada diri sendiri ialah hindarkan minum racun, hindarkan perbuatan yang tidak baik, memelihara kesucian jiwa seperti taubat, mendekatkan diri kepada Allah, muhasabah, taat beribadah dan menjadi seseorang yang pemaaf dan pemohon maaf. 

Sikap jujur dan sederhana pula ialah sederhana dan rendah hati, bijak dalam bertindak dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu, rajin bekerja keras, jujur, menepati janji dan amanah, istiqamah, sentiasa bersyukur dan berterima kasih dan akhir sekali berdisiplin. Menjauhi sifat-sifat tercela pula ialah khianat terhadap janji, buruk sangka, mencari kelemahan, mengumpat dan memfitnah orang lain, menghindarkan diri dari sifat pemabuk, penjudi serta melakukan zina, bersikap sombong, mementingkan diri sendiri, bersikap keras kepala, sikap boros tetapi juga tidak boleh bersikap kedekut dan bakhil, sifat tamak dan ingin selalu dibantu orang lain, hindarkan diri dari sikap lemah, malas dan penakut. 

Berbakti kepada kedua ibu bapa pula ialah berbicara dengan kata-kata yang baik, lindungi dan mendoakan mereka, hormati dengan bersikap terima kasih, menghubungkan silaturrahim seperti sabda Rasulullah SAW”Sesungguhnya sebaik-baik kebaikan adalah menghubungkan (memelihara) tali silaturrahim yang pernah dijalinkan oleh kedua ibu bapanya, ”. Menunaikan wasiat kecuali maksiat, menderhaka kepada mereka adalah berdosa besar dan membantu kedua ibu bapa. 


Akhlak kepada anak pula ialah memberi nama yang baik kepada anak-anak, menyembelih akikah sewaktu mencukur rambut, mengkhatankan anak-anak lelaki dan perempuan, memberi pendidikan dan pengajaran, mencarikan jodoh dan mengahwinkannya, memeberikan perlakuan yang baik terhadap anak. 

Akhlak berkawan pula ialah rendah hati dan tidak sombong, saling mengasihi, memberi perhatian terhadap keadaan sahabat contohnya saling menanyakan keadaan atau saling mengirim salam dan berita dan saling mengunjungi atau bersilaturrahim antara satu sama lain. Selain itu, selalu membantu keperluan sahabat, menjaga kawan dari gangguan orang lain, memberi nasihat dan kritikan, mendamaikan bila berselisih dan mendoakan kebaikan mereka. 

Akhlak berjiran pula ialah tidak boleh menyeksa atau menyakiti, tidak boleh mengambil hak-hak milik, tidak boleh menyebarkan rahsia tetangga, tidak boleh membuat bising, selalu memberi nasihat dan saling bertukar hadiah dan pemberian. 

Ahklak kepada sesama muslim ialah menghubungkan tali persaudaraan, saling tolong-menolong, menjaga keselamatan bersama, berlumba mencapai kebaikan, bersikap adil, tidak boleh mencela dan menghina, tidak boleh saling menuduh, tidak boleh saling enggan bertegur sapa, saling memberi salam, menziarahi mereka yang sakit, tidak bersikap iri hati dan dengki, melindungi keselamatan dan harta, tidak boleh bersikap sombong dan bersikap pemaaf. 

Akhlak kepada sesama manusia pula ialah menghormati perasaan manusia lainnya, memberi dan menjawab salam, pandai berterima kasih, memenuhi janji, tidak boleh mengejek dan jangan mencari-cari kesalahan. Ahklak kepada bukan islam pula ialah tidak boleh mengikuti kekufuran, benci terhadap kafir kerana Allah SWT, berbuat adil terhadap orang kafir, tidak boleh mencintai orang kafir, boleh membantu orang kafir yang menderita, jangan menghina orang kafir, tidak boleh meniru cara orang kafir dan tidak boleh memberi salam kepada orang kafir. 


Akhlak kepada tumbuh-tumbuhan pula ialah jaga keaslian semula jadi, jangan menebang pohon, jangan membuang hadas kecil di bawah pohon, peliharalah tanaman, tanamlah pohon yang mendatangkan manfaat dan bayarkanlah zakat dari hasil tanaman. Akhlak kepada haiwan pula ialah memberi makan dan minum, tidak mempermainkan binatang, menyembelih dengan baik, tidak menyeksa dengan cara apa pun dan membayar zakat. Akhlak kepada air ialah menjaga air daripada pencemaran, jangan membazirkan air dan berdoa ketika menggunakan air. 

Akhlak dalam perjumpaan ialah memberikan salam, jangan duduk di tengah lingkaran, menjadi pendengar yang baik, jangan menyinggung perasaan pendengar, bersikap lemah lembut dalam pergaulan, meminta kebenaran sebelum pulang dan tawakkal menerima keputusan. 

Akhlak ketika makan pula ialah mulakan dengan doa, pujilah Allah setelah makan, mencuci tangan sebelum makan, makan dengan tangan kanan, ambillah makanan yang jatuh, makan harus besederhana, makan bersama, jangan mencela makanan, jangan berbicara ketika makan, duduk sopan dan makanlah dari rezeki yang halal. 

Akhlak menggunakan jalan ialah sopan dan ramah dijalan, tidak boleh menyanyi dan bergurau diljalan, jangan menganggu orang yang mahu berjalan, menjaga penglihatan di jalanraya, wanita jangan mempamer perhiasan, berdiri menghormati orang yang membawa jenazah, jangan tinggalkan kawan, jangan membuang sampah dijalan, membuang duri dijalan dan membantu orang yang sesat dijalan. 

KESIMPULANNYA

Setiap wanita perlulah menunaikan kewajipan dan mengikuti akhlak-akhlak seperti yang telah dihuraikan semoga menjadi seorang yang berakhlak mulia dan solehah. InsyaAllah.. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Kebijaksanaan mengurus keluarga -

1) Membincangkan masalah keluarga. 

Ketika kepada ahli keluarga diberi waktu dan kesempatan untuk sama-sama duduk membincangkan masalah dalaman dan luaran keluarga, maka itulah petanda bahawa keluarga tersebut memperhatikan keutuhan keluarga, peranan dan saling kerjasamanya. 

Tidak disangsikan lagi bahawa lelaki yang diberi amanah kepimpinan dalam rumah tangga adalah orang yang paling bertanggungjawab, penentu segala keputusan. Tetapi dengan memberikan kesempatan kepada yang lain terutamanya kepada anak- anak yang menginjak dewasa maka hal itu akan merupakan pendidikan tanggungjawab kepada mereka, di samping semua akan merasa lepas dan lapang dengan perasaannya kerana pendapat mereka didengar dan dihargai. 

Ibu bapa sepatutnya berusaha sedapat mungkin membantu memecahkan masalah anak-anaknya terutamanya pada masa mereka masih remaja. Tidak adanya pertemuan seperti ini kadang-kadang menjadikan sebahagian anak-anak menjalinkan persahabatan denagn kawan-kawan yang tidak baik yang pada akhirnya menimbulkan petaka besar. 

2) Tidak menampakkan konflik keluarga di depan anak-anak. 

Sesungguhnya yang boleh menggoncangkan rumah tangga adalah nampaknya berbagai perselisihan itu dihadapan ahli keluarga yang lain, sehingga mereka berpecah dan memberikan pengaruh kepada anak-anak terutamanya yang masih kecil. 

Justeru, sepatutnya kita menjaga agar tidak menjadikan perselisihan dan kalau terpaksa ada sepatutnya hal itu kita sembunyikan. Kita bermohon kepada Allah mudah-mudahan Allah mempertautkan segenap hati. 

3) Menghalang orang yang tidak baik agamanya masuk rumah. 

Sungguh tiada sebab-sebab terjadinya sihir di rumah atau kadang-kadang kes pencurian dan kerosakan akhlak kecuali dengan memasukkan orang yang tidak baik agamanya ke dalam rumah kerana itu sepatutnya mereka tidak diizinkan masuk walaupun dia adalah tetangga dan lelaki atau perempuan yang baik. Sebahagian orang kadang-kadang agak sukar menolak sehingga ketika ia melihatnya telah telah berada di depan pintu ia mengizinkannya padahal ia tahu bahawa orang-orang tersebut dari golongan orang-orang yang rosak. 

4) Usahakan seboleh mungkin untuk mempunyai lebih masa di rumah. 

Dengan adanya pemimpin (penjaga) di rumah menjadikan semua masalah terkawal juga memungkinkan baginya mendidik dan memperbaiki keadaan dengan mendampingi dan mengawasi keluarga. Sungguh, alangkah keji kaum yang mensia-siakan keluarganya dan berjaga malam di warung-warung dan kelab-kelab malam. 

5) Teliti dalam memerhatikan ahli keluarga. 
Sebahagian daripada ibu bapa tidak mengetahui kalau ternyata di dalam almari anak-anak mereka terdapat gambar-gambar atau cd video yang berunsur lucah bahkanminuman atau pil-pil khayal. Sebahagian mereka tidak tahu anak gadis mereka pergi berjumpa kekasihnya, berdua-duaan, menghisap rokok dan bersuka ria.  

Mereka yang terlepas daripada perbuatan anak-anaknya itu tidak akan lepas dan tidak boleh lari daripada persaksian pada hari akhirat. 

Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
1. Pengawasan itu sepatutnya dilakukan dengan senyap tanpa pengetahuan anak-anak. 
2. Tidak untuk menakuti anak-anak. 
3. Agar anak-anak tidak merasa kehilangan kepercayaan diri. 
4. Dalam menasihati dan memberi hukuman sepatutnya memperhatikan umur, pengetahuan, dan peringkat kesalahan yang mereka lakukan. 
5. Hati-hatilah untuk melakukan penelitian mendalam dan penilaian jiwa. 

6) Perhatian terhadap anak-anak di rumah. 
Di dalam hal ini beberapa segi perlu diperhatikan antaranya membacakan cerita-cerita bercorak keislaman dan melazimkan anak-anak menghafal Al-Quran. Hati-hati terhadap keluarga anak-anak bersama rakan-rakan. Akibatnya anak-anak akan pulang ke rumah dengan membawa ucapan dan akhlak yang tercela. Sebaiknya kawan-kawan mereka dipilihkan dari anak-anak jiran lalu mereka dipanggil ke rumah sehingga bermain di rumah.  

Perhatian terhadap mainan anak-anak yang menghibur dan mendidik. Sepatutnya disediakan ruangan untuk anak-anak bermain. Sepatutnya dihindari beberapa permainan yang bertentangan dengan syariat seperti alat-alat muzik, yang bertanda gambar salib atau permainan dadu.  
Memisahkan antara anak lelaki dan anak perempuan dalam tempat tidur. Inilah perbezaan cara menertibkan rumah antara orang yang taat beragama dengan orang yang sama sekali tidak memerhatikan masalah agama. 

Selain itu, ibu bapa perlu bergurau-gurau dan menyayangi anak-anak. Rasulullah SAW
Bergurau senda denagn anak-anak, mengusap kepala mereka dengan memanggil mereka dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. 

7) Mengatur waktu tidur dan makan bagi keluarga. 
Sebahagian rumah berkeadaan seperti hotel, hampir penghuninya tidak bercakap antara satu sama lain dan jarang sekali mereka bertemu. Bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku pada semua. Oleh itu, tidak ada yang berharga selain berkumpul bersama keluarga di meja makan, bertanyakan khabar satu sama lain dan membincangkan sesuatu yang bermanfaat. 

8) Menjaga rahsia rumah tangga. 
Pertama, tidak menyebarkan rahsia hubungan suami isteri. 
Mengikut sabda rasulullah yang bermaksud”Sesungguhnya di antara manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat iaitu lelaki yang mencumbui isterinya, dan isteri yang mencumbui suaminya, kemudian sebarluaskan rahsianya. ”Maksud ‘mencumbui’ iaitu ia melakukan persetubuhan. 

Kedua, tidak membawa keluar perbalahan suami isteri. Perkara ini akan menyebabkan campur tangan pihak ketiga sehingga boleh menyebabkan masalah menjadi lebih besar. 

Ketiga, tidak membuka kepada umum rahsia yang boleh menyebabkan permasalahan rumahtangga dan ahli keluarga kerana ia hanya mengundang bahaya bagi rumahtangga atau salah satu dari anggota keluarganya dengan menyebarkan rahsia-rahsianya. Mengikut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud”Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh (pula) membahayakan orang lain. ”

9) Membiasakan pergaulan yang baik di dalam rumah. 
Ia bermaksud masing-masing mempergauli yang lain dengan baik yang boleh menyebabkan kebahagiaan di dalam rumah. Pergaulan yang baik adalah sangat bermanfaat antara kedua suami isteri dan juga anak-anak. Mengikut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud”Sesungguhnya Allah mencintai pergaulan yang baik (keramahan) , dan Ia memberikan kepada pergaulan yang baik (keramahan) apa yang tidak diberikan-Nya kepada kekerasan dan apa yang tidak diberikan kepada selainnya.”

10) Membantu keluarga dalam kerja-kerja rumah. 
Ramai lelaki enggan melakukan kerja-kerja rumah. Manakala Rasulullah SAW beliau menjahit sendiri bajunya, menambalkan seliparnya dan melakukan pekerjaan yang biasa dilakukan oleh lelaki di dalam rumah mereka. Oleh itu, kita perlulah meladani Rasullullah SAW, membantu keluarga dan merasa rendah hati dan tidak sombong. 

11) Bersikap lembut dan bergurau senda dengan keluarga. 
Bersikap lembut kepada isteri dan anak-anak merupakan salah satu faktor yang boleh menjadikan kebahagiaan dan eratnya hubungan baik keluarga. Jika tidak ada gurau senda, tidak ada tawa dan kelembutan maka tidak adalah kebahagiaan dan kasih sayang. 

12) Menyingkirkan akhlak buruk dari rumah. 
Salah seorang dari ahli keluarga tidak mungkin boleh lepas dari akhlak buruk dan menyimpang seperti berbohong, mengumpat dan seumpamanya. Akhlak buruk seperti ini mesti dilawan dan disingkirkan. 

Sebahagian orang menyangka hukuman merupakan jalan penyelesaian di dalam masalah ini. Aisyah RA. meriwayatkan hadis yang berkaitan di dalam masalah ini yang bermaksud”Rasulullah SAW apabila mengetahui seseorang ahli keluarganya berbohong beliau terus memalingkan diri daripadanya sehingga mengatakan bertaubat. ”
Dari hadis di atas, jelaslah bahawa memalingkan diri dengan tidak mengajaknya bercakap-cakap serta memberikan hukuman yang setimpal adalah lebih berkesan. 

Kesimpulan. 

Kesimpulannya, sebagai wanita muslimah kita perlulah mengetahui cara-cara menguruskan Keluarga supaya keluarga yang kita bina kekal bahagia dan mendapat rahmat dan perlindungan dari-Nya. 

Disediakan oleh : Nur Eleena Bt Ramli

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com